Peta minda ? cam ne tu..bagi penyelidik gunakan peta minda utk kembangkan idea berdasarkan kata kunci kajian2 lepas..pesan tony buzan “kemahiran terpenting dalam kehidaupan adalah belajar teknik belajar”
Apa maksud pesanan Tony Buzan tu ? maksudnya dia belajar cara utk meningkatkan kemampuan otak…dengan kata lain “upgrade hardware”. Otak kita ni cam hardware kalau komputer gak..so manfaatkan otak kita dengan menggerakkannya agar dia berfungsi kedua-dua bahagian iaitu kira dan kanan. Otak manusia ni komputer terhebat di dunia yang sangat kompleks di dunia merupakan anugerah Tuhan (Maha Suci Allah ! ) yang tidak dapat ditandingi oleh teknologi tercanggih di dunia sebab yang mencipta teknologi itu adalah AKAL atau otak manusia.
Kemampuan otak yang cepat dari cahaya mendapat perbahasan hebat tentang uniknya otak manusia.
Baiklah, so macamana cara menaiktarafkan kemampuan otak ? Jawapanya senang saja, dengan Pengurusan Minda atau Brain Management. Hah ! pengurusan minda ? maknanya…
Peta Minda sebenarnya sangat membantu menguatkan daya ingatan, tanpa mengira umur dan latar belakang kerjaya, peta minda adalah unit pembelajaran dan pengajaran yang efisien dan mantap.
imindmap atau mind mapping dalam bahasa Inggeris adalah sebuah perisian yang diperkenalkan oleh Tony Buzan. Membawa dunia pemikiran seseorang ke tahap yang lebih tinggi, imindmap mengoptimumkan potensi pemikiran dalam segala aspek kehidupan.
Bersifat peribadi, mesra dan fleksibel, perisian itu mudah digunakan di mana juga dan dalam tempoh masa singkat. Menurut Tony Buzan, Seseorang itu boleh mencapai kejayaan dengan hanya menggunakan 10% daripada daya kognitif otak. Dengan mempraktikkan peta minda, anda boleh membongkar 90% lagi tahap kebijaksanaan yang tidak pernah digunakan.
Peta minda hakikatnya memaksimumkan penggunaan kedua-dua bahagian otak di sebelah kanan dan kiri. Biasanya, bahagian kiri otak merangkumi kebolehan untuk menelaah perkataan, nombor, garisan, senarai, logik dan menganalisis. Bahagian kanan otak pula dikaitkan dengan ritma atau muzik, warna, bentuk, peta, kreativiti dan berkhayal (bermimpi pada siang hari).
Selamat maju jaya, semoga jumpa rahsia otak kita..
[…] -Pencambahan/Kembangkan idea […]