Menurut Khong Siew Mei (2007), proses membuat keputusan merupakan proses penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses ini bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan. Tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, sama ada kecik mahupun yang besar.

Manakala (Haresh Kumar Kantilal, Anton Espira, 2012) berpendapat, pembuatan keputusan adalah fokus terhadap sesuatu pilihan bertunjangkan pengurangan risiko yang berkait dengan ketidaktentuan. Ia bermaksud pengetahuan yang tidak lengkap mengenai isu-isu di sekeliling pilihan-pilihan yang ada dan pertimbangan adalah berdasarkan kepada berapa banyak keraguan dan ketidaktentuan boleh dikurangkan.

Oleh yang demikian, penulis cuba mengetengahan isu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan Pusat Tuisyen Bahasa Arab bagi pelajar sekolah. Isu utamanya adalah hasil pendapatan dalam syarikat tidak memberangsangkan.

Justeru, tugasan ini penulis akan membincangkan tentang mengenal pasti masalah dalaman dan faktor-faktor penghalang yang ada di dalam sesebuah syarikat. Dengan menggunakan analisis SWOT untuk mencapai keputusan muktamad dan mencadangkan dalam konteks pemikiran kritis dan kreatif bagi mencapai kecemerlangan.

Masalah Dalaman Syarikat

Lumrah dalam setiap syarikat yang kita ceburi pasti timbul masalah dan cabaran sehingga mendatangkan tekanan kepada pengurus. Masalah boleh berlaku dalam banyak situasi, Namun ada cara terbaik untuk menangani segala masalah yang timbul antara masalah syarikat yang mengendalikan Pusat Tuisyen Bahasa Arab ini ialah masalah sumber kewangan setelah promosi telah dijalankan dan didapati hasilnya tidak memberangsangkan, Sedangkan pengurus syarikat itu sangat memerlukan pendapatan bagi menyelesaikan beban perbelanjaan dan kos yang telah ditanggung seperti gaji guru, sewa dan bil ultiliti.

Faktor-faktor Penghalang yang ada di dalam syarikat

Terdapat tiga faktor utama yang menjadi penghalangyang ada di dalam syarikat ini :

Kepakaran

Kepakaran ini meliputikepakaran dalam pengurusan syarikat dan pentadbiran dalam bidang pendidikan.

Kemahiran

Kemahiran guru yang mengajar dalam pengajaran Bahasa Arab kepada pelajar melayu yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah.

Persekitaran

Persekitaran boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah yang sempit.

Strategi Analisis S.W.O.T

SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Analisis SWOT adalah suatu kaedah penyusunan strategi yang dilakukan oleh seseorang dalam sesebuah organisasi.

Menurut Rangkuti dan Freddy (2000), analisis SWOT adalah satu proses mengenalpasti faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu strategi yang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat, visi dan misi organisasi.

Stephen, Pelayanan, Mary dan Robbins Coulter (1999, 229) mendefinisikan analisis SWOT adalah suatu analisis organisasi dengan menggunakan kekuatan, kelemahan, kesempatan serta ancaman dari lingkungan. (Nurul Atiqah, 2013) 

Analisis SWOT

Berikut analisis SWOT bagi perniagaan kelas tuisyen ini berdasarkan isu yang dikemukakan.

1-Kekuatan (strength)

Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu senduri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut.

Menawarkan Bahasa Arab berkualiti

Ia adalah merupakan satu-satunya kelas yang menawarkan kelas Bahasa Arab. Guru-guru terdiri daripada pengajian tradisional atau pondok, sekolah agama rakyat sehingga ke Universiti di Timur Tengah.

Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh

Kekuatan dalam pentadbiran organisasi kerana setiap kakitangan dan guru telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti pengurusan dan pengajaran. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus syarikat ini. Pengambilan kakitangan dan guru yang ditapis dari segi pengalaman, latar belakang dan mempamerkan cara mengajar semasa temuduga.

Menawarkan Yuran Yang Kompetitif

Yuran pengajian yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Yuran yang dikenakan berdasarkan kepada modul dan teknik yang digunapakai dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yuran yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar.

Lokasi Yang Strategik

Lokasi pusat tuisyen Bahasa Arab ini adalah strategik iaitu terletak di tengah pekan dan dikelilingi oleh sekolah rendah dan menengah kebangsaan, sekolah agama swasta, masjid dan juga berhampiran dengan kawasan perumahan. Jadi, pelajar akan sentiasa ada untuk mengikuti kelas Bahasa Arab yang ditawarkan kerana Bahasa Arab merupakan salah satu mata pelajaran yang telah didedahkan di sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan sekolah rendah agama yang boleh menarik pelajar mengikutinya.

2-Kelemahan (weaknesses)

Kelemahan merupakan keadaan syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga dan kepakaran, juga kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi syarikat yang memuaskan.

Tidak Mempunyai Pelajar Tetap

Pada permulaan Pusat Tuisyen Bahasa Arab dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan modul pembelajaran yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelajar dan seterusnya menjadi pelajar yang tetap.

