Semasa kami menziarahi Al Arifbillah Syeikh Paksu Hamid (Paksu Mid), Paksu ada bagitahu yang ramai orang minta paksu untuk BERDOA minta dengan ALLAH supaya HAJAT mereka itu DIPERKENANKAN…
Macam-macam yang mereka minta hingga ada yang tak patut diminta pun mereka minta Paksu untuk doakan, Paksu marah dengan orang macam ni…
Lalu Paksu suruh kami membuka tafsir Al Quran surah Al Baqarah ayat 186:-
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِي وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ
“Dan apabila HAMBA-HAMBA-KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka(jawablah), bahawasanya AKU adalah DEKAT. AKU MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang BERDOA apabila ia memohon kepada-KU, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI(segala perintah)KU dan hendaklah mereka BERIMAN kepada-KU, agar mereka selalu berada dalam KEBENARAN.”
Paksu bagi penerangan sikit tentang ayat ni:
1. Allah itu dekat dengan HAMBA-NYA, Allah tak bagitahu Allah dekat dengan makhluk-NYA. Paksu bertanya kepada kami: “Adakah kita benar-benar telah menjadi hamba Allah?”. Kerana syarat DEKAT itu ialah hamba-NYA.
2. Allah kata, Allah mengabulkan permohonan orang yang berdoa tapi dengan syarat(dan siapa ada syarat ini, dialah hamba Allah):
▪︎Memenuhi(segala perintahku), yakni semua hukum hakam Allah perlu dilaksanakan, perlu ikut.
▪︎Yakin dan kene beriman sungguh pada Allah.
▪︎Dan sentiasa berada dalam kebenaran.
Allah itu dekat dengan hamba-NYA…
Allah pasti akan perkenankan doa hamba-NYA…
Maka patuh, yakin, dan berada dalam kebenaran, kerana itulah sifat hamba…
Kalau hamba, mesti kerja dengan Allah baru dekat…
Kita baru jadi makhluk Allah, belum jadi hamba Allah, macam mana Allah nak perkenankan permohonan kita?
Direkodkan oleh : [zotpress items=”{5090062:RRXX7KP2}” style=”apa”]
[…] cerita2 Aulia Allah ( cuba tanya Pak Teh Enggong di Kelantan atau Paksu Mid di Kedah ke..) tu orang kurang nak abik tahu dan memahami ? sebab malas nak berfikir takut otak kita […]