Uniknya Otak Manusia

Otak manusia sangat unik. Saintis masih belum dapat mengetahui ketetapan-ketetapan makenisma sel-sel otak berkerja. Sistemnya adalah dicipta oleh penciptanya yang begitu tinggi kepakaran ilmunya. Bahan-bahan makenismanya yang sangat halus sehingga tak dapat ditiru.

Maka ciptaan otak yang tecanggih itu dipasangkan oleh sang pencipta kepada makhluk bernama manusia.Dengan adanya otak, tubuh manusia dapat berkerja dan berfungsi dengan sifat sebagai manusia. Maka setiap otak yang dicipta,akan diprogramkan bersama sifat-sifatnya mengikut makhluk yang diciptakan.

Sebagai fungsi utama otak ialah menerima kod-kod yang dihasilkan oleh setiap saraf pengesan dan secara auto ia mengeluarkan kod2 arahan.Namun otak hanya melakukan kerja apa yang telah diisikan sebagai programkan tampa ia mengetahui soal baik buruk,betul atau salah.

 Dengan otak sahaja suatu makhluk tak jadi sempurna hidupnya,kerana ia akan membuat kerja yang sama dan tak berkembang maju.Contohnya haiwan yang berotak.

Untuk keupayaan diri makhluk itu,penciptanya memasukkan sebuah cip yangtersimpan dengan rapi dan tak dapat dikesan tempatnya iaitu akal.Akal untuk haiwan bermacam macam program.Akal untuk manusia lebih istimewa. Kerana ia mempunyai kelebihan mengadakan programnya sendiri dan mengaturnya mengikut ilmu yang diisikan.

 
 

Oleh itu manusia yang mula berakal akan mula mempelajari sesuatu. Sesuatu yang dipelajari dari hasil pengalaman hidupnya sebagai manusia,sebagai haiwan,sebagai tumbuhan,sebagai jin dan pelbagai pengaruh persekitaran.

Maka otak mempunyai kebolehan menerima dan memberi, mengarah dan mengatur serta memahami hukum alam kejadian. Sehinggalah semakin matang ilmu yang diterokai akal itu, maka semakin berkuasa dan berdayalah ia melakukan pelbagai kerja. Maka tak heranlah kelebihan dan kekurangan seseorang itu jika dikatakan akalnya adalah penyebab setiap apa yang diamalkan.Jika ia tertarik kepada suatu pengaruh ilmu dan kebenarannya maka ia akan berpegang pada fakta tersebut sehinggalah terdapat satu ilmu yangmengatasi fakta dan pengaruh sedia ada.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.