Kurang Dikenali

‘Pusat Bahasa Arab Al-Ahlam’ merupakan pusat tuisyen yang kurang ternama jika dibandingkan dengan pesaing lain seperti Pusat Tuisyen yang menawarkan kelas akademik seperti kelas tuisyen UPSR, SPM dan STPM. Ini kerana ia merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelajar supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada. 

  1. Peluang (opportunities)

Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada pendidikan untuk terus berkembang. Perkembangan pendidikan Bahasa Arab boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam di peringkat sekolah rendah, menengah dan Universiti. Perubahan dunia pendidikan menawarkan pelbagai peluang untuk dimanfaatkan bagi orang Islam yang menggunakan Bahasa Arab dalam ibadat, komunikasi dan ekonomi. Ini menjadikan pendidikan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.

Peluang Pendidikan Untuk Dikomersialkan

Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti pusat tuisyen lain di pasaran. Ia berhubungan dengan pendidikan yang menjadi permintaan ramai tidak kira golongan dan peringkat umur. Imej pendidikan dan sahsiah akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan.

Mempelbagaikan Kelas Pengajian

Kelas pengajian yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi kelas pengajian seperti Intensif Bahasa Arab bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan peringkat persijilan sekolah agama, Kelas Perubatan Islam dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan kelas akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh.

Perkembangan Secara Online

Perniagaan-peniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah membuka satu peluang kepada perniagaan ini untuk terus berkembang dengan mengiklankan secara online. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat pendaftaran dengan cepat atau mendapat maklumat terkini tentang perkhidmatan dalam pendidikan yang ditawarkan.

  1. Ancaman (threats)

Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. sesuatu perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi.

Analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan.

Pesaing baru

Kelas Bahasa Arab ini juga akan bersaing dengan Pusat Tuisyen yang baru jika pasaran ini wujud dan berjaya. Pesaing baru yang memasuki pasaran pendidikan merupakan ancaman kepada syarikat ini. Di sini pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan “Kelas Bahasa Arab Al-Ahlam” tetap menjadi pilihan utama pelanggan.

Kuasa Dan Kekuatan Pesaing Yang Ada

Persaingan dalam bidang ini yang akan mengeluarkan modul dan kaedah pengajian yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada ‘Kelas Bahasa Arab Al-Ahlam’ untuk memasuki pasaran yang ada.

Cadangan Dalam Konteks Pemikiran Kritis dan Kreatif

Menurut (Olly Yusof, 2013) menjelaskan konsep pemikiran kritis dan kreatif.     Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

Oleh itu, Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Contohnya ;

  • membanding dan membeza:
  •  membuat kategori,
  • meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
  • menerangkan sebab.
  • membuat urutan.
  • menentukan sumber yang dipercayai,
  • membuat ramalan,
  • mengusul periksa andaian,
  • membuat inferens

Manakala, kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan atau menerokai dan mencari makna , pemahaman  dan penyelesaian masalah seacara inovatif. Contohnya;

  • mencipta analogi
  • menjana dan menghasilkan idea baru
  • mencipta metafora
  • Cadangan yang dapat membantu syarikat ini  mengatasi masalah, survival dan mencapai kecemerlangan ialah :

1-Menghasilkan Pendekatan Inovatif dan Baru

Pendekatan inovatif dan baru yang dapat diambil kelas dijalankan lebih kepada personal dan santai membahagikan pelajar hanya lima orang bagi setiap kumpulan dengan seorang guru di meja bulat untuk mendekatkan interaksi dua hala.

Kaedah guru mengajar kepada berkomunikasi dalam bahasa arab dan diterjemahkan terus ke bahasa melayu ia akan lebih menjimatkan masa pelajar bagi mengingati perkataan dalam bahasa arab dan pelajar lebih terdedah dengan cara sebutan dengan betul dan fasih.

Selain itu, penekanan kepada tatabahasa-tatabahasa yang popular terlebih dahulu yang lebih menjimatkan masa pelajar. Modul-modul dengan menggunakan gambar-gambar berwarna yang disertai bersama perbendaharaan kata menjadikan pembendaharaan kata mudah diingat tanpa perlu menghafal dan mudah diikuti walaupun anda tidak pernah belajar bahasa Arab sebelum ini.

Ayat-ayat ditulis dengan 3 warna, pengasingan pembelajaran muzzakar (jenis perkataan lelaki)  dan muannaz (jenis perkataan perempuan)  dan latihan selepas setiap pelajaran sangat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berkesan.  

Maka, satu sistem modul yang mudah, menarik dan berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab adalah mesti dilakukan dengan menggunakan teknologi seperti audio dan visual dan kemahiran guru mengajar adalah lebih santai dan menghiburkan. Oleh itu, pakej yang disediakan adalah berdasarkan modul tersendiri dan kelas lebih fokus dengan seorang guru 5 pelajar bagi satu kumpulan yang semestinya boleh mengubah kadar bayaran yuran.

