Rukun Pendek dan Rukun Panjang Solat

1-Rukun Pendek dalam solat iaitu : I`tidal dan Duduk antara 2 Sujud.

2-Kesan jika memanjangkan Rukun Pendek ketika I`tidal ialah:

i- Melamakan Itidal= Batal Solat jika SENGAJA ii- Memanjangkan Itidal=Tidak Batal Solat jika LUPA, harus sujud Sahwi.

3-Kesan jika memanjangkan Rukun Pendek ketika Duduk antara 2 sujud
i- Melamakan duduk antara 2 sujud= Batal Solat jika SENGAJA
ii- Melamakan duduk antara 2 sujud=Tidak Batal Solat jika lupa, harus sujud sahwi

4-DIKECUALIKAN (TIDAK BATAL SOLAT) melamakan I`tidal/duduk antara 2 sujud apabila :

i- Melakukan perkara yang dianjurkan di dalamnya = Baca Qunut / Baca Tasbih Ketika Solat Tasbih.

5-TEMPOH/BATASAN Memanjangkan Rukun Pendek

i- Tempoh I`tidal yang lama = lebih daripada kadar memberi zikir yang dianjurkan atau sekadar membaca surah al-Fatihah.

ii- Tempoh/Batasan duduk antara 2 sujud yang lama = Lebih daripada zikir yang dianjurkan padanya atau tempoh membaca tasyahud.

Menurut As-syafi’iyyah dalam qunut meliputi 15 sunah ab’ad di dalamnya. Jadi makmum ( kalangan jamaah yang tidak baca qunut ) yang diam menunggu imam qunut tidak batal walaupun qunut imam tersebut melebihi batas i’tidal karena ia dianggap melakukan sunnah berdiri saat qunut (Rujukan).

Sunat abโ€™ad adalah semua perbuatan dalam solat yang jika ditinggalkan secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan ditampung dengan sujud sahwi di akhir solat atau selepas solat.

Masalah makmum terlupa untuk membaca Qunut Nazilah bersama imam di mana dia terus sujud selepas iktidal sedangkan imam berdiri untuk membaca Qunut Nazilah, maka dia wajib bangun kembali untuk bersama dengan imam. Ini kerana dia dikira telah mendahului imam. Jika dia tidak bangun semula untuk mengikuti imam maka batal solatnya (Rujukan Fatwa Irsyad)

Bacaan Warid Dalam I`tidal

Iโ€™tidal merupakan perbuatan berdiri di antara rukuโ€™ dan sujud. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah R.Anha ketika menceritakan cara bersolat Rasulullah SAW, katanya:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุฑูŽููŽุนูŽ ุฑูŽุฃู’ุณูŽู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑูู‘ูƒููˆุนู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุณู’ุฌูุฏู’ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูŽุณู’ุชูŽูˆูู‰ูŽ ู‚ูŽุงุฆูู…ู‹ุง

Maksudnya: โ€œApabila mengangkat kepalanya daripada rukuโ€™, Baginda tidak sujud sehingga telah berdiri tegak.โ€[1]

Terdapat hadith sahih daripada Nabi SAW mengenai zikir yang dibaca ketika iโ€™tidal yang diriwayatkan oleh Rifaโ€™ah bin Rafiโ€™ RA, beliau berkata:

ูƒูู†ูŽู‘ุง ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง ู†ูุตูŽู„ูู‘ูŠ ูˆูŽุฑูŽุงุกูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽุŒ ููŽู„ูŽู…ูŽู‘ุง ุฑูŽููŽุนูŽ ุฑูŽุฃู’ุณูŽู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ูƒู’ุนูŽุฉู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูŽู…ูุนูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ูู…ูŽู†ู’ ุญูŽู…ูุฏูŽู‡ู โ€œุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ูˆูŽุฑูŽุงุกูŽู‡ู: ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ูˆูŽู„ูŽูƒูŽ ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ุญูŽู…ู’ุฏู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ุทูŽูŠูู‘ุจู‹ุง ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู‹ุง ูููŠู‡ูุŒ ููŽู„ูŽู…ูŽู‘ุง ุงู†ู’ุตูŽุฑูŽููŽุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู…ูŽู†ู ุงู„ู…ูุชูŽูƒูŽู„ูู‘ู…ูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฃูŽู†ูŽุงุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุจูุถู’ุนูŽุฉู‹ ูˆูŽุซูŽู„ุงูŽุซููŠู†ูŽ ู…ูŽู„ูŽูƒู‹ุง ูŠูŽุจู’ุชูŽุฏูุฑููˆู†ูŽู‡ูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูู…ู’ ูŠูŽูƒู’ุชูุจูู‡ูŽุง ุฃูŽูˆูŽู‘ู„ู

