Menurut Abdul Hadi Ab Manap & Mohd Fadhli Mohd Sulaiman (2021) mengatakan bahawa kriteria mendapatkan ijazah doktor falsafah (PhD) di negara ini perlu menitikberatkan pembaikan kelompongan dalam budaya penyelidikan dan inovasi (R&D) institusi-institusi akademik. Keadaan menjadi lebih teruk apabila terdapat segelintir penyelidik atau bakal profesor tidak meletakkan kualiti penyelidikan sebagai keutamaan kerana membudayakan amalan menumpang’ atas hasil kerja orang lain, memikirkan pangkat, jawatan tinggi lantas mengakibatkan hasil penyelidikan terperap begitu sahaja tanpa dikomersialkan secara meluas.

Manakala menurut Dr. Nuurrianti Jalli (2020), merupakan Penolong Profesor Pengajian Komunikasi, Northern State University, South Dakota, Amerika Syarikat mengatakan hal ini tidak menafikan hakikat tersebut kerana penyelidik sekadar menulis kajian. Namun tiada kesan besar kepada industri dan seterusnya memberi manfaat masyarakat.

Sebelum ini beliau juga tersentak dengan teguran penyelidik dari luar negara yang mengkritik hasil tulisan kajian sains sosial segelintir pensyarah tempatan sebagai substandard. Persoalannya, kenapa sesuatu kajian mudah memerlukan lima hingga enam orang penulis?

Kritikan tersebut menjadi kesedaran dan cabaran buat semua penyelidik sebenarnya termasuk dirinya sendiri yang seharusnya menganggap kritikan itu sebagai cabaran untuk bekerja keras menghasilkan lebih banyak kajian. Selain itu, Universiti tempatan perlu lebih peka mengenai perkara itu agar budaya kerja dalam penyelidikan boleh dimantapkan ke satu tahap yang lebih baik kerana ramai penyelidik negara terutama pensyarah yang berbakat dan perlu diasah secara sistematik yang menghasilkan kajian berimpak tinggi.

Hakikatnya, kita melihat penyelidik-penyelidk bersemangat dalam melakukan kajian, tetapi akhirnya hilang semangat apabila sistem universiti yang tidak menyokong mereka. Ini terbukti kerana terdapat penyelidik tempatan yang sudah terkenal di seluruh dunia kerana kajian mereka berimpak tinggi tetapi sedikit sahaja.

Walau bagaimanapun, penyelidik sewajarnya dibuka lebih banyak insentif, latihan dan peluang geran bagi menggalakkan pensyarah atau sesiapa sahaja yang minat dalam bidang penyelidikan yang berimpak tinggi yang boleh digunakan oleh pemain industri dan kerajaan untuk penambahbaikan dalam kehidupan sosial.

Sebelum ini, terdapat laporan Utusan Malaysia yang melaporkan bahawa banyak hasil R&D penyelidik termasuk di universiti akhirnya terperap kerana kajian yang dihasilkan semata-mata mengejar pangkat, jawatan tinggi serta mendapatkan PhD selain kajian dijalankan hanya bersifat pengembangan ilmu yang menyebabkan sukar dikomersialkan dalam jangka masa cepat oleh industri.

Menurut Tun Dr. Arsyad Ayub (2021), merupakan tokoh penyelidik,dan Pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) mendedahkan bahwa lebih 2,500 profesor negara ini dikatakan tidak mencapai standard yang diharapkan.

Terdapat pandangan yang mengulas pandangan dari Dr Nuurianti Jalil antaranya :

i-        Mohd. Sharul Aikal Baharim yang merupakan penuntut PhD Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) jurusan Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, berpendapat bahawa, faktor ini terletak kepada mentaliti dalam kalangan pihak industri dan kerajaan apabila tidak menerima hasil penyelidikan kerana berasa selesa dengan acuan lama. Tambahan pula, kebanyakan universiti tempatan yang mahu menghasilkan lebih ramai penuntut PhD namun hasil penyelidikan mereka tidak dapat digunakan kerana gagal menggambarkan keadaan sebenar di lapangan.

Ini menunjukkan bahawa negara kita masih terkebelakang dari aspek penerimaan terhadap kemajuan. Apabila kita cadang sesuatu dapatan kajian kepada industri atau kerajaan, mereka tidak terima dan mengadaptasikan kerana kos dan tidak selari dengan kehendak mereka.

Ii-       Izzah Mardhiya Mohd. Isa salah seorang penuntut PhD dalam Pendidikan Fizik Universiti awam, berpendapat bahawa, tabiat yang sukar diubah oleh penyelidik apabila kebanyakan kajian mereka hanya menekankan soal jurang ilmu dalam literatur dan tampil dengan idea baharu untuk memberi sumbangan kepada badan pengetahuan, tetapi tidak menyelesaikan masalah secara praktikal yang menjadi dilema bagi penyelidik. Ia akan menjadi thesis yang terperap di perpustakaan lalu menjadi rujukan untuk bakal penyelidik akan datang.

Senario ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan kajian yang dibina untuk mengisi jurang penyelidikan, namun tidak melihat jurang lebih praktikal berbanding kajian di negara barat yang lebih melihat isu sebenar untuk diselesaikan.

Rujukan:

Nizam Yatim. (2021, January 18). `2,500 profesor kita tiada kualiti’ - Dr. Arshad. Utusan Digital. http://www.utusan.com.my/nasional/2021/01/2500-profesor-kita-tiada-kualiti-dr-arshad/
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.