Beberapa sarjana yang lantang memberi reaksi terhadap artikel Universiti Kejar Ranking menerusi hantaran facebook DSG di antaranya iaiah:

Pertama: Universiti memang kilang graduan dan kilang pengetahuan – makalah ialah salah satu cara kita disseminate knowledge.

Isu universiti mengejar ranking sudah sering diperdebatkan oleh ahli-ahli akademia muda dan senior sehingga ke hari ini. 

Kritikan-kritikan yang didebatkan is a legit criticism, mempertikaikan keasbahan tatacara pengiraan ranking unversiti itu sendiri (cth: ARWU, QS atau THE WUR). Selain itu, kebanyakan perdebatan berkisarkan KPI ahli akademik yang dibebankan dengan penerbitan berimpak tinggi, geran penyelidikan, dan penjanaan pendapatan; lantas memperbelakangkan university core responsibilities: teaching and learning.

Walaubagaimana pun, berdasarkan pembacaan saya, tidak ada satu kritikan yang memperjelaskan alternatif dalam menilai performance sesebuah universiti quantitatively. Buat masa ini, ranking Universiti yang diterbitkan oleh QS atau THE WUR menjadi tanda aras kekuatan sesebuah Universiti (dalam bidang tertentu – ranking by subject) in the eyes of potential student, international scholar dan industry itu sendiri.

Ya benar, instrument penilaian ranking itu lebih berat kepada persepsi “brand image” rather than “brand quality”. Tapi ia bersifat objective dan measurable.

Selain itu, perlu difahami bahawa terdapat perbezaan ketara di antara penilaian output dan outcome. Sebagai contoh: Penerbitan artikel berimpak tinggi dikira sebagai output, dan new knowledge/ knowledge impartment/sharing/adoption itu boleh dikira sebagai outcome dari hasil penyelidikan.

Perhaps, Universiti yang mempunyai sustainable funding dan ability to recruit ahli akademik yang berbakat dan berketrampilan berkemungkinan mendapat output dan outcome yang lebih baik. Jadi, ia memperlihatkan aspek ketidakadilan kepada the new university especially among the second and third world countries

As per my observation and professional opinion: Ranking is here to stay for many years. And Universities will continue basing their performance indicators based the pillars of these rankings – the ideal concept. Well, to my academician friends, embrace it, Love it or hate it, university ranking would probably impact your career in multiple ways.

Bak kata penyelidik Jonas Holmqvist : Journal rankings, much like university ranking, are one of those things that academics either love to hate or hate to love, and tend to debate a lot (Mohd Hafiz Mohd Hanafiah,2023)

Kedua: Pada pandangan saya, ranking akan datang sendirinya kalau ekosistem dalam sesebuah universiti berlaku dalam keadaan semulajadi. Penyelidikan dan penerbitan dihasilkan bukan hanya mengejar KPI dan ranking, sebaliknya disebabkan budaya warga universiti dan amalan kesarjanaan. Ya betul apa yang Tan Sri nyatakan dalam artikel beliau. Namun kita kena ingat, penulisan artikel dalam jurnal berimpak tinggi dan sitasi hanya menyumbang peratusan yang sederhana dalam penentuan ranking.

Selebihnya kriteria utama ialah reputasi akademik dan reputasi majikan yang fokusnya attribut graduan. Berbalik kepada ekosistem yang sewajarnya berlaku dalam sesebuah universiti seperti pengajaran, penyelidikan, penerbitan, khidmat kepada masyarakat, perundingan dan sebagainya dalam situasi yang tidak mendesak, kriteria-kriteria yang diambil kira dalam penentuan ranking universiti dengan sendirinya akan dipenuhi. Reputasi akademik dan reputasi majikan akan menyerlahkan lagi universiti berkenaan. Ranking bukan untuk dikejar. Ia akan datang dengan sendirinya apabila semuanya berlaku dengan ekosistem yang natural, betul dan tidak mendesak (Abdul Halim Abdullah, 2023).

Ketiga: Di sesetengah universiti, ilmuwan masih berdebat mengenai kaedah terbaik mengukur kecemerlangan tugas dan sumbangan mereka. Wujud dua pendapat berbeza.

Pertama, kecemerlangan ilmuwan universiti diukur pada pencapaian menguasai kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu diiktiraf skema penilaian antarabangsa. Pendapat kedua, ukuran kecemerlangan hendaklah diukur berpandukan sumbangan ilmuwan terhadap pembangunan anak watan.

Perdebatan dua pandangan itu berpunca perbezaan perspektif terhadap idea dan fungsi universiti dalam kehidupan. Bagi kumpulan pertama, universiti ialah satu jenis entiti dalam dunia industri yang kompleks hari ini.

Globalisasi menjadi faktor idea ini menyatakan sesebuah universiti mesti meningkatkan daya kebersaingan bagi membolehkannya terzahir sebagai entiti releven dalam dunia persaingan global. Dalam erti kata lain, kerelevanan sesebuah universiti diukur sejauh mana ia diperakui dan diiktiraf entiti pesaingnya.