Maksudnya: Kami pernah solat bersama Rasulullah SAW, saat bangun dari rukuโ€™ ia membaca ุณูŽู…ูุนูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ูู…ูŽู†ู’ ุญูŽู…ูุฏูŽู‡ู. Tiba-tiba ada seorang sahabat yang membaca, ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ูˆูŽู„ูŽูƒูŽ ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ุญูŽู…ู’ุฏู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ุทูŽูŠูู‘ุจู‹ุง ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู‹ุง ูููŠู‡ู (Wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan barakah). Selepas selesai solat, Rasulullah SAW bertanya, โ€˜Siapa yang mengucapkan kalimah itu?โ€™ Sahabat itu berkata, โ€˜Sayaโ€™. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, โ€˜Aku melihat lebih tiga puluh malaikat berebut untuk menjadi yang pertama kali mencatatnya (pahalanya),โ€™โ€[2]

Imam Ibn Hajar al-โ€˜Asqalani berkata di dalam syarahnya: โ€œSecara zahirnya, para malaikat tersebut bukan malaikat penjaga, kerana terdapat di dalam kitab Sahihain (al-Bukhari dan Muslim), hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, marfuโ€™ kepada Nabi SAW: โ€œSesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang mengelilingi jalan-jalan mencari ahli zikirโ€. Hal ini juga menjadi dalil bahawa sebahagian daripada amalan ketaatan ditulis oleh malaikat yang bukan tugasnya menjaga catatan amalan.โ€[3]

Ibn Rejab al-Hanbali pula di dalam kitab syarahnya menyebut: โ€œHadith ini menunjukkan kelebihan zikir ini di dalam solat, dan makmum boleh menambah tahmid dan pujian kepada Allah, sebagaimana pandangan mazhab al-Syafie dan riwayat daripada mazhab imam Ahmad. Contoh bagi zikir adalah baik dilakukan di dalam iโ€™tidal daripada rukuโ€™ ketika solat fardhu, kerana para sahabat R.anhum kebiasaannya solat di belakang Nabi SAW pada solat fardhu, serta mereka tidak banyak solat sunat dibelakang baginda SAW. Dalam hadith ini juga menjadi dalil bahawa tidak makruh makmum menjaharkan (mengangkat suara) sekali sekala sebahagian daripada zikirnya di belakang imam, sebagaimana tidak makruh imam kadang-kadang menjaharkan sebahagian daripada bacaannya pada solat di siang hari.โ€ [4]

Selain itu, terdapat juga hadith di dalam Sahih Muslim yang menyebutkan bacaan lain di dalam Iโ€™tidal sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Aufa RA dan juga Abu Saโ€™id al-Khudhri RA.

  • Daripada Abu Aufa RA, beliau bekata:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽุŒ ุฅูุฐูŽุง ุฑูŽููŽุนูŽ ุธูŽู‡ู’ุฑูŽู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑูู‘ูƒููˆุนูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูŽู…ูุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู„ูู…ูŽู†ู’ ุญูŽู…ูุฏูŽู‡ูุŒ ุงู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ู„ูŽูƒูŽ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ู…ูู„ู’ุกู ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชูุŒ ูˆูŽู…ูู„ู’ุกู ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽู…ูู„ู’ุกู ู…ูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ู…ูู†ู’ ุดูŽูŠู’ุกู ุจูŽุนู’ุฏ

