Menurut Johari Abdul Ghani (2022) pada tahun 2018 sehingga 2021, negara kita mempunyai KDNK per kapita yang tidak berkembang. Dalam masa empat tahun, pertumbuhan kita minus 0.1 percent. Jika dibandingkan dengan Indonesia, Vietnam, Thailand dan Philippine, keempat-empat negara ini ke belakang waktu kita membina negara selama 61 tahun sebelum tahun 2018. Contohnya, Indonesia, pada tahun 2018 hingga 2021 KDNK perkapita mereka telah berkembang sebanyak 11.8 peratus. Vietnam, KDNK per kapita berkembang sebanyak 24.2 peratus. Thailand, berkembang sebanyak 9.7 peratus dan Philippine 19.3 peratus. Semua ini positif, tetapi Malaysia 0.1 percent.

Oleh itu, usaha untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi ini, kita tidak boleh lari daripada mempunyai dua elemen penting iaitu pelaburan dan consumption dalam sesebuah ekonomi. Akan tetapi setiap kali kita melihat perkembangan ini di antara investment dan consumption growth, yang perlu kita lihat ialah bagaimana komposisi sebuah ekonomi itu dibangunkan, sama ada berdasarkan pelaburan atau consumption.

Dalam konteks Malaysia, kalau kita lihat, investment growth pada tahun 2018 hanya 1.4 peratus tetapi consumption positive 7.1 percent. Kalau tahun 2019, dari segi konteks investment growth -2.1 peratus. Akan tetapi consumption masih berkembang 6.6 peratus. Pada tahun 2020, investment growth -14.5 peratus, consumption -2.9 peratus. Tahun 2021, investment growth 0.9 percent, consumption 2.2 peratus. Ini menunjukkan bahawa kita tidak mempunyai sustainable economic growth kerana apa elemen investment ini sudah menguncup kalau dibandingkan sebelum-sebelum ini.

Kesan tersebut telah membawa graduan di malaysia dikeluarkan pada tahun 2018 sebanyak 299,000 pekerjaan yang ditawarkan atau diwujudkan pekerjaan baru oleh pihak swasta hanya 101,000. Pada tahun 2019, graduan yang kita keluarkan 386,000 kemudian pekerjaan yang kita wujudkan hanya 103,000.

Tahun 2020, graduan yang kita wujudkan 294,000 tetapi pekerjaan yang kita ciptakan hanya 73,000. Pada tahun 2021, jumlah graduan yang kita wujudkan 286,000, pekerjaan yang kita wujudkan hanya 69,500 figure-figure tersebut menunjukkan bahawa isu lepasan graduan dalam skala besar.

Persoalannya :

i- Kenapakah negara-negara jiran di sekeliling kita membangun dengan begitu pesat berbanding Malaysia.

ii- Adakah inovasi di pelbagai sektor juga masih lemah untuk penciptaan-penciptaan baru untuk dipasarkan sesuatu produk ke luar negara.

iii-Perlukah penambahbaikan dalam bidang pendidikan yang lebih mengeluarkan graduan yang cepat ‘buat duit’

iv-Adakah kita masih lemah di pelbagai sektor produktiviti di negara ini.

v-Apakah cadangan-cadangan yang boleh direaliasasikan dengan lebih pantas untuk menangani isu pengangguran.

Rujukan:

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani 2022, Penyata Rasmi (Hansard) didapatkan dari http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-19122022.pdf pada 19 Disember 2022

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.