Hakikatnya, pemikiran tidak merasai tua selagi seseorang itu hidup! Benar atau tidak ? Penulis Ustaz Zainal Ad-Din (2010) dalam buku “Kuasa Insan” menyatakan bahawa, hidup dunia ini memang singkat. Begitu singkatnya sehingga kebanyakan insan yang telah mencapai umur 60 an masih merasakan pengalaman persekolahan dan bersama dengan ibu bapa masing-masing masih segar seperti baru sahaja berlaku. Walhal peristiwa-peristiwa pahit-manis tersebut telah berlaku 30-40 tahun yang lalu. Malah Rasulullah SAW mengumpamakan kehidupan insan di dunia ini seperti musafir yang melepaskan lelah sebentar di bawah pohon tamar. Jika demikian, kenapa pemikiran kita tak merasai tua?

Pemikiran kita tidak merasai tua

Bagaimana pemikiran tidak merasai tua ? Penjelasan terbaik mungkin berpunca dari sifat tisu-tisu yang menyimpan memori di dalam otak manusia. Kesemua pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu akan dirakam umpama video dan seterusnya disimpan secara teratur.

Peristiwa-peristiwa penuh bermakna seperti melangsungkan perkahwinan atau menyambut bayi pertama tetap kekal selama-lamanya kerana tisu-tisu otak terus berkembang dan berinteraksi. Seandainya ingatan atau memori itu sentiasa diulangi, peristiwa yang berlaku puluhan tahun yang lalu seperti hari semalam sahaja berlaku.

Perumpamaan pemikiran kita tidak merasai tua

Seorang perokok tidak akan melupai nikmat merokok yang ditinggalkan 30 tahun yang lalu. Seorang
janda berumur 89 tahun yang sedang uzur sentiasa menyebut-nyebut memori indah bersama bekas suaminya yang kali terakhir berjumpa 70 tahun lalu.

Pernah satu ketika Astro 555 ( Channel History) menayangkan rakaman Peperangan Dunia ke-2 di
Pasifik yang telah diperbaiki kualiti warna dan bunyi secara digital; seolah-olah pertarungan hidup
mati yang dahsyat itu berlaku dalam masa terdekat sahaja.

Begitulah perumpamaan keadaannya pemikiran manusia ; tidak pernah tua.

Berita buruknya, apabila jasad atau badan ini, yang sentiasa diberi perhatian secukupnya; makan-pakai, senaman, kebersihan, kecantikannya sehingga menelan belanja puluhan ribu ringgit akan berakhir. Kemerosotan fungsi organ-organ badan membawa kepada pelbagai penyakit kronik.

Zainal Ad-Din (2010)

Doa Panjang Umur

Doa panjang umur, bagi umat Islam telah menjadi amalan untuk memohon umur yang panjang untuk diberkati dan orang lain dapat memanfaatkan ilmunya atau amalan kebaikannya di dunia. Sentiasa disebut-sebut apabila mengingati hari kelahiran seseorang ” semoga umur yang panjang dan berkati”. Misalnya ungkapan:

“Ya Allah! Panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluan kami dalam pada agama, dunia, dan akhirat.

Kekal Sihat dan Cergas

Apabila seseorang telah memasuk umur 50, mula berlaku kerosakan tisu-tisu organ, tapi jiwa tetap kental dengan jiwa mudanya. Secara ringkasnya, keperluan seseorang itu juga untuk memiliki panjang umur yang dapat manfaatkan kebaikannya untuk orang lain dengan kekal sihat dan cergas. Apapun terdapat alasan manusia ingin umur yang panjang seperti berikut:

  1. Agar dapat membuat pelbagai amalan
  2. Nak bertaubat dan menggantikan amalan yang kurang semasa muda
  3. Nak melihat anak cucu
  4. Nak tahu apa yg jadi kepada dunia masadepan
  5. Dah selesa dengan rutin kehidupan dan tak mahu memulakan hidup di dunia baru yg serba
    tidak pasti
  6. Nak enjoy
  7. Nak jelajah dunia
  8. Banyak ilmu yang boleh dikaji dan di ‘explore’
  9. Nak membantu anak cucu dan keluarga
  10. Ingin melihat usaha yang dibuat mencapai matlamatnya
  11. Takut kehilangan anak isteri dan semua kemewahan
  12. Merasa banyak dosa yang dilakukan
  13. Ingin menambah harta
  14. Ingin membina nama. Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama.

“Mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah”

Mafhum Hadith

Jika badan sakit, mudah dihinggapi penyakit, tulang mudah patah, sendi asyik terseliuh, pergerakan
lambat serta nafas asyik tercungap-cungap maka apa yang boleh kita lakukan? Mungkin menyusahkan rakan-rakan dan anak-anak sahaja. Apatah lagi memberi sumbangan untuk masyarakat, negara, bangsa malah agama yang suci ini?

Cara kekal sihat dan cergas

Cara kekal sihat dan cergas antara kata kunci yang paling terbanyak di enjin carian google ketika ditulis [About 180,000 results]. Apa yang boleh saya simpulkan dengan mengubah gaya hidup baru agar lebih sihat bertenaga dan kekal sihat, otak segar dan cergas dengan mengamalkan produk seperti :

1.Klorofil membantu mengawal darah kita kekal aktif, Mengimbangi paras asid dan alkali dlm badan. Hebatnya kerana ekstrak daun Alfalfa yg disebut sebagai bapa segala makanan dan menjadi peluru utk kesihatan badan.

2. Nexcell dapat membaiki kerosakkan sel badan kita yg sudah expired, so ia juga membantu anti aging, mengaktifkan organ2 kita memproses pengaliran darah dengan teratur.

3. NexLax ibarat sebagai lori angkut membuang najis-najis degil yang boleh merosakkan usus kita yang sering dipenuhi dgn gas-gas yang boleh mengacau darah boleh berbuih (darah memekat)…fungsinya bertindak sebagai detox.

4. Nex Tiger Milk Mushroom Coffee dgn menjadikan minuman pagi dan petang coffee yg mengeluarkan aroma yg menggodakan membuatkan jiwa dan pernafasan kita teratur dan paru-paru berfungsi dgn sopan santun…paru2 akan jd kuat dan dpt menghasilkan oksigen yg baik. maka support oksigen pun dengan mencukupi, bendalir2 yg melekat di paru2 pun dpt dibersihkan….automatik resdung asma akan semakin pulih.

Kelebihan besar produk tersebut

Kelebihan besar produk tersebut, anda boleh mencipta Duit daripada pasaran produk secara networking, anda terpaksa menerima bonus dengan cara kerja yang baru dan cara berfikir yg baru dibawah bimbingan leader yg berpengalaman. Hubungi kami segera sebelum terlambat [JOIN TEAM NEXUS UST ISMAIL KLIK SINI]. Sangat rugi kalau tidak sertai secara berjemaah, ibarat kata Puan Ainon.”Jangan Kekal Bodoh[Baca Sini]. Sepertimana yang dicatatkan sebelum ini [KLIK SINI]

Kesimpulan

Kekal sihat dan cergas, umur yang diberkati dan dapat dimanfaatkan oleh lain adalah cita-cita besar seseorang untuk terus berbakti di alam ini. Kestabilan fizikal yang kita alami bergantung pada acara kita menggunakan metabolisma dan tubuh badan bagi menghasilkan kadar tenaga dan kesihatan yang diingini. Bercita-cita untuk terus beramal dihujung usia dapat diperbaiki dengan mengekalkan kesihatan kita dan keseimbangan pemakanan.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.