pengetahuan

Apakah yg menyelamatkan dari jatuh ke jurang yg dalam ?

Hidup ini kita perlukan data, data boleh diproses menjadi maklumat, maklumat blh diproses menjadi PENGETAHUAN, tp PENGETAHUAN sampai bila pun tidak akan capai ke PUNCAK kalau tidak bertemu dgn WISDOM.

Maka, dari YANG MAHA TAHU (Al-ALIM) itu lah yg akan memberitahu kita semua. tp kalau kita xmau abik tahu cam ne nk dapatkan lorong PENGETAHUAN itu ? Nk mau abik tahu ttg ALLAH, tak abik tau ttg jalan-jalanNya, agaknya cam ne ?

Menurut Zuky Al-Qalami (2020) andainya seorang itu telah menempuh era umur 40 an…Jika masih lebih cinta dan gemar pada dunia berbanding akhirat ada sesuatu yang tidak kena.

Kita lebih cintakan kehidupan dunia berbanding persediaan utk akhirat

Kita lebih bicarakan tempat makan yang sedap2 berbanding masjid2 atau majlis ilmu yang bicara hukum hakam yang kita banyak lagi jahil tentangnya. Bagaimana pula yg belum dapat baca al-Quran ?

Kita lebih sibuk mengumpul harta utk kehidupan dunia dan terlalu mengira utk menginfak/menderma bagi dana akhirat.

Kita lebih suka kepada pujian orang berbanding pujian Allah kepada makhlukNya.

Kerana dunia beratus KM sanggup kita redahi dan rentasi tapi kerana ilmu akhirat masjid depan rumah berat langkah utk hadir.

Andainya kita langsung tidak abik tau untuk belajar al-Quran ketika ini, kita sedar kita tidak pandai membaca al-Quran. Maka, bertindaklah sebelum terlambat. Call to action ! Kini,media sosial dgn senang kita dpt PENGETAHUAN tp apakah KESAN dari PENGETAHUAN yg kita dapat ?

Maka tanyakan diri kita tujuan kita apa sebenarnya… utk hidup selamanya di dunia?

Apakah kita lupa bahawa akhirat itu adalah tempat yang kekal abadi?

Rujukan :

[zotpress items=”{5090062:45UCYURI}” style=”apa”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.