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW jika mengangkat kepalanya dari rukuโ€™ beliau mengucapkan: Allah mendengar bagi sesiapa yang memujiNya, Ya Allah, Tuhan kami bagi-Mu pujian sepenuh langit dan bumi, sepenuh apa yang Engkau mahukan lebih daripada ituโ€[5]

  • Daripada Abu Saโ€™id al-Khudhri RA, beliau berkata:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุฑูŽููŽุนูŽ ุฑูŽุฃู’ุณูŽู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑูู‘ูƒููˆุนู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ู„ูŽูƒูŽ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู…ูู„ู’ุกู ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถูุŒ ูˆูŽู…ูู„ู’ุกู ู…ูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ู…ูู†ู’ ุดูŽูŠู’ุกู ุจูŽุนู’ุฏูุŒ ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽ ุงู„ุซูŽู‘ู†ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุฌู’ุฏูุŒ ุฃูŽุญูŽู‚ูู‘ ู…ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏูุŒ ูˆูŽูƒูู„ูู‘ู†ูŽุง ู„ูŽูƒูŽ ุนูŽุจู’ุฏูŒุŒ ุงู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ูŽุง ู…ูŽุงู†ูุนูŽ ู„ูู…ูŽุง ุฃูŽุนู’ุทูŽูŠู’ุชูŽุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ู…ูุนู’ุทููŠูŽ ู„ูู…ูŽุง ู…ูŽู†ูŽุนู’ุชูŽุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ููŽุนู ุฐูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽุฏูู‘ ู…ูู†ู’ูƒูŽ ุงู„ู’ุฌูŽุฏูู‘ 

โ€œ

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW jika mengangkat kepalanya dari rukuโ€™ beliau mengucapkan: Tuhan kami bagi-Mu pujian sepenuh langit dan bumi, sepenuh apa yang Engkau mahukan lebih daripada itu, yang memiliki semua pujian dan kebaikan, yang paling berhak diucapkan oleh setiap hamba, dan setiap daripada kami adalah hambaMu. Ya Allah tidak ada yang boleh menghalang apa yang Engkau berikan. Dan tidak ada yang boleh memberikan apa yang Engkau halang. Dan segala daya upaya tidak bermanfaat kecuali dengan izinMu, seluruh kekuatan hanya milikMu).โ€[6]

Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan bab ini menyebut: โ€œPada hadith ini mempunyai faedah yang banyak. Antaranya, sunat untuk mengucapkan zikir ini, serta wajib beriโ€™tidal dan bertenang padanya.โ€œ[7]

[1] Riwayat Muslim (498)

[2] Riwayat al-Bukhari (799), al-Nasaie (1062), dan Ahmad (18996)

[3] Lihat Fath al-Bari, 2/286

[4] Lihat Fath al-Bari li Ibn Rejab, 7/202-203

[5] Riwayat Muslim (476)

[6] Riwayat Muslim (477)

[7] Lihat Syarh al-Nawawi โ€˜ala Sahih Muslim, 4/193

Apakah iktidal di dalam solat merupakan rukun yang panjang?

Iโ€™tidal merupakan perbuatan berdiri di antara rukuโ€™ dan sujud. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah R.Anha ketika menceritakan cara bersolat Rasulullah SAW, katanya:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุฑูŽููŽุนูŽ ุฑูŽุฃู’ุณูŽู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑูู‘ูƒููˆุนู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุณู’ุฌูุฏู’ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูŽุณู’ุชูŽูˆูู‰ูŽ ู‚ูŽุงุฆูู…ู‹ุง

Maksudnya: โ€œApabila mengangkat kepalanya daripada rukuโ€™, Baginda tidak sujud sehingga telah berdiri tegak.โ€[1]

Hadith seterusnya, Rasulullah SAW bersabda ketika mengajarkan cara-cara bersolat kepada seorang lelaki yang tidak melakukannya:

ุซูู…ูŽู‘ ุงุฑู’ููŽุนู’ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ุชูŽุนู’ุชูŽุฏูู„ูŽ ู‚ูŽุงุฆูู…ู‹ุง

Maksudnya: โ€œKemudian bangunlah hingga engkau berdiri tegak.โ€[2]

Berdasarkan mazhab Syafiโ€™e, syarat-syarat sah iโ€™tidal adalah seperti berikut:

