Pemilihan Tajuk

PEMILIHAN TAJUK

  • Risalah / Tesis : Pemilihan tajuk bagi peringkat pengajian tinggi biasanya diserahkan kepada pelajar itu sendiri. Seseorang pelajar boleh menetapkan sesuatu tajuk yang ia mampu hasilkan dengan baik dari segi pengumpulan bahan-bahan dan penulisan.
  • Kertas Kerja : Tajuk kertas kerja ditetapkan oleh penganjur program.
  • Artikel : Tajuk bagi sesuatu artikel adalah terserah kepada penulis sendiri untuk menentukannya. Pemilihan ini berdasarkan permasalahan yang berlaku dan isu-isu terkini yang perlu kepada penyelesaian secara ilmiah .

Bagi memudahkan, lebih baik ditentukan bidang atau ruang lingkup yang luas terlebih dahulu kemudian mengumpul bahan- bahan yang ada kaitan dengan skop yang dicadangkan itu. Kemudian barulah menyusun bahan-bahan tersebut dengan satu gubahan bentuk penulisan yang teratur dan kemas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.