Falsafah pengurusan pemasaran merupakan perkara penting yang harus difahami bagi memastikan setiap kehendak dan keperluan pengguna dapat dipenuhi sepenuhnya. Apakah konsep-konsep dan peranan falsafah pengurusan pemasaran, dan bincangkan bagaimana ianya mempengaruhi pemasaran di Malaysia ?
Menurut Kotler & Armstrong, 1996), pemasaran adalah satu proses sosial ataupun pengurusan di mana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain.
Oleh itu, proses pemasaran tidak hanya terhad kepada pengeluar sahaja. Pembeli atau pengguna juga turut terlibat dalam aktiviti pemasaran, di mana mereka melakukan pemasaran bila mencari produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan mereka pada harga yang mereka mampu beli. Pengeluar juga turut menjalankan pemasaran bagi mendapatkan bahan mentah pada kadar yang terbaik.
Kali ini penuilis akan membincangkan bagi memahami falsafah pengurusan pemasaran yang merupakan elemen penting bagi memastikan setiap kehendak dan keperluan pengguna dapat dipenuhi sepenuhnya. Seterusnya penulis akan membincangkan konsep-konsep dan peranan falsafah pengurusan pemasaran sehingga dia dapat mempengaruhi pemasaran di Malaysia.
2.0 Konsep-konsep falsafah pengurusan pemasaran di dalam pasaran Malaysia
i- Konsep Pengeluaran
Konsep pengeluaran berteras kepada kemampuan dalam sesebuah firma. Secara langsung pengguna dianggap sebagai mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah. Bertolak dari itu pengurusan menekankan usahanya untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan agihan. Konsep ini juga merupakan falsafah tertua yang diperkenalkan oleh pemasar yang mana konsep ini bersesuaian apabila permintaan sesuatu keluaran melebihi penawaran yang memberi alasan kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan pengeluaran. Selain itu, konsep pengeluaran ini sesuai ialah apabila kos pengeluaran tinggi dan keluaran tersebut memerlukan peningkatan produktiviti untuk menurunkan kos. Konsep pengeluaran tidak begitu sesuai dalam pemasaran moden kerana falsafah ini terlalu menekankan kepada aspek-aspek pengeluaran dan agihan dan bukannya kepada keperluan pengguna.
Contohnya, adanya mesin dan sumber yang tersedia, apakah barangan atau perkhidmatan yang patut diketengahkan kepada pengguna? Matlamat utama firma tersebut adalah memastikan barangan atau perkhidmatan sentiasa ada di pasaran dengan harga yang mampu dibeli oleh pengguna. Maka, firma ini tidak mementingkan kehendak dan keperluan pengguna.
ii- Konsep Produk
Konsep produk adalah berdasarkan kekehendak pengguna yang cenderung membeli produk yang mengutamakan kualiti atau perkhidmatan yang cemerlang. Justeru, organisasi harus bersatu tenaga dalam menjana penambahbaikan yang berterusan, dan seterusnya kecemerlangan. Organisasi yang berasaskan kepada orientasi ini percaya bahawa jika ia dapat mengeluarkan produk yang berkualiti dengan harga yang murah, tentunya pelanggan akan membeli produk atau perkhidmatan tersebut. Contohnya, AirAsia memberikan perkhidmatan yang murah, setanding dengan kualiti yang diberikan.
iii- Konsep Pemasaran
Konsep pemasaran adalah berdasarkan matlamat sesebuah organisasi yang bergantung kepada kepuasan keperluan dan keinginan pengguna. Dengan itu, firma terpaksa berlumba-lumba memenuhi permintaan pelanggan bagi bersaing dengan pengeluar lain. Walau bagaimana pun, organisasi tersebut perlu melakukan kaji selidik terlebih dahulu sebelum menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dikira terbaik kepada pengguna.
iv- Konsep Jualan
Konsep Jualan adalah berkisar ke arah mempromosi produk atau perkhidmatan secara agresif agar barangan tersebut dapat dijual dengan banyak di kala pengguna tidak memerlukan produk atau perkhidmatan tersebut. Ia mementingkan keuntungan syarikat sahaja. Dengan itu, konsep jualan, seperti juga konsep pengeluaran, tidak bersungguh-sungguh untuk memahami keperluan pengguna serta kehendak pasaran.
Oleh itu, teras utama konsep jualan ialah pengguna tidak akan membeli jumlah keluaran yang mencukupi jika organisasi tidak menyalurkan usaha untuk menjual dan mempromosinya. Oleh itu organisasi yang berpegang kepada konsep jualan mempunyai kecenderungan untuk melibatkan diri dengan teknik penjualan keras (hard selling).
