Site icon Wacana Zeckry

Jack Ma Tak Pernah Solat, Tapi Kaya !

Jack Ma

Jack Ma tak Pernah Solat,Tak pernah solat Tahajjud, TAK BANGUN SUBUH REZEKI MASUK,pun JADI KAYA RAYA.macam mana tu boss?

JAWAPAN:

Orang kaya itu boleh jadi muslim mahupun tidak muslim.Ada orang Muslim yang kaya raya dan ada juga orang bukan muslim kaya raya.Ini fakta dunia.

Semua orang yg berusaha baik dari tenaga kudrat dan doa akan dapat kekayaan.

Ya,Betul Jack Ma orang terkaya di China,Bill Gates dan Mark Zurkerberg juga billionnaire tidak solat Tahajjud atau baca 50 kali Surah Alfatihan sebelum masuknya solat Subuh.

KONSEP KEKAYAAN DUNIA KERANA ZAT ALLAH YG MAHA PEMURAH.

Allah ar-Rahman. Maha Pengasih. Maha Pemurah. Maha Belas Kasihan. Dia menaburkan kasih kepada semua makhluk di dunia ini walaupun manusia tidak menyembah-Nya, tidak mengucapkan terima kasih kepada-Nya atau tidak meminta kepada-Nya. Rahmat Allah meliputi segala-galanya.Allah swt berikan kekayaan pada semua,tak kira Cina ke,India ke mahupun melayu.

Kerana konsep Arrahman ni lah Allah swt berikan kepada semua kaum udara,angin dan apa yg ada didunia.

Semua,segala kekayaan dunia ni takda nilai sisi Allah swt.Tiada apa2nya.Jika dunia ada nilai walau hanya sebesar lubang jarum, nescaya Allah swt takkan berikan walau setitik air kepada orang kafir.

Nahhh…sebab kerana sifat zat arrahman inilah Allah swt berikan pada semua.
Sama konsepnya pada soalan..

Eh Jack Ma tak solat Tahajjud pun kaya raya!

Contoh mudah yg lebih dekat.

Si ayah mungkin ada ada 2 orang.(Contoh)
A -Seorang anak tak pandai sekolah tetapi mendengar cakap,ikut arahan.Rajin solat.
B -Seorang anak pandai sekolah,tetapi tak tahu hormat anda sebagai ayah,kurang ajar dan tak pernah nak dengar cakap.kaki botol dan perempuan.

Agak2 kalau nak bagi harga bagaimana nak bagi. Biasanya, tuan akan bagi sama rata harta tu sebab tentunya tuan sayang akan keduanya.

Tetapi,KEREDAAN hati tuan tentu adalah pada anak Si A, tak pandai tak sekolah tinggi tapi kerana dengar cakap dan ikut arahan Harta yg diberikan adalah lebih diredhai berbanding harta ke Si B.

Sama juga dengan staff yang bekerja, mungkin ada pekerja yg pandai,sekolah tinggi kerja bagus, TETAPI tiada adab dan pekerja tersebut bongkak diri rasa macam hebat sangat.

Kalau tuan bayar gaji tentulah tuan akan lebih redha bayar gaji pekerja yang bodoh,tak pandai sekolah tapi selesaikan kerja ikut time dan mudah diarah. Apapun, alangkah baiknya kalau pekerja tu rajin,pandai ikut arahan dan menghormati SOP syarikat .Perkerja baik dan ikut arahan inilah yg diredhai bila gaji diberikan.Puas hati bagi pekerja baik dari mutu kerja dan adabnya.

Sama juga dalam industri bola,

Aku lebih rela bayar gaji mahal pada pemain yg ada KPI dan tidak mementing diri sendiri tanpa memikirkan syarikat langsung tak dapat income pada musim covid19 ini.Gaji nak besar,lepas tu taknak capaikan KPI dan tiada rasa belas kat pasukan yg dah susah payah bayarkan tunggak yg lepas2.

Minta potong gaji sebanyak 50% pada last match November 2020 lepas kerana hanya main sampai 9 Nov 2020 pun nak gaji penuh.Lepas tu cakap,pasukan tiada income,tolonglah simpati sikit tolak 50%,

Tetapi pemain yg penting diri ni still ada juga yg nak penuh.Kalau gaji tu RM3000 kebawah kita fahamlah ini gaji mak ai atas RM20k tu sebulan.
Apapun, saya tetap bayar juga jika mereka kata itulah kontrak yg perlu saya patuhi.Tetapi keredhaan itu tiada.
Bayar tiada isu,tapi hati ni…

(Untuk rekod,90% pemain lepas semua gaji dah dibayar cuma ada beberapa shj yg masih tak mahu ambik gaji kerana merasakan mereka mesti dibayar 100% gaji)

Berbalik kepada persoalan tentang Jack Ma…

Jack Ma tak Pernah Solat,Tak pernah solat Tahajjud, TAK BANGUN SUBUH REZEKI MASUK,pun JADI KAYA RAYA.macam mana tu boss??

KESIMPULANNYA:

Jack Ma kaya,ya! Dia kaya tapi Allah swt belum tentu redha akan kekayaannya.
Apapun, Kita tak boleh sangka buruk pada Jack Ma. ambik yg baik kerana Allah swt menjadikan dunia ini memang ada pelbagai kaum dan agama untuk kita belajar dan sebagai medan test bagi kita.

Saya banyak ja ambik pengalaman perniagaan Jack Ma dalam saya merencana arah tuju syarikat kecil sy.mudahan satu hari nanti besar dan yg paling utama adalah mendapat keredhaan dariNya.

Ditulis oleh : Norizam Tukiman

Sumber:

[zotpress items=”{5090062:YBCTC7EK},{5090062:MI4SSXQV},{5090062:4UYBQUSW},{5090062:JPX2QF4F}” style=”apa”]

Exit mobile version