Apa beza dicipta dengan tercipta ? ‘Sesuatu’ dan cahayanya tidak berpisah. Kalau cahaya itu hilang,..Adakah cahaya tu berada dalam tempat penghasilannya. Cahaya menjelaskan kewujudan.Umpama cahaya matahari yang menjelaskan wujudnya matahari.
Namun berbeza dengan bulan yang bercahaya. Sedangkan bulan tiada mempunyai cahayanya seperti dilihat waktu purnamanya. Tapi pantulan bulan itu dapat membiaskan cahayanya seolah-olah ia mempunyai cahaya.
Jadi Apa beza dicipta dengan tercipta ?
Di mana kita nak cari kuasa letrik yang mengalir. Dalam lampu ke atau dalam dawai.Tak pakai dawai pun letrik boleh mengalir dalam udara dalam air.
Bila jumpa jana kuasa pun tak jumpa tenaga letriknya.Bila janaletrik digerakkan,maka terhasil kuasa lertik.
Adakah gelung2 jana eletrik tu yang mencipta kuasa letrik.Pakai tenaga solar pun boleh hasilkan tenaga letrik. Adakah solar atau matahari itu mencipta letrik.
Semuanya adalah alat untuk menerima arus letrik sedangkan elektrik tu tak bertempat dan tak memerlukan bekas.Bekas hanya alat untuk peraturan hukum letrik dalam menyatakan wujudnya.
Macamana kalau tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, manusia asyik terkena eletrik aja lah. Huh, pening kepala nak kaji akhirnya kita imagine buat sangkaan dengan mengatakan HANTU. Sebelum ni saya ada catatkan kaitan hantu dan cahaya.
Apabila sesuatu itu tidak logik akal dan tak mampu lagi akal nak fikirkan, maka akan berlaku ‘sangkaan sendiri’. Kadang-kadang kita terperangkap dengan sangkaan itu apabila orang lain mengatakan tidak (batil) ?
Begitulah halnya, manusia mesti tegak atas pendirian yang mesti berdiri atas hakikat sendiri dan bersama-sama yang wajib wujud sehinggakan ‘AKU’ tidak perlu menyalahkan pendapat orang lain kerana itu bukan aku.Itu cara dia mengenali dirinya dan belum menyampai mengenali yang sebenarnya wujud yang tidak dapat disifatkan.
Aku dapati dan aku menyakini bahawa sesungguhnya ada wujud asli dari wujud aku. Kerana aku pernah meminta sesuatu dari yang ghaib itu lalu diberinya mengikut hajat ku. Jadi aku kenali diriku wujud kerana wujudnya dan sentiasa bersamanya.
Andai kata Ar-Rumi meminta sebatang rokok lalu tuhan memberinya, pasti Ar-Rumi akan meminta banyak lagi dari rokok itu. Sebelum ini manusia telah diberikan jalan (petunjuk/arah) itu lalu mereka lebih sesat. Kenapa ?
Mencari hakikat beza dicipta dengan tercipta ?
Aku tidak dapat mengatakan bahawa aku adalah ayah ku atau ibu, walaupun aku dari darah dagingnya dan sel-selnya yang disalirkan. Ayah ku juga tidak dapat mengatakan bahawa aku adalah dirinya. Namun hakikat hanyalah berasal dari keduanya.
Nama aku dan nama ayah ku tak dapat dipisahkan melainkan aku dilupakan untuk mengenali diri ku. Namun ayah ku tetap mengenali anaknya biar pun wajah semakin berubah. Seorang anak sukar mengenali ayahnya sekiranya ia tidak pernah melihat wajah ibu bapanya sejak kecil.
Apabila seorang anak yang terpisah begitu lama ditemukan kepada ayahnya, Maka siapakah yang akan menyatakan bukti dan tanda pengenalan. Si anak mengenal ayah atau ayah lebih dulu mengenali anaknya?
[…] dalam Islam itu sendiri,kali ini penulis cuba untuk mengupas konsep Matrix. Catatan semalam apa beza dicipta dengan tercipta rasa terpanggil utk kupas ttg […]