Rukun Pendek dan Rukun Panjang Solat
1-Rukun Pendek dalam solat iaitu : I`tidal dan Duduk antara 2 Sujud.
2-Kesan jika memanjangkan Rukun Pendek ketika I`tidal ialah:
i- Melamakan Itidal= Batal Solat jika SENGAJA ii- Memanjangkan I
tidal=Tidak Batal Solat jika LUPA, harus sujud Sahwi.
3-Kesan jika memanjangkan Rukun Pendek ketika Duduk antara 2 sujud
i- Melamakan duduk antara 2 sujud= Batal Solat jika SENGAJA
ii- Melamakan duduk antara 2 sujud=Tidak Batal Solat jika lupa, harus sujud sahwi
4-DIKECUALIKAN (TIDAK BATAL SOLAT) melamakan I`tidal/duduk antara 2 sujud apabila :
i- Melakukan perkara yang dianjurkan di dalamnya = Baca Qunut / Baca Tasbih Ketika Solat Tasbih.
5-TEMPOH/BATASAN Memanjangkan Rukun Pendek
i- Tempoh I`tidal yang lama = lebih daripada kadar memberi zikir yang dianjurkan atau sekadar membaca surah al-Fatihah.
ii- Tempoh/Batasan duduk antara 2 sujud yang lama = Lebih daripada zikir yang dianjurkan padanya atau tempoh membaca tasyahud.
Menurut As-syafi’iyyah dalam qunut meliputi 15 sunah ab’ad di dalamnya. Jadi makmum ( kalangan jamaah yang tidak baca qunut ) yang diam menunggu imam qunut tidak batal walaupun qunut imam tersebut melebihi batas i’tidal karena ia dianggap melakukan sunnah berdiri saat qunut (Rujukan).
Sunat abโad adalah semua perbuatan dalam solat yang jika ditinggalkan secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan ditampung dengan sujud sahwi di akhir solat atau selepas solat.
Masalah makmum terlupa untuk membaca Qunut Nazilah bersama imam di mana dia terus sujud selepas iktidal sedangkan imam berdiri untuk membaca Qunut Nazilah, maka dia wajib bangun kembali untuk bersama dengan imam. Ini kerana dia dikira telah mendahului imam. Jika dia tidak bangun semula untuk mengikuti imam maka batal solatnya (Rujukan Fatwa Irsyad)
Bacaan Warid Dalam I`tidal
Iโtidal merupakan perbuatan berdiri di antara rukuโ dan sujud. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah R.Anha ketika menceritakan cara bersolat Rasulullah SAW, katanya:
ููุงูู ุฅูุฐูุง ุฑูููุนู ุฑูุฃูุณููู ู ููู ุงูุฑูููููุนู ููู ู ููุณูุฌูุฏู ุญูุชููู ููุณูุชููููู ููุงุฆูู ูุง
Maksudnya: โApabila mengangkat kepalanya daripada rukuโ, Baginda tidak sujud sehingga telah berdiri tegak.โ[1]
Terdapat hadith sahih daripada Nabi SAW mengenai zikir yang dibaca ketika iโtidal yang diriwayatkan oleh Rifaโah bin Rafiโ RA, beliau berkata:
ูููููุง ููููู ูุง ููุตููููู ููุฑูุงุกู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ูุ ููููู ููุง ุฑูููุนู ุฑูุฃูุณููู ู ููู ุงูุฑููููุนูุฉู ููุงูู: ุณูู ูุนู ุงูููููู ููู ููู ุญูู ูุฏููู โุ ููุงูู ุฑูุฌููู ููุฑูุงุกููู: ุฑูุจููููุง ูููููู ุงูุญูู ูุฏู ุญูู ูุฏูุง ููุซููุฑูุง ุทููููุจูุง ู ูุจูุงุฑูููุง ูููููุ ููููู ููุง ุงููุตูุฑูููุ ููุงูู: ู ููู ุงูู ูุชููููููู ูุ ููุงูู: ุฃูููุงุ ููุงูู: ุฑูุฃูููุชู ุจูุถูุนูุฉู ููุซููุงูุซูููู ู ูููููุง ููุจูุชูุฏูุฑููููููุง ุฃููููููู ู ููููุชูุจูููุง ุฃูููููู
Maksudnya: Kami pernah solat bersama Rasulullah SAW, saat bangun dari rukuโ ia membaca ุณูู ูุนู ุงูููููู ููู ููู ุญูู ูุฏููู. Tiba-tiba ada seorang sahabat yang membaca, ุฑูุจููููุง ูููููู ุงูุญูู ูุฏู ุญูู ูุฏูุง ููุซููุฑูุง ุทููููุจูุง ู ูุจูุงุฑูููุง ููููู (Wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan barakah). Selepas selesai solat, Rasulullah SAW bertanya, โSiapa yang mengucapkan kalimah itu?โ Sahabat itu berkata, โSayaโ. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, โAku melihat lebih tiga puluh malaikat berebut untuk menjadi yang pertama kali mencatatnya (pahalanya),โโ[2]
