Konsep Matrix Boleh Fahami Kaedah Spiritual
Konsep Matrix Boleh Fahami Kaedah Spiritual

Konsep Matrix boleh fahami kaedah spiritual, sebenarnya ramai yang ‘pening’ sebenarnya untuk mencari ‘jalan keluar’ dalam memahami konsep spiritual dalam Islam itu sendiri,kali ini penulis cuba untuk mengupas konsep Matrix. Catatan semalam apa beza dicipta dengan tercipta rasa terpanggil utk kupas ttg matrix.

1-Mereka yang bersungguh-sungguh berzikrullah akan berpeluang ‘keluar dari matrix manusia’ dan menjelajah ke matrix-matrix lain atau ke matrix yang lebih tinggi..

Ini dinamakan sebagai pembukaan makrifat atau kesedaran tentang Ilahi. Individu dari Matrix manusia yang pertama dan pernah tiba ke Matrix yang terhampir dengan  Empunya Diri (Allah) adalah Nabi Muhammad SAW semasa  Mikraj.

2-Selepas itu laluan-lauan ‘menembusi’ Matrix telah terbuka dan Nabi Muhammad SAW menjadi ‘peneman’ kepada semua ‘jumper’ untuk Mikraj. Ini menunjukkan bahawa setiap Insan boleh mengikut jalan yang sama atau mencapai apa yang boleh dicapai oleh perintis jalan tadi..

Cuma kreativiti guru-guru menyebabkan ‘perjalanan’ ini kelihatan berbeza yang dinamakan sebagai tarekat.

Konsep Matrix Boleh Fahami Kaedah Spiritual

 

Penulis telah mengimbas filem The Matrix. Apakah hubungan yang berkait di antara The Oracle, Neo dan The Architect yang dijelaskan pada siri The Matrix Reloaded.

Adegan tersebut rasanya  mind blowing dan yakin akan digunakan sebagai topik perbincangan dalam kelas ‘Western Philosophy’ di institut pengajian tinggi di seluruh dunia.

Begitu sukarnya perjalanan Neo untuk berjumpa Architect, bagi mereka yang gemarkan sesuatu yang lebih dalam dan bermakna (yang akan membuat mereka berdebat mengenai idea falsafah cause and effect dan fenomenologi) mungkin akan menyukai bahagian perbualan di antara The Architect dengan Neo.

Bahagian ini sengaja dipanjangkan dan mungkin sukar difahami oleh segelintir penonton.

Konsep Matrix Boleh Fahami Kaedah Spiritual

Itulah hakikat kita juga bukan senang untuk menemui yang Maha Pencipta, bermacam pertempuran dan onak duri dijalanan harus dilalui.

Pada siri The Matrix Reloaded merupakan sebuah filem yang seronok ditonton. Watak-wataknya menarik. Ibarat dunia itu dicipta oleh adik beradik Wachowski memang nampak cool dengan penelitian kepada setting, kesan bunyi, suntingan serta rekaan kostum yang menarik.

3-Spritual adalah jalan yang memerlukan pencapaian kerohanian dan ketajaman akal yang tinggi untuk memahaminya.

That’s why berkenaan dengan kisah syurga, neraka dan hal-hal ghaib lain, Al-Quran banyak menggunakan perjalanan hidup masyarakat pada masa tersebut dan juga tamsilan saintifik dan mudah seperti cahaya dari pelita dari minyak zaitun.

Agama-agama lain banyak terkeliru atau sengaja mengelirukan untuk kepentingan mereka umpamanya menukarkan kenyataan ditiup dari Roh Ku untuk menyatakan Saidina Isa AS adalah anak tuhan. Walhal makna kenyataan itu jauh berbeza kerana keajaiban Roh juga dimiliki oleh semua insan bukannya Saidina Isa AS sahaja.

Begitu juga,manusia dibangkitkan di alam akhirat berdasarkan amalan masing-masing. Agama Hindu terkeliru dengan ‘lorong masa’ sehingga menyatakan bahawa kebangkitan semula itu di dunia ini.

Maka, konsep matrix boleh fahami kaedah spiritual bagi merungkai sekurang-kurangnya sebahagian masalah ruang dan masa serta  kewujudan seperti ‘berganda’ dan ‘melampaui’ ruang.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.