Penanda wacana adalah kata atau frasa yang digunakan untuk menghubungkan ayat-ayat dalam teks agar wacana atau idea yang disampaikan menjadi lebih jelas dan lancar. Penggunaan penanda wacana membantu pembaca atau pendengar mengikuti logik dan aliran pemikiran penulis atau penutur.

Sesuatu teks atau petikan hanya dianggap sbg sbuah wacana jika mempunyaki ciri2 yg utuh. Tnpa ciri yg utuh ini sesebuah teks atau petikan tu hanyalah sekumpulan ayat yg x bermakna. Camne nk tau wacana yg utuh ? kena ada unsur2 penting yg membentuknya :

Perkataan—–>Frasa——>Klausa——->Wacana

Keutuhan wacana ni dpt dikesan cam ne? blh je nk kesan dgn rasa wujudnya susunan yg berurutan atau teratur dlm sesuatu wacana.

Ciri ni sgt penting kerana dpt menentukan sesuatu ujaran atau tulisan tu ada wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yg x teratur.

Penanda Wacana
Jenis Penanda Wacana

Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

  1. Pada era globalisasi ini,
  2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
  3. Dewasa ini,
  4. Pada masa ini,
  5. Kini,
  6. Dasawarsa ini,
  7. Sejak sedekad yang lalu,
  8. Kebelakangan ini,
  9. Belakangan ini,
  10. Sejak akhir-akhir ini,
  11. Baru-baru ini,
  12. Umum mengetahui bahawa,
  13. Sejak zaman-berzaman
  14. Sejak dahulu lagi
  15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan

  1. Antara, (untuk perenggan kedua)
  2. Selain itu,
  3. Di samping itu,
  4. Sementara itu,
  5. Dalam pada itu,
  6. Lain daripada itu
  7. Dalam pada itu,
  8. Seterusnya,
  9. Begitu juga dengan
  10. Ahkir sekali,

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

  1. Saya berpendapat demikian kerana
  2. Hal ini demikian kerana
  3. Hal ini berlaku kerana
  4. Hal ini terjadi kerana
  5. Hal ini disebabkan oleh
  6. Hal ini wujud akibat daripada
  7. Hal ini bersangkut-paut dengan
  8. Hal ini berpunca daripada
  9. Hal ini tercetus apabila
  10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

  1. Misalnya,
  2. Contohnya,
  3. Sebagai contoh,
  4. Tamsilnya,
  5. Seperti yang kita sedia maklum,
  6. Antaranya adalah seperti
  7. Satu contoh
  8. Satu cara
  9. Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

  1. Hal ini mengakibatkan
  2. Hal ini menyebabkan
  3. Oleh itu,
  4. Maka,
  5. Oleh hal yang demikian,
  6. Oleh sebab itu,
  7. Jelaslah bahawa
  8. Justifikasinya,

vi)Penanda menutup isi

  1. Kesannya,
  2. Natijahnya,
  3. Akibatnya,
  4. Akhirnya,
  5. Dengan itu,
  6. Kesudahannya,
  7. Dengan berbuat demikian,
  8. Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

  1. justeru
  2. juga
  3. malah
  4. malahan
  5. tambahan pula
  6. sementelahan
  7. bahkan juga
  8. sekali gus
  9. di samping
  10. bahkan
  11. malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

  1. Kesimpulannya,
  2. Intihanya,
  3. Secara tuntas,
  4. Tuntasnya,………….
  5. Konklusinya,
  6. Sebagai penutup wacana,
  7. Sebagai penghias bicara akhir,
  8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
  9. Secara keseluruhan,
  10. Secara total,
  11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

  1. Walau bagaimanapun,
  2. Namun demikian,
  3. Namun begitu,
  4. Meskipun,
  5. Daripada perspektif yang berbeza,
  6. Jika dilihat dari sudut lain,
  7. Dengan kata lain,
  8. Kontradiksinya,
  9. Di sebalik itu,
  10. Dalam pada itu,
  11. Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat

