Zamburger atau lebih dikenali sebagai ZamSaham yang secara rasminya telah memiliki saham 100% The Red Warrior Sdn Bhd sebuah syarikat yang mengendalikan pasukan Kelantan FC. Pengalaman luas dalam bidang pelaburan di Malaysia yang merupakan anak jati Johor Darul Takzim.
Kelantan FC bakal disenaraikan di bursa saham ? Secara analoginya, melalui pertanyaan difacebooknya kepada penyokong-penyokong Kelantan FC Adakah mustahil cita-cita pasukan TRW Kelantan FC disenaraikan di pasaran saham?.
Menurut Zamsaham (2020) di dalam dunia saham,apa sahaja boleh disenaraikan, diapung sahamnya dengan mengemukakan contoh seperti berikut :
Syarikat Jual Nasi Lemak, Old Town pernah listed dengn nilai RM1.6billion,
Syarikat #OldChangkee yg menjual Karipap di Singapore bernilai RM400juta,
Syarikat Condom Karex RM850juta,
Jual Kondom pun IPO,
Pembuat ZIP seluar baju YKK bernilai RM24billion.
Jual tukul besi dan alat perkakas DIY,MR DIY pun bakal IPO dengan nilai RM10Billion
Pasukan bola Sepak misalnya, apa yg disenaraikan kt pasaran saham?
1.Manchester United Nilai semasa RM10billion
2.As Roma nilai semasa RM1.2billion
3.Real Madrid RM6billion
4.Juventus RM5billion
5.Bali United Indonesia bernilai RM300juta, kalau indon pun boleh IPO,takkan lah kita Kelantan FC tak boleh plan saham ?Ingat,IPO itu bukan secara tiba-tiba tapi ianya dirancang awal dan bukan omong kosong.
Apakah kelebihan kalau saham diapungkan?
1.syarikat akan lebih telus,segala hal berkaitan akaun akan dibentangkan pada AGM dan semua pemegang saham boleh semak dan ajukan pertanyaan.
2.Tentunya bukan sahaja bersorak,tetapi lebih dekat kerana sorak atas kapasiti sebagai pemilik bersama.nama korang ada dalam list sebagai shareholder.
3.Kecairan,Peminat boleh jual saham atau beli saham anytime.Maksudnya sesiapa sahaja boleh beli saham dengan modal serendah RM1000 jika harga sahamnya ditawarkan pada IPO nanti harganya RM1.00.1000 unit saham X RM1.00 modal adalah RM1,000. Ini adalah contoh kiraan jika harga semasa IPO ditawarkan adalah RM1.00
4.Jemputan hadir ke Mesyurat Agung Tahunan AGM,bila dah jadi shareholder,semua penyokong Kelantan boleh pilih sendiri CEO Kelab Pasukan Bola Sepak Kelantan FC,boleh sahaja ajukan permintaan untuk kekalkan seseorang coach.
5.Profesionalism, bila Pasukan Bola diapungkan,tentunya hal pengurusan dan kewangan,kalau ko nampak ada penyelewengn boleh sahaja pakat ramai2 buat EGM dan tendang manager2 yg menyeleweng tu.
6.Modal dari pengapungan saham adalah lebih baik dari meminjam duit bank sebab bnk tetap akan mintak loan dan interest dalam keadan senang atau sukar.Jauh berbeza dengan konsep saham yg lebih adil berdasarkan konsep pemilikkan entiti perniagaan atau pasukan bola sepak kesayangan.ada yg tanya,kenapa aku bodoh pergi bayar hutang lapuk RM6.8juta KAFA?ya,aku memang bodoh, tapi aku tahu apa yg aku buat.
Kalau nak jelas ,bacalah kisah Bagaimana Tan Sri Tony Fernades beli syarikat RM1.00 dengan hutang RM40juta,tak sampai 5 tahun tahun berjaya IPO dengan nilai RM3billion.
Jadi, misi dan plan road map untuk IPOkan pasukan bola sepak, Karipap boleh IPO,takkan lah Kelantan FC,Kita tak leh IPO..InshaAllah,jika ditakdirkan berjaya IPO dalam masa 5 tahun ini akan aku asingkan peruntukkan saham khas pada semua peminat TRW Kelantan FC.Kepada pemain Kelantan FC team musim depan,
Aku plan nak bagi saham,in sha Allah ada peruntukkan saham Pre IPO,special interest group shares. aku bagi 5 tahun awal sebelum IPO.
Kita sama-sama doa dan usaha,supaya industri bola kita berkembang dengan cara yg sihat dan berkembang maju.
Benda ini tidak mustahil..hanya orang yang pakar melabur seperti zamsaham boleh realitikannya…masa,perancangan,doa dan sokongan yang menentukannya…kita menyokong penuh dan insyaalah akan membeli saham terbitan lagi..Kalau orang bisnes cakap ia bukan cam org politik cakap biasanya !
Sumber :
[zotpress items=”{5090062:JPX2QF4F},{5090062:XMGCAX7T}” style=”apa”]