Apa itu aura yang sering kita dengar satu dunia ni menyebut, ada yang faham ada yang masih terkial-kial mencari apa benda yang heboh ni sehingga pelapik tidur Bio Velocity Sleep Mate pun dikatakan ada aura dan boleh menguatkan tenaga badan. Ada elektrik ke kain selimut tu ?
Beginilah penulis cuba kongsikan berdasarkan pembacaan dan penelitian juga sebagai pengalaman dalam perubatan alternatif. Aura juga dikatakan sebagai Nur=Tenaga/Energy ada disebut dalam al-Quran ribuan tahun dulu, (konsep Nur `Ala Nur) tetapi telah dikaji oleh barat pun dah lama. Kita je baru nak faham.
Menurut Yohan Kurniawan dan Alexander Stark dari Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan dalam Jurnal Melayu : Kajian Saka dari Perspektif Sains Berdasarkan Warna Aura (2017) menjelaskan, Aura dikenali sebagai cakra (daripada bahasa Sanskrit yang bermakna roda tenaga).
Menurutnya lagi,ramai berpendapat bahawa aura ialah cahaya daripada badan manusia, tetapi pakar sains mempunyai pandangan yang berbeza. Mereka berpendapat bahawa aura ialah medan tenaga (elektromagnetik) yang mengelilingi makhluk hidup (aura imaging). Aura dibentuk oleh cahaya yang berwarna halus yang mengelilingi badan manusia, dan setiap warna yang dihasilkan mempunyai getaran dan makna tertentu. Warna aura yang dihasilkan memberikan maklumat tentang kualiti, keadaan emosi, pemikiran dan kekuatan tertentu yang dimiliki seseorang.
Sejarah tentang aura telah berkembang lama bermula dalam kalangan suku kaum orang asli dan kumpulan penganut agama Kristian yang percaya kepada hal yang bersifat mistik. Kepercayaan terhadap aura ini semakin popular pada zaman pertengahan, khususnya melalui hasil lukisan yang menunjukkan aura dalam bentuk cahaya yang bersinar di sekeliling manusia, haiwan atau pokok.
Seiring dengan perkembangan zaman, para saintis moden mengukur aura berdasarkan medan elektromagnet di sekitar hidup makhluk.
Kajian pertama foto aura dilakukan oleh Nicola Tesla pada tahun 1891. Nikola Tesla dianggap oleh banyak pihak sebagai orang yang mencemui penciptaan cahaya dan digelar sebagai bapa kuasa elektrik moden. Teknologi yang dihasilkan oleh Tesla menjadi asas kepada teknologi fotografi Kirlian. Tesla mengambil gambar aura yang pertama berupa gambar aura di sekitar hujung jari dan keseluruhan badan dengan menggunakan peralatan yang dihubungkan dengan badan (Lindgren dan Jennifer, 1997).
Pada tahun 1869, Walter Kilner mula mengkaji “elektroterapi”. Kilner mendapati bahawa semakin lama seseorang melihat melalui kanta biru, matanya menjadi lebih terbiasa kepada cahaya ultraungu, dan panjang gelombang cahayanya lebih tinggi. Hasil ini dinyatakan sebagai bukti saintifik tentang kewujudan aura manusia.
Pengkaji lain, iaitu Oscar Bagnall mengatakan bahawa aura berasal daripada gelombang cahaya yang panjang, tetapi lebih pendek daripada panjang cahaya secara umumnya yang dikenali sebagai cahaya ultraungu. Selepas eksperimen yang dijalankan oleh Bagnall, suatu kaedah baharu untuk mengesan aura telah dicipta oleh saintis dari Soviet, iaitu Semyon Kirlian dan Valentina.
Teknologi fotografi yang digunakan oleh Kirlian berjaya mewujudkan imej tenaga di sekeliling makhluk hidup dengan menggunakan arus elektrik untuk mendedahkan kewujudan bentuk tertentu yang dihantar ke plat fotografi. Eksperimen ini dilakukan dengan meletakkan hujung jari pada sebuah pad logam yang mengeluarkan aliran elektrik rendah dan dipindahkan dari plat ke hujung jari.
Gambar aura yang dicetak menunjukkan pelbagai warna cahaya yang terang bermula dari hujung jari ke seluruh badan (Lindgren dan Jennifer, 1997). Pada tahun 1980-an, seorang jurutera dan pencipta dari Amerika Syarikat, Guy Coggins (Lidgren, 2000) berjaya mencipta sebuah kamera yang boleh mengesan dan memaparkan gambar warna aura atau medan tenaga yang berada di sekitar manusia. Sistem pengimejan aura ini menggunakan teknik biomaklum balas (biofeedback) badan. Warna, bentuk dan saiz aura boleh menunjukkan emosi dan rohani seseorang. Warna aura bagi setiap manusia berbeza dan hadir dalam bentuk warna pelangi. Kajian mendapati bahawa aura manusia terdiri daripada tujuh peringkat (Lindgren dan Jennifer, 1997).
Apa Itu Aura Yang Sering Kita Dengar Satu Dunia Ni ?
Oleh itu, jelaslah kepada kita Apa Itu Aura Yang Sering Kita Dengar Satu Dunia Ni sehinggakan Yohan Kurniawan dan Alexander Stark pun telah membuat kajian menggunakan warna aura sebagai kaedah untuk mengesan kewujudan saka dalam kehidupan seseorang cuba baca Jurnal Kajian mereka itu. Kajian tersebut menggunakan WinAura dan temubual subjek yang dikatakan mempunyai saka dan subjek yang dikatakan normal.
Dunia hari ini tidak ada yang pelik sebenarnya semua datang dari Ilmu Allah SWT kita je yang masih janggal berada dunia yang sentiasa moden dengan pelbagai teknologi sehinggakan pelapik tidur pun dicipta untuk memulihkan tenaga orang yang lumpuh puluhan tahun, memulihkan orang yang sering diganggu oleh makhluk halus, mengembalikan tenaga setelah penat bekerja dan sebagainya. Bahkan bukan saja bekerja atau belajar saja untuk menghasilkan kualiti tetapi kini tidur pun mesti ada kualiti tau ! kerana manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur. Maka, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita.
Apa itu aura yang sering kita dengar satu dunia ni ? sekurang-kurangnya kita dapat memahami konsep Bio Velocity Sleep Mate yang telah pun dikaji oleh Professor Edward V.Krizhanovsky dari Rusia pada tahun 2013 yang merupakan seorang pakar fizik telah menjalankan satu kajian klinikal terhadap pelapik tilam Bio Velocity Sleep Mate. Jadi berikan hadiah kepada orang tua atau ibu bapa anda agar mereka sentiasa sihat dan bertenaga yang amat sesuai digunakan orang warga emas boleh dapatkan DI SINI.
Whatapps kami dan akan diberikan maklumbalas segera.Terima Kasih
Rujukan :
http://www.higherperspectives.com/aura-color-1441096326.html
http://www.hai-omarketing.com.my/products-detail.asp?id=53
https://www.auraphoto.com/products/winaura.shtml
[…] Apa Itu Aura Yang Sering Kita Dengar Satu Dunia Ni […]
[…] Apa Itu Aura Yang Sering Kita Dengar Satu Dunia Ni […]
[…] gelombang yang merbahaya disamping menguatkan dan menyerapkan Gelombang Positif yang membentuk aura yang sihat dalam […]
[…] anda mencari jawapan ? Apa itu aura yang sering kita dengar satu dunia ni ? sekurang-kurangnya kita dapat memahami konsep Bio Velocity Sleep Mate yang telah pun dikaji […]