  1. ___bak /seperti kata peribahasa,
  2. ___bak kata peribahasa Melayu,
  3. ___bak kata pepatah Melayu,
  4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
  5. ___bak kata mutiara,
  6. ___bak peribahasa,
  7. ___bak pepatah,
  8. ___bak kata cendekiawan,
  9. ___persis kata peribahasa,
  10. ___persis kata peribahasa Melayu,
  11. ___persis kata orang tua-tua,
  12. ___persis kata mutiara,
  13. ___persis peribahasa,
  14. ___persis kata cendekiawan,
  15. Hal ini sama dengan peribahasa
  16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
  17. Fenomena ini dikatakan
  18. Masalah ini sama dengan peribahasa
  19. Saya yakin kalau slogan _ diamalkan
  20. Saya berharap agar slogan _ dijadikan pegangan oleh semua

Penanda wacana memainkan beberapa peranan penting dalam komunikasi bertulis dan lisan. Berikut adalah peranan utama penanda wacana:

1. Menyusun Aliran Idea

Penanda wacana membantu menyusun aliran idea atau hujah secara logik dan teratur. Ia membolehkan pembaca atau pendengar memahami struktur perbincangan dan mengikuti perkembangan idea dengan jelas.

  • Contoh: “Pertama sekali,” “Seterusnya,” “Akhir sekali.”

2. Membantu Menghubungkan Ayat

Penanda wacana berfungsi untuk menghubungkan ayat atau perenggan, supaya tidak nampak terputus-putus. Ini memastikan teks atau perbincangan lebih koheren dan senang difahami.

  • Contoh: “Tambahan pula,” “Selain itu,” “Sebaliknya.”

3. Menunjukkan Hubungan Antara Idea

Penanda wacana menunjukkan hubungan antara idea, sama ada sebab dan akibat, perbandingan, atau perincian tambahan. Ini membantu pembaca memahami konteks serta hubungan antara konsep atau maklumat.

  • Contoh: “Oleh itu,” “Kerana itu,” “Akibatnya.”

4. Menyampaikan Idea yang Lebih Kompleks dengan Jelas

Dalam perbincangan yang melibatkan idea yang kompleks, penanda wacana memudahkan penyampaian mesej dengan jelas. Ia membantu memperincikan hujah dan memecah maklumat kompleks kepada komponen yang lebih mudah difahami.

  • Contoh: “Sebagai contoh,” “Misalnya,” “Dalam erti kata lain.”

5. Memudahkan Pembaca Membuat Kesimpulan

Penanda wacana juga memainkan peranan penting dalam membantu pembaca membuat kesimpulan daripada perbincangan atau hujah yang disampaikan. Ia menandakan penghujung perbincangan dan memberikan isyarat bahawa rumusan akan dibuat.

  • Contoh: “Kesimpulannya,” “Secara keseluruhan,” “Akhir sekali.”

6. Mengelakkan Ulang dan Kekeliruan

Dengan penggunaan penanda wacana yang betul, penulis atau penutur boleh mengelakkan pengulangan yang tidak perlu dan mengurangkan risiko kekeliruan. Penanda wacana membantu menyusun maklumat dengan jelas dan tepat.

  • Contoh: “Namun begitu,” “Walaupun demikian,” “Sebaliknya.”

7. Memperkuatkan Hujah

Penanda wacana juga digunakan untuk memperkuatkan hujah dalam perbincangan dengan memberikan penambahan maklumat atau contoh yang menyokong.

  • Contoh: “Tambahan pula,” “Lebih penting lagi,” “Bahkan.”

Oleh itu, peranan penanda wacana adalah untuk memastikan komunikasi berjalan dengan lancar dan mesej yang disampaikan lebih mudah difahami dan tersusun.

Kesimpulannya, penanda wacana memainkan peranan penting dalam menghasilkan teks atau perbincangan yang teratur, jelas, dan mudah difahami. Dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai, aliran idea dapat disampaikan dengan lebih lancar, dan hubungan antara idea atau hujah dapat dijelaskan dengan lebih mudah.

Bibliografi :

[zotpress items=”{5090062:VXPPP56L}” style=”apa”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Cara Guna Penanda Wacana”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.