Tanpa pengiktirafan masyarakat global, universiti ibarat sekadar wujud tetapi fungsinya tidak lagi bermakna. Idea universiti sebagai entiti bersaing di dunia industri dikritik kerana dilihat tergelincir daripada falsafah kewujudan universiti dalam masyarakat.

Bagi kelompok kedua, universiti tidak perlu terbabit dalam dunia persaingan global. Ia hendaklah berfungsi sebagai sekolah besar atau madrasah awam bagi menjayakan peranan kependidikannya membina anak watan. Universiti ialah institusi milik masyarakat dan negara berperanan menerapkan pengetahuan, menanam nilai luhur dan membina budaya serta semangat patriotik.

Sebagai institusi milik watan, kecemerlangannya diukur sejauh mana ia berupaya melahirkan negarawan cekap, berakhlak mulia dan berketerampilan untuk mendepani cabaran semasa. Universiti sebagai institusi tidak perlu bersaing, sebaliknya graduan dilahirkannya yang dikehendaki bersaing.

Idea ini menegaskan universiti bertanggungjawab terhadap watannya dan bukan memburu pengiktirafan masyarakat dunia.

Pertembungan idea mengenai universiti mempengaruhi pembangunan kaedah mengukur kecemerlangan ilmuwannya. Bagi yang menganut idea universiti sebagai entiti persaingan, ilmuwan dikehendaki memberikan seluruh masa dan tenaga bagi memastikan universiti memperoleh perakuan serta pengiktirafan global.

Universiti terbabit dalam persaingan akan berusaha sedaya mungkin mencapai darjah pengiktirafan pada tingkat tertinggi. Ada skema ukuran yang ditentukan pada peringkat global bagi menilai pencapaian sesebuah universiti.

Skema itu mengandungi sejumlah set kriteria pencapaian dan pada setiap kriteria pula akan ditentukan nilainya bagi memudahkan kiraan dan ukuran pencapaian.

Set kriteria pencapaian menjadi kayu ukur bagi kecemerlangan sesebuah universiti. Bagi mencapai penilaian tertinggi, setiap ilmuwan universiti diberikan set kriteria mesti dicapai pada peringkat individu. Set pencapaian setiap individu itu akan dikumpul dan dihitung secara tahunan. Jumlah markah dikumpul seseorang ilmuwan daripada set penilaian yang ditentukan, menjadi kayu ukur pencapaian kecemerlangan dan sumbangan mereka terhadap kemajuan universiti di dunia persaingan globalnya.

Kelompok kedua mendokong idea universiti sebagai sekolah besar milik watan tidak mempersoalkan kepentingan set ukuran pencapaian warga universiti. Namun, mereka mengkritik kandungan set kriteria digunakan bagi menilai dan mengukur sumbangan ilmuwan universiti.

Mereka menganjurkan set kriteria ukuran kecemerlangan hendaklah dipandu tanggungjawab dan fungsi universiti terhadap watannya, terutama membangun budaya ilmu masyarakat awam dan pengukuhan bahasa kebangsaan. Set kriteria itu hendaklah tidak dipengaruhi tuntutan dan kehendak persaingan global yang mempunyai tujuannya tersendiri.

Pemikiran kedua mendapati kriteria persaingan global sekiranya diadaptasi sepenuhnya universiti tempatan akan merencatkan idea dan fungsi sebenarnya sebagai institusi pembina anak watan. Kriteria persaingan global akan mendorong ilmuwannya mengabaikan idea besar seperti ‘universiti untuk masyarakat’. Dalam kebanyakan kriteria persaingan global, nilai bagi mengukur sumbangan dan pembabitan ilmuwan dalam pembangunan watan tidak mendapat kedudukan dan perhatian.

Menerusi kriteria persaingan global, ukuran kecemerlangan dipandu oleh keupayaan ilmuwannya menghasilkan bahan penyelidikan berimpak tinggi yang dinilai masyarakat antarabangsa. Untuk itu, karya dalam bahasa antarabangsa oleh ilmuwan akan mendapat keutamaan universiti.

Kelihatan impak persaingan kini memberi kesan langsung kepada ilmuwan universiti hari ini. Mereka seperti tiada jalan lain kecuali berdepan tuntutan zaman. Namun, menyertai dunia persaingan global mengundang dilema kepada ilmuwan berjiwa watan.

Ia umpama peribahasa, ditelan mati emak, diluah mati bapa, iaitu antara kewajipan terhadap watan dengan cita-cita mencapai keunggulan global. Ilmuwan hanya mengharapkan tidak terjadi fenomena ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’ dalam pendidikan tinggi negara kita hari ini

Sebelum ini zeckry.net mencatat ke mana arah graduan yang keluaran mana-mana universiti yang peluang pekerjaan yang terhad, maka berbaliklah kepada keutuhan ekonomi untuk mencipta peluang pekerjaan yang menjadi keperluan utama dalam negara sehingga menjana ekonomi dan berhasil memberi pulangan kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

Rujukan:

Muhamad Razak Idris (2020). Universiti: Antara kejar ranking dunia, Bangunkan Anak Watan di dapatkan daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/02/652146/universiti-antara-kejar-ranking-dunia-bangunkan-anak-watan

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.