Imam Ibn Hajar al-โAsqalani berkata di dalam syarahnya: โSecara zahirnya, para malaikat tersebut bukan malaikat penjaga, kerana terdapat di dalam kitab Sahihain (al-Bukhari dan Muslim), hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, marfuโ kepada Nabi SAW: โSesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang mengelilingi jalan-jalan mencari ahli zikirโ. Hal ini juga menjadi dalil bahawa sebahagian daripada amalan ketaatan ditulis oleh malaikat yang bukan tugasnya menjaga catatan amalan.โ[3]
Ibn Rejab al-Hanbali pula di dalam kitab syarahnya menyebut: โHadith ini menunjukkan kelebihan zikir ini di dalam solat, dan makmum boleh menambah tahmid dan pujian kepada Allah, sebagaimana pandangan mazhab al-Syafie dan riwayat daripada mazhab imam Ahmad. Contoh bagi zikir adalah baik dilakukan di dalam iโtidal daripada rukuโ ketika solat fardhu, kerana para sahabat R.anhum kebiasaannya solat di belakang Nabi SAW pada solat fardhu, serta mereka tidak banyak solat sunat dibelakang baginda SAW. Dalam hadith ini juga menjadi dalil bahawa tidak makruh makmum menjaharkan (mengangkat suara) sekali sekala sebahagian daripada zikirnya di belakang imam, sebagaimana tidak makruh imam kadang-kadang menjaharkan sebahagian daripada bacaannya pada solat di siang hari.โ [4]
Selain itu, terdapat juga hadith di dalam Sahih Muslim yang menyebutkan bacaan lain di dalam Iโtidal sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Aufa RA dan juga Abu Saโid al-Khudhri RA.
- Daripada Abu Aufa RA, beliau bekata:
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ูุ ุฅูุฐูุง ุฑูููุนู ุธูููุฑููู ู ููู ุงูุฑูููููุนูุ ููุงูู: ุณูู ูุนู ุงูููู ููู ููู ุญูู ูุฏูููุ ุงููููู ูู ุฑูุจููููุง ูููู ุงููุญูู ูุฏูุ ู ูููุกู ุงูุณููู ูุงููุงุชูุ ููู ูููุกู ุงููุฃูุฑูุถู ููู ูููุกู ู ูุง ุดูุฆูุชู ู ููู ุดูููุกู ุจูุนูุฏ
Maksudnya: โRasulullah SAW jika mengangkat kepalanya dari rukuโ beliau mengucapkan: Allah mendengar bagi sesiapa yang memujiNya, Ya Allah, Tuhan kami bagi-Mu pujian sepenuh langit dan bumi, sepenuh apa yang Engkau mahukan lebih daripada ituโ[5]
- Daripada Abu Saโid al-Khudhri RA, beliau berkata:
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฅูุฐูุง ุฑูููุนู ุฑูุฃูุณููู ู ููู ุงูุฑูููููุนู ููุงูู : ุฑูุจููููุง ูููู ุงููุญูู ูุฏู ู ูููุกู ุงูุณููู ูุงููุงุชู ููุงููุฃูุฑูุถูุ ููู ูููุกู ู ูุง ุดูุฆูุชู ู ููู ุดูููุกู ุจูุนูุฏูุ ุฃููููู ุงูุซููููุงุกู ููุงููู ูุฌูุฏูุ ุฃูุญูููู ู ูุง ููุงูู ุงููุนูุจูุฏูุ ูููููููููุง ูููู ุนูุจูุฏูุ ุงููููู ูู ููุง ู ูุงููุนู ููู ูุง ุฃูุนูุทูููุชูุ ููููุง ู ูุนูุทููู ููู ูุง ู ูููุนูุชูุ ููููุง ููููููุนู ุฐูุง ุงููุฌูุฏูู ู ููููู ุงููุฌูุฏูู
โ
Maksudnya: โRasulullah SAW jika mengangkat kepalanya dari rukuโ beliau mengucapkan: Tuhan kami bagi-Mu pujian sepenuh langit dan bumi, sepenuh apa yang Engkau mahukan lebih daripada itu, yang memiliki semua pujian dan kebaikan, yang paling berhak diucapkan oleh setiap hamba, dan setiap daripada kami adalah hambaMu. Ya Allah tidak ada yang boleh menghalang apa yang Engkau berikan. Dan tidak ada yang boleh memberikan apa yang Engkau halang. Dan segala daya upaya tidak bermanfaat kecuali dengan izinMu, seluruh kekuatan hanya milikMu).โ[6]
Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan bab ini menyebut: โPada hadith ini mempunyai faedah yang banyak. Antaranya, sunat untuk mengucapkan zikir ini, serta wajib beriโtidal dan bertenang padanya.โ[7]
[1] Riwayat Muslim (498)
[2] Riwayat al-Bukhari (799), al-Nasaie (1062), dan Ahmad (18996)
[3] Lihat Fath al-Bari, 2/286
[4] Lihat Fath al-Bari li Ibn Rejab, 7/202-203
[5] Riwayat Muslim (476)
[6] Riwayat Muslim (477)
[7] Lihat Syarh al-Nawawi โala Sahih Muslim, 4/193
Apakah iktidal di dalam solat merupakan rukun yang panjang?