  • Tidak bertujuan lain selain daripada ibadat.
  • Tetap seketika sekadar masa sekali tasbih.
  • Tidak berdiri terlalu lama hingga melebih kadar bacaan fatihah. Hal Ini kerana iโ€™tidal merupakan rukun yang pendek dan tidak harus dipanjangkan.[3]

Namun, para ulamaโ€™ berbeza pandangan adakah dibolehkan untuk memanjangkan Iโ€™tidal. Sebahagian ulamaโ€™ mengatakan ianya dibolehkan, hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas RA, beliau berkata:

ู…ูŽุง ุตูŽู„ูŽู‘ูŠู’ุชู ุฎูŽู„ู’ููŽ ุฃูŽุญูŽุฏู ุฃูŽูˆู’ุฌูŽุฒูŽ ุตูŽู„ูŽุงุฉู‹ ู…ูู†ู’ ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ูููŠ ุชูŽู…ูŽุงู…ู ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ู…ูุชูŽู‚ูŽุงุฑูุจูŽุฉู‹ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุฃูŽุจููŠ ุจูŽูƒู’ุฑู ู…ูุชูŽู‚ูŽุงุฑูุจูŽุฉู‹ ููŽู„ูŽู…ูŽู‘ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูู…ูŽุฑู ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽู‘ุงุจู ู…ูŽุฏูŽู‘ ูููŠ ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑู ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ูู…ูŽู†ู’ ุญูŽู…ูุฏูŽู‡ู ู‚ูŽุงู…ูŽ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ู†ูŽู‚ููˆู„ูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽูˆู’ู‡ูŽู…ูŽ ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽุณู’ุฌูุฏู ูˆูŽูŠูŽู‚ู’ุนูุฏู ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ุณูŽู‘ุฌู’ุฏูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ู†ูŽู‚ููˆู„ูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽูˆู’ู‡ูŽู…ูŽ

Maksudnya: โ€œBelum pernah aku solat di belakang seseorang yang lebih ringkas solatnya daripada solat Rasulullah SAW dengan kesempurnaannya. Solat baginda adalah hampir sama (antara satu rukun dengan rukun lainnya), dan solat Abu Bakar adalah saling berdekatan (antara satu rukun dengan rukun lainnya). Lalu ketika Umar mengimami, maka dia memanjangkan dalam solat Subuh. Rasulullah SAW pernah apabila mengucapkan, (ุณูŽู…ูุนูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ูู…ูŽู†ู’ ุญูŽู…ูุฏูŽู‡ู), maka baginda berdiri hingga kami mengatakan bahawa baginda telah lupa, kemudian baginda sujud dan duduk di antara dua sujud hingga kami mengatakan bahawa baginda telah lupaโ€™.โ€[4]

Syeikh Syaraf al-Haq al-โ€˜Azim Abadi dalam syarahnya menyebut: โ€œHadith ini menunjukkan secara zahir untuk memanjangkan Iโ€™tidal dan  duduk di antara dua sujudโ€.[5]

Imam al-Syaukani mengatakan dalam kitab Nail al-Autar: โ€œHadith ini menjadi dalil kepada bolehnya memanjangkan iโ€™tidal daripada rukuโ€™ dan duduk antara dua sujud. Sebahagian ulamaโ€™ Syafiโ€™iyyah mengatakan batal solat orang yang memanjangkan iโ€™tidal dan duduk antara dua sujud dengan hujjah ianya menafikan sifat al-Muwalat (berturut-turut) dalam solat.

Beliau kemudian menukilkan kalam Ibn Daqiq al-โ€˜Eid.โ€Hadith ini menunjukkan bahawa iโ€™tidal merupakan rukun yang panjang dan hadith Anas menunjukkan dengan jelas mengenai perkara itu dan ianya merupakan dalil baginya.โ€ [6]

Hal ini dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan daripada Huzaifah RA, beliau berkata:

ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฑููƒููˆุนูู‡ู ู†ูŽุญู’ูˆู‹ุง ู…ูู†ู’ ู‚ููŠูŽุงู…ูู‡ูุŒ ุซูู…ูŽู‘ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูŽู…ูุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู„ูู…ูŽู†ู’ ุญูŽู…ูุฏูŽู‡ูุŒ ุซูู…ูŽู‘ ู‚ูŽุงู…ูŽ ุทูŽูˆููŠู„ู‹ุง ู‚ูŽุฑููŠุจู‹ุง ู…ูู…ูŽู‘ุง ุฑูŽูƒูŽุนูŽุŒ ุซูู…ูŽู‘ ุณูŽุฌูŽุฏูŽุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุจูู‘ูŠูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ู„ูŽู‰ุŒ ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ุณูุฌููˆุฏูู‡ู ู‚ูŽุฑููŠุจู‹ุง ู…ูู†ู’ ู‚ููŠูŽุงู…ูู‡ู

Maksudnya: Rukuโ€™ baginda SAW panjangnya hampir sama dengan berdiri baginda, kemudian baginda berkata, (ุณูŽู…ูุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู„ูู…ูŽู†ู’ ุญูŽู…ูุฏูŽู‡ู), kemudian baginda berdiri lama hampir sama dengan rukuโ€™ baginda, kemudian baginda sujud dan baginda berkata, (ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุจูู‘ูŠูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ู„ูŽู‰). Sujud baginda hampir sama tempohnya dengan berdirinya baginda.[7]

Imam al-Nawawi mengatakan: โ€œPada hadith ini menunjukkan dengan jelas bahawa harus memanjangkan iโ€™tidal dengan zikirโ€.[8]

Pandangan utama dalam mazhab Syafiโ€™e pula mengatakan bahawa memanjangkan rukun yang pendek di dalam solat merupakan di antara perkara yang membatalkan solat. Antara rukun pendek adalah Iโ€™tidal (bangun daripada rukuโ€™).

Disyaratkan agar orang yang solat tidak memanjangkan Iโ€™tidalnya selepas daripada rukuโ€™ dengan pemanjangan yang ketara iaitu tidak melebihi kadar bacaan al-Fatihah. Ini kerana, Iโ€™tidal merupakan rukun yang pendek, maka tidak dibolehkan untuk memanjangkannya melainkan pada qunut dan solat Tasbih.[9]

Imam al-Nawawi juga menukilkan pandangan ashab al-Khurasan bahawa Iโ€™tidal daripada rukuโ€™ merupakan rukun yang pendek serta dituntut agar diringankan (dipendekkan) rukun tersebut. Jika dia memanjangkan dengan sengaja seperti diam (diam yang panjang), membaca qunut yang tidak disyariatkan (tidak warid daripada Nabi SAW) atau dengan zikir yang lain, maka ketiga wajah ini yang paling sahihnya di sisi Imam al-Haramain dan ia juga diputuskan oleh al-Baghawi bahawa perbuatan ini membatalkan solatnya  melainkan apa yang warid (datang) dalam syariat.[10]

Kesimpulannya, berdasarkan nas dan hujah di atas, kami menyatakan bahawa pandangan mazhab Syafiโ€™e mengatakan rukun iโ€™tidal termasuk dalam rukun yang pendek. 

Namun, kami cenderung mengatakan bahawa harus untuk memanjangkan Iโ€™tidal sekiranya bacaan yang dibaca di dalamnya merupakan bacaan yang warid daripada Nabi SAW serta tidak membebankan makmum sekiranya dia menjadi imam.

[1] Riwayat Muslim (498)

[2] Riwayat al-Bukhari (724) dan Muslim (397)

[3] Lihat al-Fiqh al-Manhaji โ€˜ala Mazhab al-Imam al-Syafiโ€™e, 1/134-135

[4] Riwayat Muslim (473) , dan Abu Dawud (853)

[5] Lihat โ€˜Aun al-Maโ€™bud Syarh Sunan Abi Dawud, 3/64

[6] Lihat Nail al-Autar, 2/304

[7] Riwayat Muslim (772)

[8] Lihat al-Majmuโ€™ Syarh al-Muhazzab, 4/127

[9] Lihat al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafiโ€™e, 273/1

[10] Lihat: al-Majmuโ€™ Syarh al-Muhazzab, 126/4

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.