Dalam Al-Quran, nasakh merupakan satu bentuk perubahan atau penghapusan sesuatu perkara atau tindakan dari satu keadaan asal kepada keadaan lain.

Dari segi istilah, nasakh merupakan hukum syarak y1ang terhenti kerana adanya dalil lain yang membatalkan hukum asalnya. Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu cara bagi memberi penyelesaian terhadap percanggahan beberapa dalil bagi menetukan hukum iaitu Al-Nasikh dan Al-Mansukh.

Nasakh terdapat dalam pelbagai jenis antaranya adalah nasakh yang boleh terjadi secara jelas (soreh) iaitu ayat tersebut berlaku nasakh kepadanya.

Contoh seperti di dalam sabda Nabi Muhammad SAW iaitu:

نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا

Bermaksud: Dahulu, aku melarang kalian daripada menziarahi kubur, sekarang kalian ziarahilah kubur. Hadis ini menjelaskan tentang hukum menziarahi kubur yang dibenarkan oleh Al-Nasikh tetapi dilarang oleh Al-Mansukh.

Seterusnya adalah Nasakh Dhimni iaitu nasakh yang Allah SWT tidak menjelaskan secara jelas atau sarih. Nasakh ini adalah terdapat hukum yang bercanggah dengan hukum lain sebelumnya tanpa ada nas yang akan mansukhkan hukum yang sebelumnya.

Nasakh Dhimni terdapat didalam firman Allah SWT berdasarkan Surah Al-Baqarah, ayat 240 iaitu:

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا وَصِيَّةٗ لِّأَزۡوَٰجِهِم مَّتَٰعًا إِلَى ٱلۡحَوۡلِ غَيۡرَ إِخۡرَاجٖ

Bermaksud: Di antara kamu terdapat orang yang hampir mati serta meninggalkan isteri, maka hendaklah mewasiatkan untuk ister-isteri mereka seperti memberi nafkah berbentuk saguhati seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal hingga tempoh selama setahun, dan janganlah disuruh berpindah daripada tempat tinggalnya.

Ayat ini menjelaskan maksud hukum iddah bagi wanita atau isteri yang kematian suami adalah selama setahun. Manakala hukum sebelumnya pada awal kedatangan Islam adalah seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 234 iaitu:

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗا

Bermaksud: Di antara kamu adalah orang-orang yang meninggal dunia dan meninggalkan isteri, maka hendaklah isteri-isteri tersebut menahan diri mereka iaitu beriddah selama empat bulan sepuluh hari. Penjelasan daripada ayat ini adalah tentang hukum tempoh iddah bagi seorang wanita yang kematian suami adalah selama empat bulan sepuluh hari. Oleh itu, ayat ini menjadi nasakh Dhimni kerana turun sebelumnya daripada ayat 240 Surah Al-Baqarah (Muhammad Fahmi, 2016).

 Di dalam Al-Quran, Imam Al-Khatib Al-Baghdadi menjelaskan bahawa nasakh terdapat tiga bahagian iaitu nasakh hukum dengan mengekalkan ayat Al-Quran yang mana nasakh ini memansuhkan hukum di dalam Al-Quran dan menjelaskan hukum yang masih kekal di dalamnya dan tidak dimansukhkan ayat tersebut.

Seterusnya adalah nasakh ayat dengan mengekalkan hukum iaitu ayat tentang hukum tersebut telah dimasukhkan tetapi hukumnya masih kekal. Akhir sekali adalah nasakh ayat beserta hukum yang mana hukum serta ayat yang dikeluarkan telah dinasakhkan kedua-duanya sekali (Muhammad Fahmi, 2016).

 Nasakh merupakan satu tindakan yang memberi implikasi yang baik kepada setiap kemaslahatan yang timbul. Ini adalah kerana perubahan terhadap hukum dan didasari dengan sumber daripada dalil yang kukuh menjadikan sesuatu hukum itu dikaji dan diyakini untuk dilakukan perubahan terhadapnya (MM Ulum, 2017).

Antara implikasi berlakunya nasakh terhadap ayat Al-Quran adalah untuk membuktikan bahawa setiap ayat dan hukum yang terkandung mempunyai fungsi dan keutamaannya tersendiri samada untuk dibaca atau dijadikan sebagai rujukan bagi kemaslahatan manusia.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.