Kelas Bahasa Arab : Kuching

Mereka berkata: Miskin adalah sesiapa yang tidak tahu berbahasa Inggeris kerana menghadapi kesukaran memahami percakapan(kalam) manusia.

Dan saya berkata: miskin adalah orang yang TIDAK TAHU BERBAHASA ARAB kerana menghadapi kesukaran dalam memahami kalam/bahasa Pencipta manusia (Allah Taala)

Kita rasa malu dan rugi jika tak dapat menguasai bahasa inggeris. Adakah kita tak rasa RUGI dan MALU kalau tak dapat kuasai BAHASA ARAB – BAHASA ALQURAN.

MENGAPA BERTANGGUH UNTUK PELAJARI BAHASA ARAB – BAHASA ALQURAN?

Anda kesukaran untuk mencari guru bahasa arab untuk mengajar terus ke rumah anda di sekitar Kuching yang sesuai untuk semua peringkat umur ? Atau anda ingin menghadapi peperiksaan tapi tidak faham…Hubungi kami untuk dapatkan guru berpengalaman dalam mengajar tuisyen ke rumah anda yang lebih selesa dan jimat kos untuk ke tempat tuisyen..

Ingin belajar Bahasa Arab Mudah di Kuching Terus Ke Rumah? Call/Whatsapp Segera : 0134963005

Pengajaran Dan Pembelajaran Modul (Hometuition Bahasa Arab Mudah Di Kuching)

Bacaan mesti mengikut susunan baris. Sebutan pada baris akhir perkataan adalah wajib kerana:

a. ianya adalah pemberi makna dalam bahasa Arab dan

b. pembelajaran kaedah-kaedah yang seterusnya menjadi senang.

Kata isyarat هذَا dan ذلِكَ untuk kata nama هذَا. مُذَكَّرٌ adalah kata isyarat yang menunjukkan kepada sesuatu yang dekat dan ذلِكَ kepada sesuatu yang jauh(ditandakan dengan isyarat tangan seperti di mukasurat 20). Asas ini adalah sangat penting dan mesti difahami oleh pelajar.

“Nagtun” نَعْتٌ seperti besar, kecil dan cantik “كَبِيرٌ، صَغِيرٌ و جَمِيلٌ. Secara asasnya baris akhir نَعْتٌ adalah mengikuti baris akhir katanama sebelumnya seperti “كِتَابٌ كَبِيـرٌ” dan “كِتَابٌ صَغِيـرٌ”.

Perbezaan antara مَا dan مَا . مَنْ adalah soalan untuk benda dan binatang manakala مَنْ adalah soalan untuk manusia.

Buku 2 ini pembelajarannya adalah seperti buku 1. Perbezaannya hanyalah di dalam buku 2 ini, pelajar didedahkan kepada katanama muannaz.

Untuk memudahkan pembelajaran peringkat asas, katanama muannaz hanyalah perkataan yang mempunyai ة pada akhirnya atau sebutan baris akhirnya berbunyi “tun” ةٌ.

kata isyarat هذِهِ dan تِلْكَ untuk kata nama هذِهِ. مُؤَنَّثٌ adalah kata isyarat yang menunjukkan kepada sesuatu yang dekat dan تِلْكَ kepada sesuatu yang jauh(ditandakan dengan isyarat tangan seperti di mukasurat 20).

“Na’tun” نَعْتٌ seperti besar, kecil dan cantik “كَبِيرَةٌ، صَغِيرَةٌ و جَمِيلَةٌ. Baris akhir نَعْتٌ adalah mengikuti baris akhir katanama sebelumnya seperti “سَيَّارَةٌ كَبِيـرَةٌ” dan “سَيَّارَةٌ صَغِيرَةٌ”.

Perbezaan antara مَا dan مَا . مَنْ adalah soalan untuk benda dan binatang sementara مَنْ adalah soalan untuk manusia.

Buku 3 ini menggarapkan lagi kefahaman pelajar pada pelajaran yang dipelajari dalam buku 1 dan 2. Latihan-latihan dan perbendaharaan kata juga adalah bertambah dan lebih mencabar.

