akta814AKTA 814

Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 [Akta 814] telah berkuat kuasa pada 21 Jun 2022 untuk diaplikasikan di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Menurut YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Akta 814 ini bertujuan memartabatkan institusi perundangan syariah serta memperkukuhkan profesion guaman syarie. Akta ini akan mengawal selia profesion tersebut secara menyeluruh, setanding dengan kawalan selia profesion guaman di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166). Selain itu, ia turut berperanan meninggikan kedudukan Mahkamah Syariah dan memposisikan undang-undang Syariah seiring dengan undang-undang sivil dalam arus perdana.

Sekilas Info Mengenai AKTA 814:

  • Diluluskan di Dewan Rakyat: 15 Julai 2019
  • Diluluskan di Dewan Negara: 31 Julai 2019
  • Diwartakan: 19 November 2019
  • Berkuat Kuasa: 21 Jun 2022

Tujuan Utama Akta:
Mengawal selia amalan profesion guaman syarie di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Impak Utama AKTA 814:

  1. Penubuhan beberapa badan penting termasuk Badan Peguam Syarie, Majlis Peguam Syarie, Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, dan Lembaga Tatatertib.
  2. Sistem penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie akan menjadi lebih sistematik, ke arah melahirkan peguam syarie yang lebih profesional dan kompeten.
  3. Pengurusan aduan salah laku Peguam Syarie akan dilakukan dengan lebih telus dan teratur.
  4. Penambahbaikan dalam sistem tadbir urus firma guaman syarie untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan.
  5. Berfungsi sebagai undang-undang model bagi tujuan penyelarasan dan penyeragaman berkaitan profesion guaman syarie di negeri-negeri lain.

Sumber:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2022, Jun 20). Status halal produk makanan terkini [Status kemas kini Facebook]. Facebook. https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia?tn=-UC*F (Diakses pada 28 Mei 2022).

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan Sains Sosial [Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah] di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial dan Perujuk Amanah Raya Berhad (ARB). PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.