1. Introvert ialah seseorang yang mempunyai kualiti jenis keperibadian yang dikenali sebagai introversi, yang bermaksud bahawa mereka berasa lebih selesa menumpukan pada pemikiran dan idea dalaman mereka, berbanding apa yang berlaku secara luaran.

Mereka hidup dalam orbit sendiri. Mereka menikmati menghabiskan masa dengan hanya satu atau dua orang, berbanding kumpulan besar atau orang ramai.

2. Introvert ialah seorang yang pendiam yang tidak suka bercakap dan suka menyimpan fikiran mereka untuk diri mereka sendiri. Pada ramai orang, menjadi seorang introvert selalunya dianggap lemah.

Mereka mungkin tidak sehebat ekstrovert yang mudah bersosial, kelihatan mesra dan mudah menyapa teman dan rakan dan riang ria melalui kehidupan. Faktanya, Betulkah extrovert mudah happy? Hehehe.

3. Introvert yang mudah gembira apabila mendapat tenaga melalui kesepian menyendiri dan kesunyian. Terdapat banyak bukti di luar sana yang menunjukkan orang introvert rata-rata lebih pintar.

Kajian juga menunjukkan bahawa introvert adalah lebih bijak lisan (komunikasi atas pentas atau depan kamera) daripada ekstrovert. .

4. Garisbawahi, jika seperti jika anda menemui sang introvert sebagai seorang yang tidak kelakar, tersendiri berada dipenjuru tanpa diganggu, bukan bermakna dia sombong..

Mungkin dia seorang introvert yang jika kena “butang panas” akan buka sesi bualan yang panjang dan berpengetahuan.

5. Sebagai seorang introvert yang berfikir, mereka tidak mengelak situasi sosial dan tidak kisah kehadiran orang lain.

Seorang introvert dalam erti kata bahawa mereka mempunyai kehidupan dalaman yang kaya, sentiasa ambil ruang tepi elak gangguan dan introspektif; terutamanya selepas membaca buku atau menonton filem.

6. Saya adalah lelaki introvert. Sebagai introvert saya hidup dalam circle yang kecil walaupun saya kenal ramai kawan. Terbukti, introvert tidak memerlukan kalangan kawan yang luas.

Persahabatan bagi saya adalah kesetiaan. Saya lebih suka seorang atau dua kawan rapat, walaupun mereka mungkin mengenali ramai orang dan mempunyai ramai kenalan.

7. Orang introvert sering dikritik kerana tidak cuba untuk membuat lebih banyak kawan, dan sering dilihat sebagai kurang kemahiran sosial.

Namun kekuatannya, sekali berkawan, kekal buat selama lamanya biarpun berbeza pandangan dan pendapat. Sekali ia berada di lubuk hati, ia terkunci mati dalam ingatan pasti buat selamanya sepanjang usia.

8. Bagaimana menjadikan introvert gembira? Mudah sahaja. Saya berikan rahsianya.

Beri mereka ruang. Ruang peribadi adalah tempat yang menggembirakan introvert. Mereka suka menyendiri.

Biarkan mereka dengan buku dan filem kegemaran mereka.

Jemput mereka ke acara, tetapi jangan harap sangat mereka akan datang.

Jangan hubungi mereka dengan telefon. Hubungi mereka dengan WA.

Beritahu mereka betapa mereka bermakna kepada anda dan mereka akan sangat menghargai nilai persahabatan sebegitu.

Biarkan mereka bercakap.

Hormati masa keseorangan mereka. Mereka dapat energi tatkala bersendiri.

Tarik mereka ke dalam interaksi sosial dari semasa ke semasa. Tapi pastikan interaksi itu kecil.

9. Buat langkah pertama. Mereka yang ada personlaiti extrovert wajar guna personaliti magnet mereka untuk berkawan dengan introvert dan bukannya menunggu introvert membuat langkah pertama.

Bagi seorang introvert, memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali sama seperti membuat panggilan telefon. .

Menyelamatkan seorang introvert daripada melakukan perkara itu serta-merta akan menjadikan mereka menyukai anda dengan lebih baik.

10. Dan paling penting, jangan cuba mengubah mereka.

Fokus pada perkara yang anda kagumi tentang introvert — keupayaan mereka untuk mendengar, pemikiran yang mendalam, personaliti yang tenang dan penyayang, kasih sayang terhadap binatang, bakat untuk menghilangkan diri daripada keramaian dll.

Dan sayangi mereka untuk itu bukan mengharapkan mereka dapat berubah jadi extrovert.

Rujukan:

[zotpress items=”{5090062:CYIKK3EY}” style=”apa”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.