Menurut Husniyati Ali (2012) pengangguran merupakan satu masalah yang perlu ditangani dengan secara berhemah oleh sesebuah negara. Andainya sesebuah negara itu mempunyai kadar pengangguran yang tinggi, ia bukan sahaja akan menjadi ancaman kepada kerajaan dari segi ekonomi, malah ia turut memberi impak ke atas sosial dan politik negara.

Pengangguran menurut Parkin (1992) menganggap ia sebagai situasi pekerja yang berkelayakan dan bersedian untuk bekerja pada kadar upah semasa tidak mempunyai peluang pekerjaan. Gordon (200) mengkategorikan pengaggur sebagai orang yang memenuhi kriteria pasaran pekerjaan, tetapi tidak berada dalam pasaran tersebut.

Manakala, Pertubuhan Buruh Antarabangsa, pengangguran dilihat sebagai individu yang tidak mempunayi pekerja, aktfi mencari pekerjaan dan bersedia untuk bekerja dalam satu tempoh masa yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu majikan dan individu tersebut. Tenaga buruh merupakan penduduk yang berumur di antara 15 64 tahun dan berkeupayaan untuk bekerja. Konsep tenaga buruh ini berbeza di antara sesebuah negara itu kerana wujudnya perbezaaan dari segi geografi penduduk, kebudayaan, adat dan sebagainya. Sementara itu guna tenaga penuh membawa maksud sumber buruh telah digunakan sepenuhnya di mana ia merujuk kepada keadaan di mana semua tenaga buruh yang ingin bekerja mendapat pekerjaannya

Inflasi dapat ditakrifkan sebagai satu situasi di mana tingkat harga umum dalam ekonomi meningkat secara berterusan atau peningkatan indeks harga yang berterusan. Ia juga digambarkan sebagai satu keadaan di mana terlalu banyak wang sedang mengejar barangan yang sedikit. Ini berlaku apabila jumlah penawaran wang bertambah lebih cepat daripada pertambahan tingkat output.

Semasa kemelesetan ekonomi, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan pengembangan bagi menambahkan penawaran wang dalam edaran. Antara langkah yang boleh diambil oleh bank pusat ialah menurunkan nisbah rizab berkanun dan kadar bank serta membeli sekuriti kerajaan di pasaran terbuka. Hasilnya, rizab bank perdagangan dan penawaran wang bertambah. Situasi ini akan menyebabkan aktiviti ekonomi dalam negara dipergiatkan dan permintaan agregat meningkat, lantas pengangguran serta deflasi akan dapat diatasi. Sebaliknya apabila negara berdepan dengan masalah inflasi, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan penguncupan dengan cara meningkatkan nisbah rizab berkanun, kadar bank dan kadar faedah, serta menjual sekuriti kerajaan di pasaran. Kesannya, aktiviti ekonomi menjadi perlahan dan permintaan agregat menurun. Kondisi tersebut akan merendahkan tingkat harga umum dan seterusnya inflasi akan ditangani (Mohd Rizal Abdul Ghani, 2010).

Perkaitan pengganguran dan inflasi berdasarkan penelitiannya, Profesor A.W. Philip (1958) menggambarkan hubungan kedua-duanya melalui sebuah kurva yang disebut Kurva Philip. Dalam kurva tersebut menjelaskan bahawa hubungan antara inflasi dan pengangguran adalah negatif dan non linier. Oleh itu katakana bahawa hubungan kedua-dua ini sebenarnya mempunyai berkaitan seperti:

i-        Ekonomi

Kesan ekonomi termasuk mengurangkan keluaran negara, menurunkan taraf hidup dan sekaligus melambatkan pembangunan negara. Dengan pengangguran yang tinggi juga boleh meningkatkan kadar kemiskinan dalam sesebuah negara. Penurunan keluaran Negara. Ini berlaku apabila tenaga manusia yang dimiliki tidak digunakan sepenuhnya dalam beberapa sektor ekonomi menyebabkan pengeluaran dalam sektor tersebut berkurangan seterusnya akan mengakibatkan keluaran Negara berkurangan.

Taraf hidup penduduk yang menurun. Taraf hidup penduduk di dalam sesebuah Negara dapat diukur berdasarkan kepada pendapatan per kapita. Apabila wujudnya ramai tenaga buruh yang menganggur menyebabkan keluaran Negara kasar berkurangan dan ini akan menjejaskan pendapatan per kapita Negara. Pendapatan per kapita yang rendah menunjukkan bahawa taraf hidup penduduk Negara tersebut pada tahap yang rendah. Pembangunan Negara menjadi perlahan. Ini terjadi apabila infrastruktur di dalam sesebuah Negara tidak dapat dibangunkan untuk tujuan pembangunan Negara kerana pendapatan Negara yang tidak mencukupi untuk dibelanjakan kearah pembangunan infrastruktur.

ii-        Politik

Tekanan kepada pihak pemerintah dengan melakukan tunjuk perasaan dan kerosakan harta awam yang boleh menganggu pentadbiran kerajaan mengakibatkan kejatuhan kejatuhan dan politik tidak stabil dan hilang kepercayaan pelabur dalam dan luar.

iii-       Sosial

Pengaruh negatif dalam keluarga dan masyarakat sehingga mewujudkan ketidaktenteraman yang boleh membawa kepada pergaduhan dan penceraian. Ia juga boleh membawa kepada peningkatan jenayah akibat masalah kewangan dan masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri.

Makakala inflasi pula memberi kesan seperti :

i-         Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan kualiti hidup mereka. Seperti terpaksa kerja lebih masa, membuat kerja sampingan.
ii-        Tekanan keperluan hidup mendedahkan rakyat kepada masalah sosial seperti rasuah, penyelewangan, penipuan dan pengabaian tangungjawab.

iii-       Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan.

Bersambung….

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.