Pengurusan hubungan etnik tidak semudah diperkatakan, terutamanya dalam mengurus hubungan etnik di Malaysia yang berbilang etnik, pelbagai karenah masyarakatnya menjadikan pengurusan hubungan etnik di Malaysia menjadi agar sukar. Tetapi, sejak merdeka sehingga kini, masalah yang berkaitan hubungan etnik di Malaysia masih boleh untuk diselesaikan oleh pemerintah yang bijaksana dalam menguruskannya. Menurut Mohd Syariefudin Abdullah, (2014) pelbagai gagasan diperkenalkan untuk menjamin perpaduan yang utuh seperti konsep Keranamu Malaysia, 1Malaysia, Sehati Sejiwa, Malaysia Prihatin dan  Keluarga Malaysia, Teguh Bersama dan Malaysia Madani yang dijenamakan semula kepada konsep perpaduan yang telah diperkenalkan oleh pemerintah terdahulu dan sekarang. Menurut Anwar Ibrahim (2023), konsep Madani yang menjadi tunjang Kerajaan Perpaduan Malaysia menggariskan enam tonggak panduan untuk mengemudi negara. Maka, madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan. Sehubungan itu, negara dan peradaban yang kita citakan dan akan bangunkan kelak haruslah Madani iaitu Mampan, Sejahtera, Berdaya Cipta, Saling Menghormati, Punyai Keyakinan dan Bersifat Ihsan.

Konsep Malaysia Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri Ke-10 menggantikan jenama Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ke-9. Penjenamaan baharu berikutan berlaku pertukaran kepimpinan dalam pentadbiran negara yang menjadi perkara biasa dalam tradisi setiap pentadbiran. Manakala menurut Ahmad Zahid Hamidi (2023) menjelaskan bahawa Malaysia Madani adalah satu gagasan baharu yang memeta hala tuju Malaysia untuk menujuk sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera. Terdapat tiga perkara utama menjadi keutamaan strategik kerajaan yang termasuk berusaha membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula ekonomi, memulih dan menjana ekonomi negara. Di sini, terdapat dua konsep asas yang menjadi duri dalam daging kepada perhubungan etnik yang harmonis di Malaysia iaitu:

Keadilan dan kesaksamaan

Tanpa mengira kaum atau kepercayaan, meletakkan keutamaan yang tinggi pada keadilan dan kesaksamaan dalam pengagihan kekayaan dan kemajuan negara. Matlamat objektif ini adalah untuk menyatukan Bangsa Malaysia. Dalam konteks negara berbilang bangsa yang sudah 65 tahun telah mencapai kemerdekaan, keselamatan sosial dari segi kebajikan setiap kumpulan etnik mesti dilindungi dan dipenuhi; kepelbagaian yang sedia ada mesti menghasilkan kesaksamaan yang aman dalam sebuah negara demokrasi. Negara kita akan bergelut dengan isu diskriminasi sosial yang berkaitan dengan jantina, majoriti vs minoriti, ekonomi dan kewarganegaraan jika tiada komponen keadilan dan kesaksamaan.

Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa semua rakyat dilayan sama rata di sisi undang-undang. Mereka harus diberi perlindungan yang adil dan saksama. Warganegara tidak boleh didiskriminasi terutamanya berdasarkan jantina, lokasi kelahiran, etnik, keturunan atau warna kulit mereka. merujuk kepada hak layanan sama rata di bawah undang-undang seperti yang dinyatakan dalam perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, yang bertujuan untuk melindungi keadilan hak asasi manusia. Sama seperti bagaimana kesaksamaan tidak boleh diklasifikasikan sama sekali kerana fakta bahawa tidak semua kumpulan orang mempunyai keperluan yang sama. Maka, seseorang mesti dilayan mengikut keperluan mereka. (Wafiuddin Rosli, 2020) .

Contohnya, memberi pendidikan agama, keperluan individu membasmi buta huruf, membasmi kemiskinan, kebebasan akhbar atau pembiayaan belanjawan secara seimbang yang telah menjadi ciri-ciri ke arah kestabilan negara.

Bertoleransi

Gesaan kerajaan kepada rakyat agar sentiasa bertolak ansur bagi mengelak konflik dan perselisihan faham telah disemai sejak di bangku sekolah rendah lagi di samping semangat kekitaan. Oleh itu, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, sentiasa menjaga dan mengamalkan adab dan cita-cita mulia, serta tidak menyerang atau tidak menghormati etnik dan agama lain secara melampau. Oleh itu. sekolah berperanan sebagai penyatuan generasi muda berbilang kaum agar dapat menyemai sifat-sifat mulia dalam diri setiap pelajar. Contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya.

Dengan adanya sifat-sifat mulia ini dalam diri setiap generasi muda Malaysia, semangat kekitaan dalam keluarga atau rumah yang sama, walaupun dalam pelbagai bilik dipupuk. Oleh itu adalah menjadi kewajipan bersama untuk mengekalkan kediaman kita untuk mencapai keharmonian. Di samping itu, kanak-kanak harus menyedari kepentingan mengenali antara satu sama lain. Bagi menggalakkan hubungan etnik yang harmoni, kepentingan perpaduan diserapkan dalam disiplin Pendidikan Moral, Pendidikan Awam dan Kewarganegaraan, Pendidikan Agama Islam, Hubungan Etnik dan Tamadun Islam dan Asia (TITAS) di pusat pengajian Malaysia. Kepentingan ini dapat membantu mengekalkan keharmonian kaum dan menghormati agama, adat resam, dan kepercayaan kaum lain (Mohd Syariefudin Abdullah, 2014).

Begitu juga, penyertaan kanak-kanak dalam sesebuah organisasi atau sukan yang dianggotai oleh pelajar pelbagai etnik adalah satu cara untuk menyatukan penduduk Malaysia dan menggalakkan mereka memahami antara satu sama lain melalui interaksi di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Hasilnya, terdapat generasi muda di Malaysia yang mementingkan kejayaan dengan semangat berdaya saing, menghormati negara, dan yang paling penting, perpaduan, saling menghormati dan bertolak ansur.

Read more: Konsep Asas Hubungan Menjadi Duri Dalam Daging

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan Sains Sosial [Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah] di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial dan Perujuk Amanah Raya Berhad (ARB). PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.