Assignmentapa itu Empirikal

apa itu empirikal? Persoalan yang biasa dicari jawapan bagi pengkaji-pengkaji baru. Baiklah kita cuba fahamkan apa itu Empirikal. Pengetahuan istilah dan konsep perlu difahami dengan baik agar tindakan melulu kita kepada sesuatu, dalam masyakat kita khusus dalam agama istilah bid`ah, syirik atau kafir kurang dibahaskan secara mendalam, akhirnya masyarakat keliru, kesannya berlaku perpecahan dalam masyarakat. Isu khilaf sering diketengahkan untuk mendapat perhatian umum dalam masyarakat sehingga pengaruh yang menyumbang kepada perpecahan telah melampaui batas [ini sangat bid`ah] sama ada dalam bentuk politik, aliran pemikiran, aliran kefahaman, aliran sunnah, aliran bebas, aliran sufisme, aliran wahabi, aliran liberalisme dan aliran sekularisme.

Asasnya, pengetahuan secara ilmiah tidak dijelaskan dengan hikmah dan bijaksana berdasarkan kepada konsep sesuatu istilah yang digunakan. Oleh itu, isitilah bid`ah juga memerlukan kepada analisis empirikal untuk menjernihkan keadaan di dalam lingkungan masyarakat yang telah terkesan dengan kerapuhan struktur kekeluargaan dan sosial.

Apa itu empirikal?

Baiklah secara mudahnya, empirikal adalah istilah yang sering digunakan dalam ilmu kajian atau penyelidikan. Empirikal merupakan kaedah yang digunakan melalui kajian dengan pengumpulan data. Kajian empirikal melibatkan :

1- Pengumpulan data

2- Maklumat iaitu melalui temubual dan soal selidik

Bukti empirikal

Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berdasarkan maklumat :

1-Sahih

2-Tekal

3-Telus

4-Dapat dipertahankan

Jadi tanpa bukti empirikal, bagaimana kita dapat pertimbangkan terhadap pencapaian objektif sesuatu itu dibuat berdasarkan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Bentuk-bentuk dalam kajian

Maka, analisis empirikal merupakan salah satu daripada pendekatan dalam kaedah kajian untuk mencapai matlamat kajian. Ramai pengkaji sudah maklum tentang bentuk-bentuk kajian di antaranya seperti:

1-Kajian Tinjauan

2-Eksperimen

3-Kajian Kes

4-Kajian Tindakan

5-Kajian Falsafah

6-Kajian Penilaian

7-Kajian Sejarah

Kesimpulan

Ringkasnya, empirikal adalah kaedah untuk mendapatkan infomasi yang jelas, kukuh dan berkesan. Kefahaman istilah empirikal ini membolehkan penyelidik baru lancar untuk terus meneliti dan selidiki sesuatu kajiannya bagi mencapai objektif. Kegagalan memahamai sesuatu istilah akan mendatangkan kekeliruan kerana kita tidak dapat memecahkan kod-kod yang terdapat dalam sesuatu takrifan dan konsepnya.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan Sains Sosial [Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah] di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial dan Perujuk Amanah Raya Berhad (ARB). PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.