Cara buat tesis berkualiti, perlu atur strategi dulu, apakah yang dinilai oleh pemeriksa tesis ? antaranya rahsianya dipaparkan dengan 9 kaedah penilaian yang dilakukan oleh pemeriksa tesis. Ketahui rahsia tesis anda sangat berkualiti dan berimpak tinggi apabila penilai tesis gembira membaca tesis anda. Apakah yang dinilai oleh pemeriksa tesis ?
Cara buat tesis berkualiti sebenarnya, bergantung kepada persoalan apakah yang dinilai oleh pemeriksa tesis ? ketahui dulu rahsia penilai tesis antaranya:
1- Mula dengan tajuk
Jika tajuk tidak serasi dengan objektif asas kajian, kebiasaan pemeriksa tidak rasa gembira. SOP penilaian jurnal Q1 juga begitu. Bandingkan tajuk dan objektif asas.
2. Baca abstrak, dan bandingkan dengan semua maklumat yang ada seperti objektif kajian, metod, dapatan kajian, novelty, dengan isi kandungan. Kalau ok, move on.
3. Baca bab pertama
Bab ini paling penting untuk menentukan calon lepas atau tidak. Mohon calon beri perhatian bab ini.
Latar belakang kajian ada kaitan tak dengan tajuk, jika lepas selamat. Jika ke laut, stamina nak baca, dah mengurang. Dah nampak masalah.
4. Isu kajian jelas tak, ada berkait tak dengan permasalahan kajian. Ada tak isu? Ramai calon tidak dapat membezakan antara isu kajian dan permasalahan kajian.
Ada tak permasalahan kajian? Jika tidak ada, sudah tentu calon dalam bahaya…dah ke arah major correction.
5. Jurang ilmu/ Gap/ Lompang.
Ada tak jurang ilmu kerana jurang ilmu amat penting untuk menunjukkan novelty kajian. Jika tidak jelas atau tidak ada, maka bye bye je lah. Misalnya ada calon yg membincangkan jurang ilmu dlm bab 1 selepas permasalahan kajian atau dalam bab kajian literatur.
Dua-dua boleh diterima.
6. Objektif kajian. Jangan tersilap antara objektif asas dan objektif spesifik.
Jika okay proceed lagi ke justifikasi kajian.
7. Justifikasi kajian?
Jangan salah faham antara justifikasi kajian dan signifikan kajian.
Ramai calon tidak bincang justifikasi kajian. Kena bincang kenapa kajian ini dibuat sedemikian rupa.
Contoh tajuk tesis:
Examining the relationship between user satisfaction and manager’s performance in martime industry
Untuk justifikasi kajian, pemeriksa perlu tahu, kenapa:-
1. Relationship
2. User Satisfaction
3. Manager
4. Manager’s performance
5. Maritime industry
Boleh?
Agak malang…
Ramai calon salah faham antara justifikasi dan signifikan kajian.
8. Skop kajian.
Ramai calon yang membincangkan skop kajian tetapi tak faham cara menulis. Ada yg masukkan objektif kajian, metod etc.
Salah tu. Skop kajian adalah coverage of study.
Lagi menarik, ada calon tulis pasal limitation sebagai skop kajian…
Memang salah…
Limitation tu dlm bab terakhir, dan dikenali sebagai halangan semasa kajian dilakukan manakala skop kajian adalah boundary or coverage of study!
Calon mesti ingat petua ini !
Jangan lupa juga bincang definasi sebelum menutup bab pertama.
9. Akhir sekali organisasi tesis dan penutup.
Jika ada semua ini, InsyaAllah penilai akan baca bab dua-kajian literatur.
Saya ada pengalaman, seorang senior professor dari Jepun…
Norzaidi Mohd Daud
I stopped reading your thesis…your thesis is not ready…not good!
Terkejut juga saya…begitulah…bila bab satu tidak menarik…