Isu inflasi dan kos sara hidup menjadi antara lima isu utama yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia. Ia merupakan hasil tinjauan laporan  ‘Apa Yang Merisaukan Malaysia’  melibatkan lebih 2,000 responden di seluruh negara yang dilaksanakan oleh Agensi Penyelidikan Pasaran Global, IPSOS (http://www.astroawani.com/ 18 Ogos 2020).

Menurut Mohd Rizal Abdul Ghani (2010) kawalan bekalan wang merupakan aspek yang penting dalam usaha menjana kestabilan ekonomi. Jika wang tidak dikawal dengan baik, ketidakstabilan harga yang teruk akan berlaku. Ini kerana bekalan wang mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti ekonomi secara amnya. Penawaran wang dikawal oleh bank pusat sementara permintaan wang pula ditentukan oleh kedudukan aktiviti ekonomi. Jika aktiviti ekonomi meningkat, permintaan wang juga meningkat. Maka, tahap keseimbangan yang juga merupakan tahap kestabilan ekonomi akan dicapai apabila permintaan wang adalah sama dengan bekalan wang.

 Oleh yang demikian, apabila aktiviti ekonomi terlalu pesat sehingga menyebabkan inflasi yang teruk, bank pusat boleh memperlahankannya dengan cara mengurangkan penawaran wang. Maka kesimbangan dengan dasar-dasar kewangan menjadi tunjang pengukuhan ekonomi. Isu inflasi dan kos sara hidup menjadi antara lima isu utama yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia. Sebagai mana tinjauan laporan  ‘Apa Yang Merisaukan’ yang melibatkan lebih 2,000 responden di seluruh negara yang dilaksanakan oleh Agensi Penyelidikan Pasaran Global, IPSOS.

Selain itu isu pengangguran dan masalah ekonomi Malaysa juga menarik perhatian pada perbincangan ini yang akan membincangkan dasar-dasar kewangan konvesional dan Islam. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, terdapat lebih daripada 64 juta belia yang menganggur di seluruh dunia dan terdapat ramai pekerja muda yang hidup dalam kemiskinan. Pelbagai inisiatif kerajaan menyediakan program bagi membendung masalah pengangguran yang boleh membantu perkembangan ekonomi memandangkan ramai anak muda kita yang berbakat, bekerja keras dan berpontesi.

Dasar-dasar kewangan konvensional dan Islam

Secara umum kita mengetahui bahawa memang terdapat beberapa perbezaan membincangkan mengenai cara hidup Islam dan cara hidup yang tidak berprinsipkan Islam. Begitu juga terdapat perbezaan di antara perbankan Islam dengan perbankan bukan Islam atau yang sering kita istilahkan sebagai Perbankan Konvensional walaupun pada pandangan mata kasar ianya kelihatan sama.

Perbezaan ini diibaratkan sebagai perbezaan antara benar dan salah atau perbezaan antara hak dan batil pada kacamata Islam. Sebagaimana Firman Allah SWT sebagai menggambarkan beberapa bentuk perbezaan adalah seperti berikut:

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 42)

FirmanNya lagi:

Dan katakanlah: “Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap” ( Surah al-Isra’, ayat 81)

Oleh itu, menjelaskan situasi ini berikut dinyatakan beberapa perbezaan di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional, antaranya:

Bertunjangkan Aqidah Islamiyyah

Perbankan Islam

Perbankan Islam bertunjangkan Aqidah Islamiyyah yang jitu kepada Allah S.W.T. Ini adalah kerana kita mengi’tiraf bahawa Allah SWT sebagai Pencipta kita dan Tuhan yang WAJIB disembah dan dipatuhi. Maka, segala dasar dan peraturan yang telah digariskan oleh Allah SWT. dalam segenap aspek kehidupan juga adalah menjadi WAJIB untuk diikuti kerana kita tiada pilihan lain lagi.

Perbankan Konvensional

Perbezaan perbankan bukan Islam atau konvensional yang tiada kaitan Aqidah dalam urusniaga mereka. Ianya terbukti dengan pelanggaran hukum-hukum Allah SWT yang antaranya sudah terlalu jelas telah dinyatakan di dalam dalil-dalil yang yang muktamad dan ditetapkan yang diharamkan di dalam Islam. Jadi, ianya seolah-olah tidak mengi’tiraf Allah SWT sebagai Tuhan yang mencipta dasar dan peraturan kehidupan manusia

Dasarnya Iman dan Taqwa

Perbankan Islam

Perbankan Islam dibina di atas dasar Iman dan Taqwa kerana pelaksanaan Sistem Islam ini jika tiada Iman dan Taqwa di dalam diri, maka setiap peraturan Allah SWT akan rasa berat untuk dilaksanakan dan tidak menzahir sifat seseorang yang beretika. Ini jelas dengan perangai sebahagian manusia yang banyak mereka-reka alasan demi untuk melepaskan diri daripada tuntutan dan peraturan Islam.

Perbankan Konvensional

Perbankan konvensional dibina di atas dasar pemikiran manusia yang diketahui amat terbatas dan dipimpin oleh hawa nafsu manusia yang tidak dipandu dengan nilai Iman dan Taqwa. Sebab itulah kita lihat di dalam cara pengendalian perbankan konvensional, banyak perkara yang sehaluan dengan kehendak Islam berlaku.

Kaedah Fiqah Muamalat

Perbankan Islam

Pemakaian kontrak yang dilaksanakan oleh perbankan Islam yang benar-benar bertepatan dengan cara pemakaian yang digariskan oleh Islam. Ini kerana Islam tidak melarang umatnya daripada mencari keuntungan, namun ia perlu dilandasi dengan cara yang betul. Dalam konteks perbankan Islam, tidak menggunakan kaedah memberi pinjaman untuk mendapatkan keuntungan kerana ia jelas mempunyai unsur riba yang dilarang keras dalam Islam. Namun, Islam memberikan jalan penyelesaian dengan pemakaian kontrak seperti Kontrak Jualbeli, Kontrak Mudharabah dan Musyarakah yang boleh memperolehi keuntungan daripada penggunaan kontrak-kontrak tersebut. Oleh yang demikian, kepatuhan Syariah terhadap sesuatu kontrak yang digunakan itu mestilah juga menjadi keutamaan bagi melahirkan produk-produk yang benar-benar Halal.

Perbankan Konvensional

Kaedah perbankan Konvensional yang mengaut keuntungan yang rata-rata kebanyakannya dengan cara memberikan pinjaman. Ianya memang dilarang keras di dalam agama Islam dan banyak dalil-dalil yang melarang sebagai rujukan dan sandaran dalam operasi perbankan Islam.

Justeru, dasar kewangan Islam berperanan dalam sosio-ekonomi seperti memajukan ekonomi dengan pembiayaan, peningkatan simpanan dan penambahnilaian modal, penghapusan kemiskinan melalui pengurusan zakat profesional,pembiayaan patuh syariah dan perpaduan sosio-ekonomi dengan pembiayaan kelompok berpendapatan rendah .

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.