Baris akhir perkataan selepas حَرْفُ جَرٍّ = فِي، عَلَى، مِنْ، إِلَى dan ظَرْفٌ = أَمَامَ، خَلْفَ، فَوْقَ، تَحْتَ mengambil baris bawah. Kaedah asas ini mesti difahami kerana baris akhir perkataan memberi makna dalam bahasa Arab.

Pelajaran Katanama am(نَكِرَةٌ) dan khas (مَعْرِفَةٌ) seperti perbezaan antara sebarang buku(am) – كِتَابٌ dan buku tersebut(khas) – الْكِتَابُ.

Gantinama asas iaitu saya dan kamu(lelaki dan perempuan) – (أَنَا، أَنْتَ، أَنْتِ) dan cara penggunaannya.

Pada peringkat ini, baris dibuang sedikit-sedikit untuk menguji kefahaman pelajar. Justeru itu, sebutan mengikut baris terutamanya pada akhir perkataan adalah wajib.

Buku 4 menampilkan lebih banyak kaedah-kaedah asas yang lebih tinggi dan penting. Walau bagaimanapun, pelajaran yang dibahagikan kepada muzakkar dan muannaz memudahkan pembelajaran.

Perbuatan ذَهَبَ إِلَى bermakna pergi dan خَرَجَ مِنْ bermakna keluar adalah untuk مُذَكَّرٌ manakala ذَهَبَتْ إِلَى dan خَرَجَتْ مِنْ untuk مُؤَنَّثٌ.

Katanama melebihi 1 (جَمْعٌ) dengan penggunaan kata isyarat هؤُلاءِ. Pelajaran adalah mudah kerana penerangan yang jelas serta latihan yang sistematik.

Ucapan seperti “pensil kepunyaan guru tersebut” – (قَلَمُ الْمُدَرِسِ) dinamakan مُضَافٌ وَمُضَافٌ إِلَيْهِ. Pelajaran ini sangat penting kerana tanpa memahaminya, pelajar akan hadapi masalah dalam banyak aspek bahasa Arab.

Gantinama lain turutan dari buku 3 seperti ه، هَا، هُمْ، هُنَّ dan cara penggunaannya.

Buku 5 menampilkan Katanama berakal(manusia) melebihi dari 1 dengan kata isyarat jauh (أُولئِكَ) iaitu lanjutan dari kata isyarat (هؤلاءِ). Begitu juga dengan sifat yang berbeza pada “mufrad” (مُذَكَّرٌ وَمُؤَنَّث) tetapi sama pada جَمْعٌ seperti طِوَالٌ وكِبَارٌ seperti ayat المُدَرِّسُونَ طِوَالٌ dan المُدَرِّسَاتُ طِوَالٌ.

Katanama dua seperti “2 orang guru lelaki (مُدَرِّسَانِ) atau 2 orang guru perempuan(مُدَرِّسَتَانِ) yang berakhir dengan “Alif” dan “Nun”.

Jenis-jenis prediket (أَنْوَاعُ الْخَبَرِ) yang amat penting dalam bahasa Arab. Pelajaran ini sangat penting kerana tanpa memahaminya, pelajar tidak yakin dalam membuat ayat lengkap bahasa Arab. Penerangan terperinci terdapat dalam buku 6.

Perbuatan lepas yang melibatkan pelaku sahaja “pi’lun laazimun” (قِعْلٌ لاَزِمٌ) yang mana pelaku mengambil baris depan pada baris akhir perkataan seperti سٌ pada ayat جَلَسَ مُدَرِّسٌ.

Kaedah lain seperti “bilangan tertib” اَلْعَدَدُ التَّرْتِيبِيُّ.

menampilkan perbuatan lepas yang melibatkan “pelaku” (فَاعِلٌ) dan “yang kena laku”(مَفْعُولٌ بِهِ). Yang kena buat dalam bahasa Arab mengambil baris atas pada akhir perkataan seperti بًا pada ayat قَرَأَ حَامِدٌ كِتَابًا. Kaedah membuat ayat yang terdiri dari 3 perkataan ini mesti difahami dalam bahasa Arab.

Turutan dari buku 4, pelajaran “jenis-jenis khabarun” (أَنْوَاعُ الْخَبَرِ) adalah sangat penting dalam menguasai asas bahasa Arab. Seterusnya pelajar belajar membuat ayat menggunakan “yang”(الَّذِي والَّتِي) yang mana akhirnya, pelajar dapat membuat ayat-ayat bahasa Arab yang lengkap, tinggi dan menyakinkan.