Iโtidal merupakan perbuatan berdiri di antara rukuโ dan sujud. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah R.Anha ketika menceritakan cara bersolat Rasulullah SAW, katanya:
ููุงูู ุฅูุฐูุง ุฑูููุนู ุฑูุฃูุณููู ู ููู ุงูุฑูููููุนู ููู ู ููุณูุฌูุฏู ุญูุชููู ููุณูุชููููู ููุงุฆูู ูุง
Maksudnya: โApabila mengangkat kepalanya daripada rukuโ, Baginda tidak sujud sehingga telah berdiri tegak.โ[1]
Hadith seterusnya, Rasulullah SAW bersabda ketika mengajarkan cara-cara bersolat kepada seorang lelaki yang tidak melakukannya:
ุซูู ูู ุงุฑูููุนู ุญูุชููู ุชูุนูุชูุฏููู ููุงุฆูู ูุง
Maksudnya: โKemudian bangunlah hingga engkau berdiri tegak.โ[2]
Berdasarkan mazhab Syafiโe, syarat-syarat sah iโtidal adalah seperti berikut:
- Tidak bertujuan lain selain daripada ibadat.
- Tetap seketika sekadar masa sekali tasbih.
- Tidak berdiri terlalu lama hingga melebih kadar bacaan fatihah. Hal Ini kerana iโtidal merupakan rukun yang pendek dan tidak harus dipanjangkan.[3]
Namun, para ulamaโ berbeza pandangan adakah dibolehkan untuk memanjangkan Iโtidal. Sebahagian ulamaโ mengatakan ianya dibolehkan, hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas RA, beliau berkata:
ู ูุง ุตููููููุชู ุฎููููู ุฃูุญูุฏู ุฃูููุฌูุฒู ุตูููุงุฉู ู ููู ุตูููุงุฉู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููู ุชูู ูุงู ู ููุงููุชู ุตูููุงุฉู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ู ูุชูููุงุฑูุจูุฉู ููููุงููุชู ุตูููุงุฉู ุฃูุจูู ุจูููุฑู ู ูุชูููุงุฑูุจูุฉู ููููู ููุง ููุงูู ุนูู ูุฑู ุจููู ุงููุฎูุทููุงุจู ู ูุฏูู ููู ุตูููุงุฉู ุงููููุฌูุฑู ููููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฅูุฐูุง ููุงูู ุณูู ูุนู ุงูููููู ููู ููู ุญูู ูุฏููู ููุงู ู ุญูุชููู ููููููู ููุฏู ุฃูููููู ู ุซูู ูู ููุณูุฌูุฏู ููููููุนูุฏู ุจููููู ุงูุณููุฌูุฏูุชููููู ุญูุชููู ููููููู ููุฏู ุฃูููููู ู
Maksudnya: โBelum pernah aku solat di belakang seseorang yang lebih ringkas solatnya daripada solat Rasulullah SAW dengan kesempurnaannya. Solat baginda adalah hampir sama (antara satu rukun dengan rukun lainnya), dan solat Abu Bakar adalah saling berdekatan (antara satu rukun dengan rukun lainnya). Lalu ketika Umar mengimami, maka dia memanjangkan dalam solat Subuh. Rasulullah SAW pernah apabila mengucapkan, (ุณูู ูุนู ุงูููููู ููู ููู ุญูู ูุฏููู), maka baginda berdiri hingga kami mengatakan bahawa baginda telah lupa, kemudian baginda sujud dan duduk di antara dua sujud hingga kami mengatakan bahawa baginda telah lupaโ.โ[4]
Syeikh Syaraf al-Haq al-โAzim Abadi dalam syarahnya menyebut: โHadith ini menunjukkan secara zahir untuk memanjangkan Iโtidal dan duduk di antara dua sujudโ.[5]
Imam al-Syaukani mengatakan dalam kitab Nail al-Autar: โHadith ini menjadi dalil kepada bolehnya memanjangkan iโtidal daripada rukuโ dan duduk antara dua sujud. Sebahagian ulamaโ Syafiโiyyah mengatakan batal solat orang yang memanjangkan iโtidal dan duduk antara dua sujud dengan hujjah ianya menafikan sifat al-Muwalat (berturut-turut) dalam solat.
