Analoginya cam ni je, Ok kita kan selalu pergi pasaraya kan..mcm kt umah saya ni ada Tesco..kalau kt tempat pasaraya apa ya ? mesti ada kan..
Kita perasan ke tak ? biasanya kt bahagian keperluan harian, diorang letak seperti :
(+) Ikan
(+) Daging
(+) Beras
(+) Minyak Masak
(+) Ayam
dan berbagai lagi diletakkan di hujung hujung pasaraya tersebut. Perasan?
Maka, dari situ kita punyalah pusing jalan-jalan, sambil itu tengok tengok offer lain. Anda percaya atau tidak sambil berjalan sambil dipengaruhi iklan-iklan lain.
Soalan saya, dalam ratusan kali kita berjalan begini. Percayalah. Benda yang tiada dalam list kadang kadang terus muncul dengan tiba tiba. Setuju ke betul?
Dah muncul tu tiba-tiba terambil letak dalam troli tak? Biasanya ramai juga yang ambil ye… Nampak ‘permainan halus’ mereka….dalam senyap, pasaraya ‘berstorytelling’ kepada pelanggan? kan…
Mereka bina laluan yang jauh untuk kita sampai pada barang keperluan tadi kan…
Di sepanjang laluan mereka hiasi dengan pelbagai cerita promosi dan sebagainya. Pelbagai tawaran membuatkan jiwa-jiwa yang tak tahan dengan godaan. Hasilnya troli penuh sebelum sempat beli beras, gula, ikan dan sebagainya.
Jadi konsep storytelling ini begitu lah dalam dunia perniagaan kalau nk faham cara mudah..kalau dah faham kita sambung ikut zaman digital yang terkenal dengan video marketing atau lebih tepat lagi storytelling dalam era video baru. Ramai daripada kita sudah tahu bermula daripada tahun 2020 dan seterusnya video marketing akan menguasai content yang paling utama dalam era ini.
Dato Roslan Ab Hamid
Apabila pulang waktu malam, ketika memasak makanan mereka berhimpun ditepi unggun api. Waktu itulah sang bapa akan bercerita kisah-kisah menarik sepanjang perguruan (pengalaman) pada hari tersebut itulah asal mula storytelling.
Dikatakan 80% keatas, content datangnya daripada video. Satu video yang baik akan menggunakan apa yang kita panggil storytelling. Satu keterampilan yang berasal daripada zaman awal manusia. Ketika manusia belum bertamadun tinggi manusia mencari makanan ringan hasil pemburuan. Sang lelaki akan keluar pada waktu siang untuk mendapatkan hasil makanan.
Kini Storytelling telah berkembang ianya menjadi satu ilmu dan keterampilan yang utama khususnya sebagai alat pemasaran. Dalam dunia masa kini, ketika informasi maklumat mengalir dengan cepat dan banyak dan setiap orang mempunyai hak sama rata untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Siapa jua yang berkebolehan ‘mengketulkan’ maklumat tersebut dan membingkaikannya dalam bentuk storytelling akan mendapat tempat di hati orang lain. Salah satu tokoh yang berwibawa, sosok istimewa namanya Chris Anderson. Beliau membesar di perbatasan Pakistan, Afganistan dan India. Oleh kerana tidak ada banyak kemudahan di situ pada waktu itu.
Chris Anderson menghabiskan banyak masa kanak-kanaknya dengan merenung bintang di langit melihat alam dan menikmati keindahan dan beliau pula memahirkan dirinya untuk mengkisahkan apa yang dilihat dan dialaminya dalam bentuk cerita.
Pada tahun 1985,Chris Anderson menubuhkan syarikatnya yang dipanggil Future Publishing.Pada tahun 2001, Chris Anderson mengambil alih TED technology,Entertaiment and Design satu produk media yang hari ini dianggap antara yang terbaik dalam video marketing dan bagaimana mereka menyebarkannya kepada orang lain. Selepas mengambil alih daripada Richard Wurman pada tahun 2001,Chris Anderson telah memperkembangkan kebolehan bercerita ini dan memanggil ramai tokoh-tokoh terbaik untuk berkongsi pengalaman kemahiran dan penemuan mereka di atas pentas, panggung tinggi ini.Daripada ini dapat kita lihat, apakah faktor yang menjadikan ianya popular dan berkembang dengan baik ?
1- Dunia merasa kini sangat kompleks ia bukan sekadar kompleks tetapi ianya indah kalau digarap dengan baik dan hati manusia pada masa kini berdepan dengan kecepatan perubahan sangat rapuh. Mereka memerlukan sesuatu untuk menjadi penawar membungakan kembali keindahan dalam diri dan ini diperolehi dengan bagaimana mereka mendengarkan kembali apa yang kita panggil storytelling.
Storytelling memerlukan seorang storyteller berdiri dan menyampaikan cerita. Cerita bukan sekadar disampaikan dengan kata-kata tetapi juga dengan menggunakan suara dan bahasa tubuh yang Congruence yang selain dengan apa yang hendak disampaikannya. Chris Anderson membahagikan dua aspek penting untuk berdiri di atas panggung pentas TED dan menyampaikan dengan baik.
Pertama….. beliau mengatakan persiapan (preparation). Seseorang itu harus mempunyai deria perceritaan yang baik. Deria bercerita ini boleh diasuh kalau seseorang itu merasakan dirinya adalah seorang storyteller. Hakikatnya setiap orang adalah seorang storyteller apabila dikembangkan deria bercerita yang telah sedia ada dalam diri.
Kedua…Kebolehan untuk berlatih menyampaikannya., seringkali kita pernah dengar cerita tentang “The Elephant In Room” apa maksudnya ? Maksudnya bagaimana empat orang buta melihat seekor gajah.
Orang buta pertama memegang ekor dan mengatakan gajah itu umpama tali yang panjang.
Orang buta kedua memegang badan gajah dan mengatakan gajah itu seperti dinding yang besar dan lebar.
Orang buta ketiga memegang kaki gajah mengatakan gajah itu umpama tiang besar yang teguh dipasak ke bumi dan
orang buta keempat memegang gading gajah mengatakan gajah itu adalah satu umpama dahan kayu yang kukuh dan kuat.
Setiap orang berbeza melihat daripada perspektif masing-masing dan tidak ada seorang pun yang dapat melihat gajah dalam bentuk sebenarnya kerana mereka buta untuk melihat gajah dalam lebih big picture. Seorang storyteller boleh mengambil angle yang bagaimana belalai,kaki,badan ataupun gading gajah tapi hakikatnya yang terbaik dalam menyampaikan cerita kita menggambil dari perspektif audience yang ada di depan kita.
Dunia sekarang juga kejam ! manusia bergantung dan berpegang kepada handphone, smartphone, kecanduan kepada smartphone telah menjadikan manusia tidak dapat berpisah lebih daripada lima minit dengan smartphone. Dalam mana-mana acara,manusia akan menatap screen, sebaik sahaja kita tidak berjaya menguasau emosi dan kita tidak berjaya meng-hypnotize mereka untuk bersama dengan kita dan storytelling adalah alatan yang terbaik, tools yang akan memberikan keajaiban yang kita cari untuk menguasai manusia dihadapan kita dan inilah peluang yang terbaik.
Rujukan :
[zotpress items=”{5090062:JXTWWDM6},{5090062:CEU6Z7C2}” style=”apa”]