Terdahulu, kiisah Sharil yang kena scam dalam pelaburan internet dengan Interfund (ITF), telah menarik perhatian pembaca iaitu labur akhirnya lebur RM8K sekelip mata.
Akhirnya, sekali lagi dia wasap sy lagi setelah sekian lama sepi. Rupanya dia nk berkongsi perjalanan sebelum join pelaburan Interfund sehingga melibatkan kerugian dulu.
Dengan panjang lebar dia bercerita. Macam-macam cerita tentang pelaburan yg. dia penah sertai sblm ni akhirnya rugi berpuluh riba dah. “Tak apa lah, semua tu cerita kejahilan yg. ikut nafsu serakah.
Kali ini ceritanya, setelah insaf kali terakhir kerugian RM8K itu dia selalu amalkan selawat tafrijiyyah setiap hari (dia minta izin abik dari laman ini) akhirnya dia diilhamkan dengan mengatakan “kekayaan itu tidak perlu dikejar-kejar pun”. Lalu, sy tanya, “pastu cam ne yg. org tergila-gila tu duk kejar tu?”. Lalu dia terus bercerita . Kemudian, dia mula bercerita, sebenarnya macam ni..kaedah yg.kita guna tu salah sbnrnya ! Ok.
Dipendekkan cerita, Sharil kata, setelah sy amalkan selawat tafrijiyyah dan hati tenang sehingga terbuka ilham dan tergerak hati sanubari yg. kuat untuk dapatkan rahsia sedekah, awalnya dia mulakan dengan lima puluh sen sehari untuk bantu muallaf yang perlukan kepada pengajian dan makanan. Setiap hari 50 sen , dengan sedekah secara auto debit sebanyak RM15 sebulan.
“Amalan sedekah ni pada awal dulu aku tak percaya sebab tu aku ni mudah terjebak dengan pelaburan tah apa-apa, masuk seminar utk jadi kaya bagai. Tapi bkn kt situ lah kaedah sbnrnya. Salah itu semuanya, sbb sifat manusia ni makin byk duit, makin besar je hutangnya”. Jelasnya.
“Aku cuba amalkan hampir sethn, betul2 aku rasai kuasa sedekah RM15 sebulan tu” Katanya. Kesan amalan sedekah 50sen sehari kini dia rasa lapang dari segala hutang, rezeki sentiasa bertambah, anak-anak dengar kata, tiada lagi gaduh laki bini pasal duit tak cukup. Kini aku teringat balik kata-kata Ustaz yang selalu ceramah kt surau taman aku duduk ni”. Dia melanjutkan perbualan dengan sy.
Pernah dengar Ustaz tu selalu pesan, “Sesuatu masalah akan menimpa kita bila kita tidak atau kurang menyelesaikan masalah orang lain, kadang masalah itu datang di sekitar kita, anak ke isteri ke, tempat kerja ke..sehingga makin lama makin bertimpa.”
Dulu aku tak faham sgt pesanan tu, aku tetap dengan cara aku, kalau nk kaya masuk skim sana sini, ceramah, seminar forex dan sebagainya akhirnya semua LEBUR !
Panjang dia berwasap , tapi berkali ucapkan terima kasih banyak kerna membantu untuk pecah segala kebuntuan. Lepas tu, dia pesan kelapangan dan kekayaan sbrnya bkn kita kejar, tapi benda tu datang sendiri bila kita sering memberi walaupun skit je, bersedekah 50sen sehari tu hampir setahun aku dpt rasa kesan dia atau kuasa sedekah tu. Semua dimudahkan sejak2 aku insaf dgn pelaburan yg mengarut smua tu.
“Aku sedekah 50sen sehari untuk bantu keperluan muallaf, ini kaedah yg aku sgt yakini. Bila aku ada rezeki lebih aku tambah skit jadi RM1 kemudian RM2 seterusnya RM5 sehari…(kdg aku bingung camne jd mampu). Itu lah aku dah kata, “Ko nk dpt ibu duit, nk kaya itu lah rahsianya” cuba yakin dengan ayat al-Quran, jelas sangat lah ! cuba renung dalam2 dan fikir bkn ikut nafsu kita yg ingin itu dan ini akhirnya xdpt jugak kan…bodoh punya manusia !” Macam geram je nada dia lepaskan kt sy ni!
“Entah aku pun tak faham permainan ini, rezeki aku rasa sgt murah, kadang2 dalam bank duit entah dari mana muncul, klu ikut logik akal…mana masuk akal pun aku ni bukan gaji mahal kerja kuli orang cam ni anak enam orang, gaji 2k je sebulan”. Katanya
“Bila fikir2 balik ooh inilah yg dikatakan BERKAT. Skit tapi mencukupi dan blh jadi lebih ! sblm ni aku pernah je baca2 tapi mana nk percaya sgt.” (sbb masa tu kuasa tamak yg halang dan hilang segala2nya).
Nak kaya kena usaha lebih lah ! Tapi aku ni mcm2 usaha makin teruk ada lah..tidur tak cukup lah, tp tak cukup jugak ! Itulah aku malas lagi nk fikirkan aku abiik keputusan aku cuba tekan sedekah RM1 tabung muallaf kt web ni terus tanya nasihat dan cara nk sedekah macamana. Tawakal dan doa saja pada Allah sbb yakin dan nk tgk ajaibnya sedekah.
“Alhamdulillah sgt membantu dengan memulakan RM15 sebln jer sedekah..sehingga aku sgt2 merasai kuasa sedekah tu, bahawa rezeki akn bertambah ! percaya lah ! yakin lah sebab kita bantu utk selesaikan org perlukan sesuatu. Kita hidup saling perlu memerlukan, Allah cipta orang itu susah bkn dia malas lah, tp dia nk tgk kita yg tak berapa susah mcm aku ni lah, dapat tak jd hati mulia dan berhati emas ini adakah aku berkira-kira dengan nikmatNya”.
Baiklah, itulah antara secebis kisah Sharil nak tau lebih lanjut bincang dulu DI SINI.
Maka benarlah, firman Allah SWT bermaksud:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)