Musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, mati akal memikirkannya.

Kata Ulama, Orang yang tidur tidak akan tahu kalau dirinya sedang bermimpi kecuali setelah bangun, begitu juga orang yang lalai dengan akhirat tidak akan tahu kalau dirinya sekarang mensia-siakan amal akhirat kecuali setelah datangnya kematian.

Di masa pandemic covid-19, kita dapat melihat manusia ada 2 golongan :

Pertama: Golongan yang untung (orang yang berjaya/muflihun)

Kedua : Golongan yg rugi (al-khasiruun)

Lepas tu, siapakah Golongan beruntung? Mereka ni, kita dapat lihat ada terbahagi kepda 3 kelompok/kumpulan

1- Golongan beruntung

 i- Dia adalah sihat/selamat tidak terkena covid kemudian dia bersyukur dan sehingga dia mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjadi orang baik dengan semua makhluk Allah SWT sebagai tanda/simbol dia sebenar-benar orang yang bersyukur kepada Allah SWT.

 ii-Dia pernah terkena Covid-19, kemudian dia sembuh, lalu cepat2 dia bersyukur kpd Allah SWT akhirnya menjadi org yg tersangat baik kepada semua orang.

iii- Dia terkena Covid-19 lalu meninggal dunia tetapi meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan diterima oleh Allah SWT.

2-Golongan Rugi

1- Dia sihat selamat tetapi dia tetap lupa kepada Allah SWT dan akhirnya menjadi org yang lebih baik

 2-Dia terkena Covid-19 lalu sembuh kemudian selamat, tetapi dia lupa juga kepada siapa yg menolongnya, iaitu Allah SWT sehingga mengeluarkan perangai/sifat yang masih lalai kepada Allah SWT.

3- Dia tidak kena covid tetapi dia merasa sudah menderita/seksa sehingga sifat/kelakuan buruknya keluar, akhirnya dia meninggal dalam keadaan su`ul khatimah (Nauzubillah min zalik) 

Oleh itu, kita mesti faham bahawa Allah SWT telah bercakap kpd manusia dgn 4 cara:

1- Melalui kitab2nya

2- Nabi dan rasul2nya

3- Alam semesta (dgn segala keindahan dan kehebatanya)

4- Kejadian2nya seperti banjir besar, kemarau Panjang termasuk Covid-19 yg sedang diuji cuba kpd manusia sebagai ujian sehingga mati akal manusia fikirkan. Kenapa dan bagaimana kejadian2 tidak diingini boleh berlaku sehingga tiada daya kita untuk memahami? Tetapi, kita mesti mampu dan berdaya memahaminya 3 pertanyaan :

1- SIapa kita

2- Di mana kita

3- Nak ke mana kita.

Jawab lah pertanyaan itu sekarang,,iaitu ketika nafas yang masih dapat dihirup dan dihembuskan oleh tubuh kita….mudah2an kita menjadi org yg beruntung.

Apabila kita menemui jawapan itu, sampaikan pesanan itu kpd org yg kita sayangi disekeliling kita sama ada keluarga, masyarakat kita..mudah2an kita semua sihat dan selamat dan covid-19 musnah dengan ampuhnya apabila segala tindakan kita ke arah mengingatinya dan mentaatinya tanpa alasan dan mereka/mencipta alasan-alasan setelah seruan2 kebaikan sampai sampai ke telinga kita atau mata kita,

Guruku selalu berpesan, jangan kita lalai kepada Allah SWT lagi, walaupun sekarang banyak masa berada dirumah, insafilah dan bertaubatlah atau beristighfarlah, berselawat dan berzikir dengan sebanyak-banyaknya seperti membaca ayat kursi, mengamalkan surah al-fatihah, surah al-ikhlas sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk perlindungan dan merawat diri kita secara rohani dan jasmani.

Firman Allah :

Al-Ahzab 41-42

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرٗا كَثِيرٗاوَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةٗ وَأَصِيلًا

Wahai orang yang beriman, Ingatlah Allah, dengan mengingati (namanya) sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

Sebahagian ulama mengatakan: “Berzikir kepada Allah SWT dengan ikir yang sebanyak- banyaknya bermakna lidah kamu tidak kering daripada borzikir kepadaNya.” Dalil yang menunjukkan perkara itu adalah hadis Abdullah bin Bisr r.a, yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan Ahmad dengan sanad yang sahih, dia berkata: Saya berkata: “Wahai Rasulullah,sesungguhnya syariat (ajaran) Islam ini sudah terlalu banyak bagiku, maka beritahu kepada aku sesuatu yang boleh aku berpegang teguh dengannya!”

Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasa lidah kamu basah dengan berzikir kepada Allah SWT.” ( At-Tirmizi, no. 3375 dan Ibnu Majah, no. 3793. )

Mereka berkata kepada seorang yang soleh ketika dia berada dalam keadaan sakaratul maut “Berzikirlah kepada Allah SWT.” Dia menjawab: “Saya tidak pernah lupa berzikir kepada-Nya.”

Al-Junaid bin Muhammad, beliau adalah salah seorang yang soleh yang terus membaca Al-Quran ketika dia berada dalam keadaan sakaratul maut. Mereka mengatakan kepadanya: “Kamu sekarang sedang menghadapi kematian, bukan dengan Al-Quran.” Dia berkata: “Siapa orang yang paling memerlukan amal soleh selain aku?”

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ

 “Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku.” (Surah Al-Baqarah (2): 152)

Salah seorang salafus soleh mengatakan : Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bila Tuhanku mengingatiku ! Orang ramai lantas bertanya kepadanya: Bila Tuhan kamu mengingati kamu” Dia mengatakan : Ketika aku mengingatiNya.

Ringkasnya, saya perlu jelaskan dengan kepada 3 perkara :

1- Jadikan diri kita yang masuk dalam golongan orang yang beruntung ibarat kalau sesuatu perniagaan tiada siapa pun mahu mengalami kerugian. Maka, kesedaran diri kita siapa, di mana kita dan ke mana kita mesti diketahui melalui kitab sucinya, Nabi, rasul2nya dan penyampai risalahnya, alam semesta, Alam semesta dan kejadian2nya dasyat yang kita tidak mampu berfikir lagi.

2-       Usaha kita dalam memerangi Covid-19 sekarang, kita harus melengkapi dengan ajaran pelindungan dalam Islam dengan mentahsinkan (membentengi)/perisai rohani kita dari benda-benda jahat diluar mata kepala kita. Agar Allah SWT memelihara diri kita secara zahir dengan vaksin dan rohani kita dengan Tahsin sebagai melengkapi rohani dan jasmani. Harus kita sedarilah covid-19 adalah simbol kelalaian manusia akhir zaman. Akibat kelalaian itu ia menghancurkan segala benda rohani dan jasamani. Kehancuran kepada nilai kemanusian, ketuhanan, keadilan, keharmonian, malah segalanya musnah akibat covid (kelalaian manusian) jika kita melihat covid-19 dari sudut yang berbeza, bukan dari sudut jangkitan, baru lah kita nampak kaitan dengan akhir zaman. Tindakan segera kita sentiasa mengingatiNya dan mendekatiNya melalui amal soleh.

3-       Kita mesti menyakini bahawa Allah SWT mengampuni segala perbuatan silap kita kecuali SYIRIK /menduakanny/ memadukannya kerana Allah SWT janji kepada kita, segala dosa diampunkan kecuali syirik, maka jagalah aqidah kita agar kita sentiasa mengharapkan dan mendekatiNya di saat manusia yang ramai lupa. Maka tugas kita wajib ingat Allah SWT dan mengenaliiNya. Bukan yang ramai mengaku kenal Allah SWT tetapi hakikatnya tidak kenal, Misalnya apabila kita diajak/diseru kepada jalan kebaikan atau apa yang allah SWT mahu kita banyak mencipta dalih dan alasan mengikut kepuasan kita sahaja.

Moga agar allah SWT mengampuni dan mengangkat darjat kita dan memusnah ujian covid-19 di negara kita dengan izin dan kehendakNya serta kekuasaaNya sekelip mata. Janganlah kita berpaling dari peringatan-peringataNya sejak dulu sampai sekarang.

Firman Allah : Surah Taha  124-126

وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةٗ ضَنكٗا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ١٢٤ قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرۡتَنِيٓ أَعۡمَىٰ وَقَدۡ كُنتُ بَصِيرٗا١٢٥ قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتۡكَ ءَايَٰتُنَا فَنَسِيتَهَاۖ وَكَذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمَ تُنسَىٰ١٢٦

Sesiapa yang berpaling dari peringatanku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Berkatalah dia: “Ya Tuhanku! Mengapa Kamu menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan.” (Surah Taha [20]: 124-126)

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.