Di sebalik senyuman seorang wanita, tersembunyi kisah yang hanya Tuhan dan malam yang tahu.
Seorang isteri, seorang ibu, seorang wanita yang suatu ketika dahulu pernah meletakkan seluruh kepercayaannya pada seorang lelaki. Mereka berkahwin atas pilihan sendiri iaitu dua jiwa yang pernah patah, bersatu semula membina harapan baharu.
Mereka tinggal bersama di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Rumah itu kononnya syurga dunia, akhirnya menjadi penjara senyap yang dipenuhi jeritan dalam diam.
Tahun demi tahun berlalu… mereka dikurniakan tiga cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan. Anak-anak kecil yang menjadi kekuatan dan satu-satunya alasan untuk terus bertahan.
Namun sebelum Ramadan 2022, Suaminya pergi meninggalkan rumah. Bukan hanya meninggalkan isteri dan anak-anak, tetapi juga tanggungjawab dan peranan sebagai pelindung. Kini lebih tiga tahun, tiada lagi sentuhan, tiada lagi salam subuh, apatah lagi kasih.
Lebih perit, wanita ini bukan sekadar ditinggalkan. Dia dihina. Dituduh bersekedudukan. Diperlakukan kasar seperti dihentak, ditumbuk, retak hidungnya. Luka di wajah mungkin sembuh… tapi luka di hati?
Paling menyayat hati, dia tidak pernah bercerita kepada dunia. Tapi ada seorang insan yakni adik perempuannya, yang menjadi wakil dari keluarganya dalam perbincangan antara wakil pihak, tempat dia meluah rasa, tempat dia berkongsi semua pedih yang dipendam bertahun-tahun.
Wanita ini akhirnya bangkit.
Dia memilih untuk menamatkan kesakitan. Bukan kerana benci, tetapi kerana dia tahu… perkahwinan bukan lagi tempat berlindung, tetapi sumber mudarat yang meracun jiwa dan membunuh harapan.
Di penghujung perbincangan, akhirnya bersetuju bahawa perpisahan adalah jalan terbaik. Sebuah langkah untuk membebaskan diri dari belenggu yang menyeksa zahir dan batin. Dan di situlah sinar baru bermula…
Jangan Biarkan Derita Berlarutan…
Ramai wanita di luar sana yang diam dalam luka. Jika anda berada dalam situasi yang hampir sama seperti dipukul (sama ada mental dan fizikal), dihina, dikhianati atau ditinggalkan tanggungjawab, ketahuilah:
ANDA TIDAK BERSEORANGAN.
Kami sedia membantu anda mendapatkan nasihat perundangan Syariah, membuka ruang bicara, mencari penyelesaian yang adil, dan paling penting adalah membina jalan keluar untuk kehidupan yang lebih damai dan bermaruah.
✨ Dapatkan bantuan guaman syarie
✨ Khidmat nasihat yang mesra wanita dan berpaksikan syariah
✨ Bina masa depan baru bersama kami
📞 Hubungi kami hari ini. Jangan biarkan air mata terus mengalir dalam diam.
Kerana setiap wanita berhak untuk bahagia. [KLIK SINI BANTUAN LANJUT]