Persoalan besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang ketuhanan. Soal ketuhanan yang memunculkan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas perbahasan dan perdebatan sejak dahulu. Sejak Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Allah SWT, Namun, masih terdapat manusia  mempersoalkan hakikat keberadaan dan kewujudan Allah SWT, hakikatnya juga manusia tidak puas untuk terus mencari sehingga terlibat dengan aliran-aliran tertentu yang dirasakan apa yang difikirkan berdasarkan pengetahuan dan kefahamannya. Kemuncaknya timbul rasa tidak puashati dengan aliran lain yang hanya yakin dan percaya pada aliran kita pegang yang menyebabkan timbul rasa taasub, jumud, tidak rasional, kebencian dan musnah kasih sayang. Kesan-kesan ini akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam dan ketinggalan dalam pelbagai bidang serta tidak kreatif.

Pada hemat saya, hal ini berlaku bermula daripada keterlibatan dan pengaruh umat melayu dulu dalam khurafat, mistik, bid`aah daripada agama sebelum Islam di alam melayu. Walaupun Islam telah lama bertapak di alam Melayu, tema aqidah ini yang menjadi asas, tercetusnya pelbagai aliran-aliran pemikiran dalam mengembangkan ilmu Islam dengan pelbagai metode seperti Al al-Hadith, al-Ra`y, Fuqaha, Mutakalliman, Sufi, Mufassiran dan Filasof.

Oleh yang demikian, perkembangan ilmu Islam dalam konteks Malaysia yang menjadi cabaran dan polemik dengan kepelbagaian metode aliran pemikiran dalam mengembangkan ilmu Islam. Tetapi, apabila terdapat perbezaan pandangan dengan pengaruh yang kuat sehingga timbul fitnah dan fanatik. Akhirnya menjadi penyumbang kepada perpecahan umat Islam.

Kemudian perbincangan ini, membincangkan keseimbangan dari aspek peguasaan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah  dalam kalangan umat Islam masa kini. Seterusnya, perbincangan untuk mendapatkan cabaran dalaman dalam perkembangan ilmu Islam.

Baca lagi DI SINI

Analisis perkembangan aliran pemikiran dalam konteks Malaysia

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.