Semakin tinggi pangkat semakin menjauh dari masyarakat.

Sistem kenaikkan pangkat akademik universiti tidak mengambil kira hal bermasyarakat. Jikapun ada point ianya ibarat pointless, sekadar menjadikan ianya ada sahaja dalam point sistem naik pangkat.

Hal bersifat keuntungan pada diri adalah yang paling memberi banyak point. Tidak perlulah saya tuliskan apakah point tersebut, setiap pensyarah universiti tahu apakah point itu.

Cukuplah jika sudah mula dapat faedah naik pangkat ke gred 54, ada Madya sebelum nama Profesor pangkatnya. Jika anda lihat, sudah mula seseorang itu mengekslusifkan dirinya. Sudah mula pilih point yang benar2 ada nilai untuk pangkat seterusnya.

Dari mulanya nampak bergaul cakap, bila dah Naik, gaulnya terkawal, cakapnya terbatas. Jikapun bercakap, hanya yang penting2 sahaja ataupun mula ada komen dalam meeting Fakulti sahaja. Mungkin dah mula nak bgtau akulah Madya anda antara anda semua.

Hireaki naik ke kasta seterusnya, akan makin jauh dari gaul dan cakap yang biasa2. Sudah mula ada di puncak kerjaya, sudah mula nak jauhkan dari masyarakat sekeliling yg ada.

Jika awal kerjaya boleh disuruh turun dengan program masyarakat, kini sudah ada payah, katanya saya Profesor, takkan saya nak turun lagi ke kampung2 beraktiviti. Saya sibuk dengan penyelidikan, banyak Hal saya nak uruskan, penerbitan, penyeliaan. Saya tidak mahu dilibatkan dengan aktiviti lain, Pensyarah muda perlu didedahkan kepada masyarakat. Ini ayat biasa, ayat tersohor dari kalangan kayangan akademik.

Ada anda lihat Profesor ajar kuliah pelajar tahun 1? Katanya tidak sesuai dengan status Profesor, ianya lebih sesuai kepada tahun Akhir atau pascasiswazah sahaja. Maka apakah fungsi profes dalam akademik jika hanya pangkat mendahului nama? Sudah pasti mereka mula mengintai peluang jawatan tertinggi universiti. Itu lumrah, itu budaya. Maka makin jauhlah mereka dengan gaul dan cakap biasa.

Ada lihat professor turun berceramah di sekolah? Jika ada ianya lebih tema program dari lajak yang ada. Pernah ada satu program Profesor masuk Kampung, tapi mungkin sudah habis kampung yang dia suka masuk. Jika ada pun Profesor yang terlibat, sudah pasti ianya program level Putrajaya, atau Istana, paling tidak level Dewan Rakyat arasnya.

Universiti mentamadunkan masyarakat?

Tiada sebenarnya.

Kenaikkan status ilmu pangkat, sistemnya, bukan untuk mentamadunkan masyarakat, tapi untuk diri sendiri sahaja.

Ahli akademik naik pangkat, dirinya akan makin jauh dari masyarakat.

Sumber :

Nazri Halif. (2021). Akademia Universiti. https://www.facebook.com/groups/172330172793150/user/1404968245/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.