Bagaimana cara mengeluarkan hukum dari Mazhab Syafie ? Persoalan yang menjadi tanda tanya bagi masyarakat umum. Bagi menjawab persoalan ini, dalam melakukan amalan syariat sewajarnya, kita menggunakan atau mengambil pandangan muktamad untuk kesempurnaan amal ibadah. Oleh yang demikian, Mazhab syafie ada mempunyai ulamanya yang tersendiri dalam mengeluarkan fatwa. Terkadang fatwa mereka itu ada yang bersalahan atau berlawanan di antara satu sama yang lain. Jadi bagaimana dengan kita  sebagai orang awam yang terkemudian hendak mengetahui, seterusnya menghukum atau menfatwa dengan pendapat mereka itu.

Menurut Tuan Guru Mohamad Elias (2009), kaedah atau cara untuk mengetahui yang manakah pendapat yang paling kuat di antara sekalian pendapat sehingga kita dapat beramal dengan pandangannya.

Kitab yang muktamad yang wajib dijadikan dalil pada hukum atau fatwa adalah mengikut aturan berikut :

  • Telah ada muafakat (persetujuan) sekalian ulama fuqaha` yang terkemudian daripada Imam Nawawi, bahawa perkatan yang muktamad (yang hendaklah dipegang) di dalam mazhab Syafie iaitu Qaul (pandangan) yang disepakati oleh Imam Nawawi dan Imam Rafie. Sekiranya bersalahan (berlawanan atau bertentangan) dengan keduanya, maka pendapat yang dipegang oleh Imam Nawawi itulah yang muktamad.
  • Sekiranya satu masalah itu disebut salah seorang dari mereka itu maka masalah itu lah yang mutamad.
  • Masalah yang tidak disebut keduanya maka Qaul (pandangan) yang muktamad yang dipegang ulama tarjih.
  • Sekiranya bersalahan (berlawanan) kitab Imam Nawawi pada membahaskan suatu masalah maka hendaklah dipegang kitab dengan mengikut aturan ini :

-Tahkik

-Majmuk

-Raudah

-Minhaj

  • Mendahulukan pendapat yang mufakat di dalam kebanyakan kitab Imam Nawawi daripada pendapat yang mufakat sedikit kitab Imam Nawawi.
  • Didahulukan pendapat yang disebut pada babnya daripada pendapat yang disebutkan pada lain babnya. Kaedah ini dipakai pada sekalian karangan ulama Syafieyah.
  • Sekiranya bersalahan antara fatwa dan karangan seorang ulama hendaklah didahulukan karangannya.
  • Qaul yang muktamad di dalam karangan Imam Nawawi dan Rafie itulah yang dimuatkan didalam kitab Tuhfah bagi Syeikh Ibnu Hajar dan Nihayah bagi Syeikhh Ramli. Maka kedua kitab ini yang paling muktamad daripada yang lain dan setaraf dengannya. Ini kerana kedudukan  dua ulama ini dengan nisbah ulama mutakhirin terlebih dari yang lain.
Tuhfah al-Muhtaj Karangan Ibu Hajar
Nihayah Muhtaj-Syeikh Ramli
  • Sekiranya bersalahan antara Nihayah dan Tuhfah pada suatu masalah maka boleh kita brpegang dengan mana-mana pendapat dari dua kitab itu
  • Sekiranya ada perselisihan di dalam kitab-kitab Syeh Ibnu Hajar hendaklah didahulukan:

-Tuhfah

-Fathul Jawad

-Imdad

-Fatawa

-Syarah Muktasar

-Syarah A’bab

Masalah yang tidak disebut di dalam Tuhfah dan Nihayah dan tidak disebut di dalam kitab-kitab Syeikh Ibnu Hajar yang lain maka yang muktamad ialah:

-Disebut oleh Syeikul Islam Zakariah Ansari

-Kalam Khatib

-Hasyiah Ziadi

-Kalam Hasyiah Ibnu Kasim

-Kalam Umairah

-Kalam Hasyiah Syabral-Malisi

-Kalam Hasyiah Mahali

-Kalam Saubari

-Kalam Inani

Ini jika tidak menyalahi mazhab.

Rujukan :

[zotpress items=”{5090062:CBC97M8S},{5090062:2TJM6IIW},{5090062:QSQU94NN}” style=”apa”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.