Catatan ini, saya akan membincangkan perbezaan `Ain dengan Sihir. Lazimnya masyarakat di luar sana seharianya lebih ramai berbicara tentang sihir, kanser, jantung dan sebagainya. Oleh itu, penyakit medis muncul ada impaknya daripada penyakit-penyakit non medis seperti al-`Ain, Saka, Sihir atau gangguan jin. Apapun penyakit `Ain salah satu penyakit misteri, mereka yang mengalami dapat menceritakan pengalamannya. Kesukaran kita memahami dengan jelas jika kita melalui pelbagai teori-teori yang berlegar-legar di media sosial.
Ok mari kita membezakan secara ringkas iaitu:
Pertama : Penyakit `Ain Bahaya
Pengaruh `Ain lebih merbahaya dari sihir kerana kes sihir ada masa tertentu dan ‘tamat tempoh”nya. Tetapi penyakit `Ain tidak.
Kedua: Sihir Mencelakakan Individu
Kes sihir dilakukan dgn sengaja bertujuan untuk mencelakakan seseorang, sedangkan al-`Ain tidak dimaksudkan untuk mencelakakan seorang sehingga ia boleh timbil dari bapa atau ibunya sendiri.
Ketiga: Sihir Dendam Orang Jahat
Sihir tidak dibuat kecuali oleh orang jahat, sedangkan al-`Ain boleh ‘ditembak’ mata orang yang baik.
Keempat : Ain Berbahaya Dari Sihir
Paling penting bahayanya al-`Ain Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Kebanyakan yang meninggal dari umatku setelah qadha dan qadar Allah adalah kerana an-Nafs iaitu al-`Ain (HR al-Bukhari dalam al-Taarikh al-Kabir: 4/360, Sahihul- Jaami` No.1206). Hadis tersebut menggunakan perkataan ‘kebanyakan’ dan ini di antara alasan kita mengatakan bahawa hasad (`ain) itu lebih berbahaya dari sihir.
Cuba kita selidiki hadis yang biasa kita baca, Rasulullah s.a.w bersabda, Al-`Ain adalah benar, dapat memasukkan seseorang ke dalam kubur dan dapat memasukkan unta ke dalam kuali” (rujuk al-Albani dalam sahihul-Jaami` No.414). Kita fokuskan pada perkataan akhir dlm hadis tersebut, kenapa disebut unta? Ini kerana utk menyatakan unta adalah sejenis haiwan yg kuat, lasak dan sgt istimewa. Perumpamaan di dalam hadis menjelaskan bahawa hasad (al-`Ain) boleh menjatuhkan unta yang kuat itu, lalu disembelih dan dimasukkan ke dalam kuali untuk dimasak.
Kesimpulanya
Penyakit al-`Ain sangat bahaya, jika tidak dicegah dan diubati segera akan menimbulkan pelbagai penyakit lain (nanti akan dibincangkan lagi). Ramai yang tidak sedar, bahkan ada yang tidak percaya bahaya al-`Ain.
Saranan
Tuntutlah pengetahuan mengenai persoalan penyakit ain, dampingi ulama, solat berjemaah, zikrullah, selawat, bacalah al-Quran (perlu berguru) dan fahami, atau sekurang-kurangnya dapatkan ikhtiar (dapatkan di sini) untuk lindungi diri, keluarga dan masyarakat.