Sebagai contoh, individu yang menunjukkan kegemaran terhadap sesuatu model kenderaan akan digesa untuk membuat keputusan pada masa itu juga untuk mengelakkan daripada model itu dijual kepada orang lain. Organisasi akan menggunakan banyak wang untuk mempromosikan keluaran melalui media elektronik, cetak dan lain-lain lagi kerana pengurusan mempercayai bahawa pelaburan ini akan menghasilkan jualan. Segala kelemahan keluaran disorok bagi menghasilkan jualan dan kepuasan pengguna selepas jualan diabaikan.
v- Konsep Pemasaran Kemasyarakatan
Ia adalah berlandaskan kepada mengekalkan serta meningkatkan kepentingan nilai-nilai murni di kalangan individu serta masyarakat bagi faedah semua. Oleh itu, ia tidak hanya tertumpu kepada usaha-usaha memuaskan hati pelanggan sahaja bagi memenuhi objektif organisasi, malahan kepentingan alam sekitar juga dititikberatkan. Contohnya, Body Shop menggalakkan pelanggan supaya menitikberatkan penjagaan alam sekitar dengan tidak menggunakan beg plastik, serta membawa bekas lama bagi tujuan pengisian semula (refill).
3.0 Konsep-konsep falsafah pengurusan pemasaran mempengaruhi pasaran Malaysia
Secara keseluruhannya terdapat lima perkembangan konsep pemasaran iaitu konsep pengeluaran, konsep keluaran, konsep jualan, konsep pemasaran dan konsep pemasaran kemasyarakatan.
i- Konsep Pengeluaran
Konsep ini menganggap pengguna mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah. Apa yang ditekankan ialah peningkatan dalam kecekapan pengeluaran dan agihan. Konsep ini bersesuaian apabila:
a- Permintaan untuk sesuatu keluaran melebihi penawaran.
b- Kos pengeluaran yang tinggi dan peningkatan produktiviti adalah perlu bagi menurunkan kos.
ii- Konsep Keluaran
Konsep ini menganggap bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai pelbagai ciri dan berprestasi tinggi. Justeru itu, organisasi perlu menumpukan kepada pembetulan dan pembaikan keluaran secara berterusan. Contohnya industri telefon bimbit telah melakukan banyak perubahan ke atas pelbagai fungsi telefon bimbitnya, ini kerana mereka beranggapan bahawa pengguna gemarkan telefon bimbit yang mempunyai pelbagai fungsi.
iii- Konsep Jualan
Teras utama di bawah konsep ini ialah pengguna tidak akan membeli atau memiliki sesuatu produk kecuali organisasi pengeluaran tersebut berusaha menjalankan promosi dan usaha jualan yang agresif. Bagi organisasi yang mengamalkan konsep ini, mereka memerlukan dana ataupun wang yang banyak untuk melakukan program-program promosi, termasuklah menggunakan teknik jualan keras.
iv- Konsep Pemasaran
Konsep ini beranggapan bahawa pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan dengan cekap dan berkesan berbanding pesaing. Ianya lebih menekankan kepada keperluan, citarasa dan kepuasan hati pembeli. Contohnya, sebelum syarikat Proton mengeluarkan kereta baru mereka iaitu WAJA, mereka terlebih dahulu mengkaji berkenaan keperluan dan kehendak pengguna, citarasa pengguna, pendapatan pengguna dan sebagainya.
v- Konsep Pemasaran Kemasyarakatan
Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat. Ia memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangkamasa panjang. Apa yang jelas, eksekutif pemasaran mestilah bertindak dengan cara yang lebih berkesan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat jika mereka mahu berjaya dan syarikat mereka terus hidup. Contoh biasiswa yang diberikan oleh syarikat Petronas kepada mereka yang berkelayakan merupakan salah satu sumbangan mereka di dalam menjaga kebajikan masyarakat (Ismah, 2011).
4.0 Kesimpulan
Hasil dari perbincangan ini menjelaskan bahawa pemasaran adalah satu proses sosial yang merangkumi proses pengurusan di mana individu dan kumpulan memperolehi apa yang mereka perlu dan inginkan melalui pembentukan dan pertukaran keluaran dan nilai dengan orang lain. Oleh itu, kelima-lima konsep falsafah pemasaran ini merupakan konsep-konsep pemasaran yang biasa digunakan oleh pihak pengeluar atau pemasar. Setiap konsep mempunyai strateginya yang berbeza. Pemasar tidak semestinya menggunakan keseluruhan pendekatan konsep-konsep tersebut, tetapi boleh memilihnya berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi citarasa pengguna dan kesesuaian produk.
Baca lanjut mengenai Analisis Atribut Produk atau Perkhidmatan di http://zeckry.net/2020/06/26/analisis-atribut-produk-atau-perkhidmatan/