Beliau kemudian menukilkan kalam Ibn Daqiq al-โEid.โHadith ini menunjukkan bahawa iโtidal merupakan rukun yang panjang dan hadith Anas menunjukkan dengan jelas mengenai perkara itu dan ianya merupakan dalil baginya.โ [6]
Hal ini dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan daripada Huzaifah RA, beliau berkata:
ููููุงูู ุฑููููุนููู ููุญูููุง ู ููู ููููุงู ูููุ ุซูู ูู ููุงูู: ุณูู ูุนู ุงูููู ููู ููู ุญูู ูุฏูููุ ุซูู ูู ููุงู ู ุทููููููุง ููุฑููุจูุง ู ูู ููุง ุฑูููุนูุ ุซูู ูู ุณูุฌูุฏูุ ููููุงูู: ุณูุจูุญูุงูู ุฑูุจูููู ุงููุฃูุนููููุ ููููุงูู ุณูุฌููุฏููู ููุฑููุจูุง ู ููู ููููุงู ููู
Maksudnya: Rukuโ baginda SAW panjangnya hampir sama dengan berdiri baginda, kemudian baginda berkata, (ุณูู ูุนู ุงูููู ููู ููู ุญูู ูุฏููู), kemudian baginda berdiri lama hampir sama dengan rukuโ baginda, kemudian baginda sujud dan baginda berkata, (ุณูุจูุญูุงูู ุฑูุจูููู ุงููุฃูุนูููู). Sujud baginda hampir sama tempohnya dengan berdirinya baginda.[7]
Imam al-Nawawi mengatakan: โPada hadith ini menunjukkan dengan jelas bahawa harus memanjangkan iโtidal dengan zikirโ.[8]
Pandangan utama dalam mazhab Syafiโe pula mengatakan bahawa memanjangkan rukun yang pendek di dalam solat merupakan di antara perkara yang membatalkan solat. Antara rukun pendek adalah Iโtidal (bangun daripada rukuโ).
Disyaratkan agar orang yang solat tidak memanjangkan Iโtidalnya selepas daripada rukuโ dengan pemanjangan yang ketara iaitu tidak melebihi kadar bacaan al-Fatihah. Ini kerana, Iโtidal merupakan rukun yang pendek, maka tidak dibolehkan untuk memanjangkannya melainkan pada qunut dan solat Tasbih.[9]
Imam al-Nawawi juga menukilkan pandangan ashab al-Khurasan bahawa Iโtidal daripada rukuโ merupakan rukun yang pendek serta dituntut agar diringankan (dipendekkan) rukun tersebut. Jika dia memanjangkan dengan sengaja seperti diam (diam yang panjang), membaca qunut yang tidak disyariatkan (tidak warid daripada Nabi SAW) atau dengan zikir yang lain, maka ketiga wajah ini yang paling sahihnya di sisi Imam al-Haramain dan ia juga diputuskan oleh al-Baghawi bahawa perbuatan ini membatalkan solatnya melainkan apa yang warid (datang) dalam syariat.[10]
Kesimpulannya, berdasarkan nas dan hujah di atas, kami menyatakan bahawa pandangan mazhab Syafiโe mengatakan rukun iโtidal termasuk dalam rukun yang pendek.
Namun, kami cenderung mengatakan bahawa harus untuk memanjangkan Iโtidal sekiranya bacaan yang dibaca di dalamnya merupakan bacaan yang warid daripada Nabi SAW serta tidak membebankan makmum sekiranya dia menjadi imam.
[1] Riwayat Muslim (498)
[2] Riwayat al-Bukhari (724) dan Muslim (397)
[3] Lihat al-Fiqh al-Manhaji โala Mazhab al-Imam al-Syafiโe, 1/134-135
[4] Riwayat Muslim (473) , dan Abu Dawud (853)
[5] Lihat โAun al-Maโbud Syarh Sunan Abi Dawud, 3/64
[6] Lihat Nail al-Autar, 2/304
[7] Riwayat Muslim (772)
[8] Lihat al-Majmuโ Syarh al-Muhazzab, 4/127
[9] Lihat al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafiโe, 273/1
[10] Lihat: al-Majmuโ Syarh al-Muhazzab, 126/4