Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the rank-math-pro domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/zeckynet/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the rocket domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/zeckynet/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Adakah kita solat kerana cintaNya? — Wacana Zeckry

Adakah kita solat kerana cintaNya atau sekadar tunai tanggungjawab je. Jadi, ketika solat kita sebenarnya dimana. Inilah persoalan besar yang menjadi tanda tanya bagi Zainal (lebih mesra dengan panggilan Pak Jenal). Dia kata, cam ne kita tgk sesuatu benda, contohnya kita duk tgk duit RM100 dengan tgk duit RM1..dia tanya aku nampak camne? Maknanya ‘rasa cam ne’. Cuba ko buat kajian skit duk saja-saja tu ! (sambil duk pesan katku). (dalam hati: Aku tak heran!..yg aku heran adalah org yg tak reti2 lagi)

Tak tahu nampak macam mana

Aku kata tak tahu nampak mcm mana! (saja wat tak tahu, buat-buat bodoh baru kita dapat ilmu (pesan guruku begitu lah…)

Pak Jenal mula buka panggung ceritanya..(dalam hatiku mungkin pengalaman peribadi ni). Lalu dia bagi gambaran…katakan ko solat, kebetulan dalam poket ko tu ada duit RM100, RM10, RM5 dan RM1 semuanya duk terkumpul dalam poket. Kemudian kamu sujud dan bangun untuk tahiyyat..tiba-tiba duit RM1 melompat keluar. Ko duk baca tahiyyat masa tu rasa cam ne?

Beza dari segi apa duit RM1 dengan RM100?

Aku kata, kalau duit RM1 keluar tu tak ada rasa ketar mana. Tapi kalau tunduk-tunduk duit RM100 melompat keluar pastu duk terketar-ketar bergegar dan nak melompat ke lain, tambah pula kipas angin sangat laju ketika tu..

Lalu Pak Jenal terus menyambung..dia tanya, agak-agak masa tu ko fokus dimana? Fokus kat tahiyyat ke fokus pada duit RM100 tu ?

Andai kata turun 4 keping RM100 pulak macam mana, kipas angin dtang satu sisi kanan..sisi kiri…agak2 nak tahiyyat macam mana…

Pak Jenal terus menekan suara..Hah! ni ‘kenal’ nama dia…ko ni kenal sangat ‘Nilai’..ko jer boleh kenal..kalau budak2 umur 2 tahun dia tak tahu apa..tak mengubah apapun..

Mana satu kita pilih

Tengok apabila Allah SWT kata : kalau ko kenal Aku..ko tengok benda Aku (Allah) Cipta ..mana satu ko mau..berenti di tempat ko tengok ke atau ko nak balik ke Aku (Allah).

Pak Jenal terus sambung…ni kita semua ni..nak gitau kitalah hamba Allah la ni..

Terus Pak Jenal suh aku fikirkan…Solat tu kita kata hamba sehingga kita rasa betul2 hambaNya…Adakah solat ni pelaksanaan nak membezakan kafir dengan Islam je ke ? Setakat tu je ko faham apa itu Solat?

 Aku terdiam kejap..sambil fikir2kan apa yang nak dimaksudkan oleh Pak Jenal.

Nilai solat sebenarnya apa?

Kemudian Pak Jenal tanya aku..’Nilai’ sebenar solat sebenarnya apa dia? ke syok sendiri je tu! (Pak Jenal ketawa kecil).

Dia soal dia jawab…sebab aku banyak diam je cuba gak jadi pendengar yang baik dan untuk dapat pengetahuan.

Pak Jenal terus kata..INGAT…30 hari X5 waktu solat= 150 kali dalam sebulan kita nak kena INGAT kat Allah SWT….utk apa tu…sujud 34 kali sehari..kenapa Allah suh kita ingat dan ingat untuk apa?

Kalau suruh ingat tu tanpa dengan ada solat…memang kita ni jenis lupa. Tegas Pak Jenal!

Situasi semakin panas dah ni.

Pak Jenal sambung bicara. Muka jenis cap ayam cam kita ni sebenarnya susah nak ingat kat Allah…tapi dengan ada solat, kita boleh ingat Allah dengan lebih sempurna… Tu pun kalau ko solat kerana nak ingat DIA.

Berbeza pula kalau seseorang tu solat kerana sekadar nak selesaikan tanggungjawabnya daripada INGAT. Tu sebab sesetengah orang masa dalam solat dia boleh pergi merata ceruk..cari barang tak jumpa..bila solat terus ingat kat mana letaknya.

Tengok Tok Imam di depan

Pak Jenal bagi misalan..ada orang tu solat nampak tok Imam duk depan, pakai jubah sekerat..duk nampak kaki …apa yang difikirnya.(dalam hati tok Imam ni, nape lah ko pakai jubah sekerat). Jadi kat sini, tok Imam pakai jubah singkat pun kita sibuk juga…Hah! Sebab apa? Sebab dia ni bukan nak g ingat kt Allah, dia sibuk dengan tok Imam tu.

Aku pun terfikir dan sambung cerita Pak Jenal. Aku kata, maknanya, kita datang solat ni kerana cinta kat Allah ke atau kerana nak selesai tanggungjawab kita je. Pak Jenal ?

Pak Jenal buka cerita..macam nilah..ayat nak mudah ko faham..ko solat dhuha tu, kerana nak melihat keindahan Allah di waktu dhuha ke atau kerana nak murah rezeki..Tolong Jawab betul-betul.

Aku kata biasa orang solat Dhuha tu nak murah rezeki je. Bukan faham apa itu keindahan tuhan macam Rasulullah lihat keindahan Allah di waktu Dhuha.

Pak Jenal kata…dah nampak dah tu apa hasil kita bincang ni. Kalau ko tak faham mai kita g ngaji paling kurang pun ko tu pandai baca al-Quran {KLIK SINI}. Tua-tua pun masih kalut duk tenyeh tiktok berebut dengan cucu ! (dalam hati..Pak Jenal ni nasihat aku ke?)

Baiklah Pak Jenal..Lalu aku minta undur diri dulu nak pergi abik budak sekolah. Esok aku sambung lagi.

Kenapa Perlu Kita Solat Fahamkah Kita

Belajar Quran Personal di Tasek Gelugor

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.