Norizam Tukiman mengotakan janji dengan muncul penyelamat Kelantan apabila melabur RM6.8 juta untuk memiliki sepenuhnya saham Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd., sekali gus bergelar pemilik baharu TRW ((Utusan Malaysia,03 September 2020 di dapatkan di https://www.utusan.com.my/sukan/2020/09/zamsaham-hero-red-warriors/)).

Terkenal dengan julukan Zamsaham atau Zamburger, usahawan dari Johor itu turut menceriakan pemain serta pegawai Kelantan yang menerima gaji mereka hari ini selepas sekian lama tertunggak.

Kata Norizam, sebagai pakar pelaburan, beliau yakin membeli Kelantan adalah keputusan tepat kerana pasukan itu mampu membawa pulangan menguntungkan, sama ada daripada segi perniagaan mahu pun pencapaian dalam beberapa tahun mendatang.

“Saya akan fokuskan kepada isu pelesenan untuk pastikan kita selesaikan segala gaji pemain.

“Kita bayar RM3 juta dan RM3.8 juta sehingga hujung tahun ini untuk KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) selesaikan hutang.

“Indeks Prestasi Utama (KPI) yang saya letakkan adalah seri dianggap kalah dan kemenangan itu harus. “Kita mahu pemain fokus dan jangan lagi fikir pasal masalah gaji, bermain dengan baik serta jangan hampakan peminat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Norizam menerima Perjanjian Pemilikan Penuh Syarikat TRW Sdn. Bhd. yang turut dihadiri Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin dan Timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah serta pemain TRW.

Majlis turut menyerahkan bayaran gaji kepada jurulatih, pegawai dan pemain berjumlah RM370,000.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Zamburger Beli Team Red Warriors 6.8 Juta”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.