Penulis memilih lagu berjudul Warisan yang dinyanyikan secara solo oleh Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad yang menjadi siulan sebagai sebuah lagu patriotik, lagu ini hasil ciptaan Allahyarham Syed Haron Syed Ahmad yang merupakan anak jati Johor Bahru dan merupakan graduan daripada universiti nombor satu negara, Universiti Malaya. Beliau mula aktif dalam penciptaan lirik dan lagu pada tahun 1974. Bukan itu sahaja, lagu Warisan juga sebenarnya dicipta oleh beliau pada tahun 1980, namun dimuatkan dalam album lagu Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad bertajuk “Abadi” pada tahun 1982.

Biarpun lagu Warisan ini bergerak dalam tempo yang agak lembap, namun seni pengucapannya cukup mendalam, dan jika diperhatikan ia mampu mewujudkan kesepaduan sosial dengan meningkatkan rasa cinta akan negara dan keinsafan yang perlu dilakukan oleh setiap rakyat di negara ini. pengorbanan dengan cara mereka sendiri. Lirik lagu ini berpotensi untuk memikat hati dan minda pendengar tanpa memerlukan sebarang metafora.

Beliau mengisahkan seorang anak bangsa memperjuangkan kemerdekaan daripada negaranya bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Jelas penulis, beliau hanyalah rakyat biasa yang sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah air dengan menyanyikan, “aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata, namun hati rela berjuang, walau dengan cara sendiri, demi cinta ini”,  daripada rangkap keempat Warisan.

Lirik lagu itu menjelaskan lagi bahawa penulis lirik mengelak metafora yang memihak kepada penyampaian yang lurus, dengan matlamat untuk menggalakkan rasa bangga dengan negara dalam kalangan rakyat Malaysia dengan secara bersahaja dan tanpa paksaan.

Justeru, keazaman yang tidak berbelah bahagi dalam memperjuangkan negara dengan cara tersendiri demi mencapai keamanan, keharmonian, dan kemakmuran. Memandangkan negara kita adalah ‘rumah’ kepada rakyat pelbagai etnik yang berbeza, adalah penting bahawa bahasa yang digunakan dalam lirik Warisan cukup mudah untuk disebut dan difahami oleh semua. Melodi ini juga menular dan lirik lagu patriotik pada sambutan hari kebangsaan yang begitu mengharukan ini adalah aset terbesar lagu itu.

Kesimpulan

Tuntasnya, penduduk Malaysia yang terdiri pelbagai etnik seharusnya memerlukan pemimpin yang bijaksana dalam mengurus masyarakat yang berbeza adat dan budaya dengan keadilan, kesepakatan, persefahaman dan perpaduan sentiasa terpelihara agar tidak berlaku konflik di antara satu sama lain. Keharmonian ini dapat dipupuk melalui pendidikan dan kefahaman yang jitu agar melahirkan generasi muda yang memahami perkongsian budaya ini. Pengurusan hubungan etnik sebenarnya rumit, tetapi boleh diselesaikan dengan adanya hubungan baik pemerintah dengan rakyat yang berbilang kaum. Konsep asas keadilan dan toleransi antara ramuan penting dalam negara ini.

Manakala, pembentukan bangsa malaysia harmoni pula dengan tanggungjawab semua pihak dalam perpaduan nasional, kesantunan dan hubungan baik. Oleh yang demikian, nilai patriotik dalam lagu dan perfileman juga menjadi taruhan dalam menyemat kesepaduan dalam masyarakat pelbagai etnik. Justeru, nilai partiotik adalah sangat berharga dinikmati di negara ini setelah 65 tahun merdeka, penghasilan filem-filem berunsur keharmonian kaum sangat memberi kesan kepada generasi muda yang wajar diusahakan penerbitannya, selain daripada animasi yang telah menarik minat semua kaum watak yang ditonjolkan dalam animasi pendek Upin dan Ipin.

Rujukan

Kassim Thukiman. (2020, Juli 29). Perpaduan Nasional Citra Malaysia. Diambil 4 November 2022, dari BERNAMA website: https://bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1864659

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. (2017). Fiqah Hubungan Etnik. Kuala Lumpur, Malaysia: Telaga Biru Sdn Bhd.

Mohd Syariefudin Abdullah. (2014). Hubungan Etnik. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia (OUM).

Nazri Muslim & Nik Yusri Musa. (t.t.). Hubungan Etnik Di Malaysia Dari Perspektif Islam.

Perlembagaan Persekutuan. (2019). Perlembagaan Persekutuan. Selangor Darul Ehsan: International Law Book Services.

Suzalina Halid. (2021, September 14). MoU Uji Kerjasama Dwi Partisan. Diambil 4 November 2022, dari Berita Harian website: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/864048/mou-uji-kerjasama-dwi-partisan

Wafiuddin Rosli. (2020, Agustus 18). Keprihatinan terhadap kesamarataan, keadilan dan kewarganegaraan. Diambil 4 November 2022, dari Sinar Harian website: https://www.sinarharian.com.my/article/97267/khas/pendapat/keprihatinan-terhadap-kesamarataan-keadilan-dan-kewarganegaraan

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.