2-Menghasilkan Modul Pengajian atau Servis Baru

Kelas di Pusat Tuisyen yang dijalankan mestilah jauh perbezaan kelas yang diadakan di sekolah pelajar terutama kaedah menggunakan modul pengajaran lebih cara termudah dan cepat pelajar menguasai dan menarik pelajar, kerana  Bahasa Arab amat kompleks dan unit yang dibaca penentuan baris kata nama, perbuatan dan kata penghubung serta pembelajaran Bahasa Arab mudah cara membaca teks bacaan Bahasa Arab yang ditulis tanpa baris yang perlu dibuat kajian yang mendalam bagi menarik minat pelajar dengan teknik modul pengajian baru tiada dipasaran akan lebih meningkatkan lagi pelajar dan kecemerlangan pelajar menguasai Bahasa Arab.

Selain itu, pembelajaran lebih kepada pembahagian pelajar yang dikenali melalui gaya mereka seperti pelajar yang mempunyai gaya belajar auditori, kinestetik dan gaya belajar visual kerana ia berdasarkan kepada setiap orang mempunyai gaya belajar tersendiri. (Tony Windura, 2011)

3-Menambahbaik Perkara-perkara Sedia Ada

Kelas pengajian yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi kelas pengajian seperti Kelas belajar al-Quran bagi dewasa atau orang tua yang tidak pandai membaca dengan cara cepat menguasai, Intensif Bahasa Arab bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan peringkat persijilan sekolah agama, Kelas Perubatan Islam dan sebagainya.

Selain itu, menganjurkan aktiviti pertandingan syarahan, pidato Qasidah dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan terus kepada Bahasa melayu, juga program hafalan al-Quran dan hadis. Dengan mempelbagaikan pilihan kelas dan menganjurkan pertandingan yang memperkasakan Bahasa Arab akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperolehi dan lebih ramai mengenali pusat tuisyen ini.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa untuk membuat sesuatu keputusan setelah ia dikenalpasti sesuatu masalah seterusnya mengumpulkan atau mencipta beberapa altenatif bagi mengurangkan ketidaktentuan dan risiko yang tersedia ada dengan memfokus kepada matlamat, membuat perubahan dan mencapai keputusan yang muktamad. Selain itu, memperolehi kestabilan dalam syarikat, dan mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran juga perubahan yang berlaku dalam persekitaranya.

Sebaliknya, sekiranya kegagalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah ia boleh mengecewakan semua pihak dan kegagalan halatuju sesuatu syarikat.

Memandangkan dunia pendidikan cepat berkembang yang seiring dengan tekonologi yang seterusnya berlaku perubahan sosial. Cabaran pengajaran masakini yang telah memungkinkan batas-batas dunia seolah menjadi tidak terlihat dan dapat dicapai dengan cepat, tepat dan murah.

Justeru, pendekatan inovasi dan kreativiti pembelajaran dan pengajaran hendaklah sentiasa diperbaharui dan dikemaskini seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang cepat. Kehidupan masyarakat berubah dan berkembang dengan pesat.

                                                                                      

Bibliografi

Haresh Kumar Kantilal, A. E. (2012). Kemahiran Berfikiran dan Penyelesaian Masalah. Selangor: Open University Malaysia (OUM).

Ikmal Hafiz Jaswar. (2013, November 09). Analisis S.W.O.T Dalam Perniagaan. Didapatkan dari Blog Ikmal Hafiz: http://ikmalhafizjaswar.blogspot.my/2013/11/analisis-swot-dalam-perniagaan.html

Khong Siew Mei . (2007, September 20). Membuat Keputusan. Didapatkan dari Hbp USM: http://www.hbp.usm.my/SpaceTime/Ch1/Ch1/siewmei.htm

Master Yus. (2010, Mei 15). Cabaran & Tekanan Sebagai Cikgu Tuisyen. Didapatkan dari Master Yus: http://masteryus.com/cabaran-tekanan-sebagai-cikgu-tuisyen/

Mohd Baharudin Othman, M. K. (2003). Pengantar Komunikasi. Kedah: UUM Press Universiti Utara Malaysia.

Nurul Atiqah. (15. Mei 2013). Analisis SWOT. Von Semua Tentang Kita: http://semuatentangkita138.blogspot.my/2013/05/analisis-swot.html abgerufen

Olly Yusof. (2013, April 03). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Didapatkan dari Olly Yusof: http://ollyusofalhaj.ipgkti.edu.my/sumber/resosbestari/IKG/KBKK/kbkk.htm

Robbins, A. (2014). Awaken The Giant Within. Selangor: PTS Professionnal Publishing Sdn.Bhd.

SIPartner. (30. Disember 2015). Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan. Von ppdkluang: http://www.ppdkluang.edu.my/j-prokips/S1/16KemahiranMenyelesaiMasalah.pdf abgerufen

Tony Windura. (2011). Melatih Anak Berfikir-Teknik mengajar Anak Menjadi Genius. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.