Tuntutan ini pada asalkanya di mohon oleh Plaintif secara Fasakh kemudian Defendan bersetuju untuk memohon tuntutan kepada Permohonan Perceraian.

Maka, Mahkamah mengeluarkan Perintah Secara Persetujuan Bersama  yang dimana Plaintif bersama Peguam Syarienya Hadir dan Defendan Hadir Sendirian. (Pihak-pihak hadir)

MAHKAMAH MEMERINTAHKAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA seperti berikut:-

1.    Mahkamah membenarkan pindaan secara lisan terhadap Tuntutan Fasakh Plaintif daripada Seksyen 51 Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam 2001 kepada Seksyen 45 Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam 2001 ;

2.    Defendan dinasihatkan untuk melafazkan talak satu (1) dalam Mahkamah pada hari ini dan dengan lafaz talak itu,

3.    Mahkamah mensabitkan dan mengesahkan jatuh talaq satu kali pertama ke atas Plaintif mulai hari ini ;

4.    Mahkamah perintahkan Plaintif beriddah selama tiga kali suci mengikut Hukum Syarak mulai hari ini

5.    Mahkamah Perinthkan perceraian ini hendaklah didaftarkan di Jabataan Agama berhampiran dan surat asal Perakuan Nikah hendaklah dikembalikan kepada pihak yang  sama untuk dibatalkan ;

6.    Mahkamah Perintahkan Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam berdekatan mendaftarkan penceraian ini ;

7.    Perintah ini berkuatkuasa serta merta mulai hari ini.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.