Kerangka dan Teori

Penting tak kerangka dan teori dalam kajian menjadi persoalan kuat bagi penyelidik baru nak mula. Umumnya, teori dan penyelidikan sangat berkait rapat iaitu saling melengkapi antara satu sama lain. Hal ini kerana, kedua perkara tersebut akan beri makna apabila dibuat secara serentah. Contoh mudah, penyelidikan atau kajian pemberi atau pembekal data. Teori pula pemberi makna kepada data tersebut. Ibarat ada matan ada syarah dan ada tahqiq lah kalau kita selalu buka kitab-kitab klasik atau kuno. Penyelidik baru pula ibarat pemecah kod-kod teori.

Teori yang jadi driver kajian tetapi akhirnya penyelidikan yang membekal data empirikal bagi naik taraf tahap daya sesuatu teori. Jadi,teori dalam ilmu pengetahuan juga dikatakan sebagai sesuatu model atau kerangka fikiran yang boleh mensyarahkan fenomena alam atau naratif sosial yang berlaku. Biaanya teori dirumus, dikembang, diubah suai dan dinilai menurut kaedah secara ilmiah. Kadang-kadang teori juga sebagai hipotesis yang telah terbukti kebenarannya setelah ujian dibuat.

Kebebasan akal

Dalam Islam, bagi mencapai urusan kehidupan dunia, Islam memberi kebebasan kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran yang Allah SWT berikan bagi mencari kaedah atau cara sendiri asalkan tidak melanggar hukum syarak yang bersumberkan al-Quran dan hadis kerana dua sumber teresbut memiliki banyak prisip kehidupan.

Secara mudahnya, ulama mengistilahkan sebagai ijtihad atau istinbat dalam menjelaskan hukum-hukum yang bersesuaian dengan persekitaran masyarakat Islam, misalnya dulu solat berjarak ketika wabak Covid-19. Bak kata kalau sesuatu itu baik, maka tidak menjejaskan amalan Islam. Kalau dulu muncul kaedah-kaedah fiqh, usul fiqh, maqasid syariah atau tajdid yang dikembangkan oleh fuqaha`. Kepercayaan penuh zaman sekarang kepada ulama` berdasarkan pengalaman keilmuan mereka untuk mengistibatkan hukum.

Menurut Zeckry (2021) dalam tulisannya buku Analisis: Bid`ah & Sunnah mengatakan kita selalu menjumpai pertanyaan dalam al-Quran iaitu “Tidakkah kamu berfikir”. Perkataan yang sama digunakan sebanyak 20 kali dalam al-Quran. Ini membuktikan bahawa Allah SWT serius dengan memerintah kita berfikir kerana berfikir itu kesempurnaan kita sebagai manusia yang sempurna.

Kisah Pokok Tamar

Cuba kita fikirkan, ada hadis yang berasal daripada peristiwa tanam pokok kurma iaitu Rasulullah melihat petani-petani memindahkan debunga kurma antara pokok ke pokok, tujuannya untuk bagi cepat dan banyak hasil buah kurma. Rasulullah SAW saksikan perbuatan itu lalu Baginda bersabda “Aku lihat perbuatan tu tiada faedah”. Lalu mereka tinggalkan usaha tersebut dan nyata selepas itu hasil kurma mulai berkurangan. Kemudian Rasulullah SAW diberitahu akibat tersebut, lalu baginda pun bersabda : “Kamu semua lebih tahu urusan dunia kamu”. Hadis ini direkodkan dalam hadis dari Anas bin Malik RA yang dikeluarkan oleh Malik dan Muslim dalam Sahih Muslim (2363).

Kesimpulan

Kita tidak perlu membuat kesimpulan ke atas sesuatu dengan mudah berpandukan emosi tanpa menggunakan akal dalam segala tindakan. Dalam Islam, kebebasan berfikir untuk memajukan atau menyatukan umat itu harus dipertimbangkan oleh ulama untuk mengembalikan suasana yang harmoni dan berkasih sayang.

Kegagalan sesetengah ulama sering dipertikaikan oleh sesetengah umat Islam dengan membawa masyarakat yang jauh untuk meninggalkan adat sahih seperti tahlil, baca yasin malam jumaat dan meninggalkan amalan qunut solat subuh dengan membawa pembaharuan atau tajdid yang bertentangan iaitu tidak perlu amalkan kerana tiada hadis sahih atau Nabi SAW tidak amalkan.

Jadi bagaimana. pintu ijtihad dan istinbat itu dapat difahami dengan jelas daripada teori asal iaitu al-Quran dan Sunnah. Konsep bid`ah sering menjadi isu dalam masyarakat, sehingga masyarakat mengambil mudah lalu meninggalkan perkara-perkara yang baik dalam agama.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.