Perbezaan yang besar antara أُسْتَاذُ حَامد dan الأُسْتَاذُ حامد kerana (ال). Ramai yang mengambil remeh kaedah ini walaupun hakikatnya makna keduanya adalah samasekali berbeza.

Untuk makluman, buku-buku bahasa Arab tidak mempunyai baris. Justeru itu, pemahaman kepada kaedah-kaedah yang di pelajari dalam buku ini membolehkan pelajar membaca, menulis, memahami dan berkomunikasi dalam bahasa Arab.

menampilkan pembelajaran perbuatan yang telah berlaku. Ilustrasi dan cara olahan pembelajaran yang dipermudahkan dengan latihan-latihan yang padat, menarik dan berkesan menjadikan pembelajaran buku 7 ini menyeronokkan.

Pelajar juga mempelajari katanama yang berada selepas إنَّ mengambil baris atas dan maknanya adalah lebih kuat. Ikutilah pembelajaran buku 7 ini dan dapatkan kefahaman yang jelas tentang penggunaan perbuatan yang telah berlaku dan kaedah-kaedah lain yang penting dalam Bahasa Arab.

menampilkan soalan-soalan perbualan mudah dari kaedah-kaedah mudah yang telah dipelajari dalam Buku Bersiri Bahasa Arab Mudah. Penggunaanya dengan 2 orang pelajar dimana salah seorang bertanya dan seorang lagi menjawab. Cara ini menjadikan pembelajaran Bahasa Arab Mudah menyeronokkan dan berkesan. Pelajar akan merasa yakin untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

Semoga Allah membuka dada kita mempelajari alquran dan sunnah. Kunci kefahaman alquran dan sunnah adalah penguasaan bahasa arab. Rugilah sebagai muslim meninggalkan ilmu ini hanya kerana sedikit ujian dari Allah dengan kesibukan dunia yg sedikit.
فتح الله علينا جميعا لدراسة اللغة العربية وعلوم الدين. شكرا.

1. SEBUTAN BARIS PADA AKHIR PERKATAAN

Sebab:

1. Baris akhir perkataan adalah Pemberi makna

Untuk makluman semua, ayat dalam bahasa Arab boleh disusun tanpa tertib. Contohnya,  perbuatan boleh diletakkan pada awal atau ditengah. Di dalam bahasa Arab baris akhir perkataan adalah pemberi makna. Contohnya dua ayat di bawah ini mempunyai makna yang sangat berbeza.
Contoh Ayat 1 : ضربَ إبراهيمُ يوسفَ bermakna Ibraheem pukul Yuusuf.
Contoh Ayat 2 : ضربَ إبراهيمَ يوسفُ bermakna Yuusuf pukul Ibraaheem.

Baris akhir Ibraheem pada ayat pertama adalah berbaris depan(dhammah) bermakna Ibraheem adalah pemukul. Manakala pada ayat kedua, Ibraheem adalah mangsa pukul kerana baris akhir pada Ibraheem adalah berbaris atas(phathah).

2. Menyenangkan pembelajaran kaedah-kaedah lain

Apabila pelajar memahami kaedah asas baris akhir perkataan dalam bahasa Arab, maka kaedah-kaedah seterusnya yang akan dipelajari nanti seperti مُضَافٌ وَمُضَافٌ إِلَيْهِ adalah senang difahami oleh pelajar. Justeru itu, sebutan bacaan pada akhir baris ini adalah wajib untuk pelajar.

Sistem di dalam buku ini pada awalnya, semua perkataan diletakkan baris tetapi barisnya dibuang sedikit demi sedikit setelah pelajar faham kaedah baris dalam membuat ayat yang betul dalam bahasa Arab pada peringkat asas.

 

2. BUKAN HAFALAN

Sebab:

Tidak membantu tanpa pengentahuan asas dalam membuat ayat

Pelajar boleh menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata tetapi hafalan ini tidak memberi banyak faedah kalaulah pelajar tidak tahu kaedah membuat ayat dalam bahasa Arab. Ini terbukti dengan pelajar-pelajar sekolah aliran Arab yang mempunyai agak banyak perbendaharaan kata tetapi tidak dapat membuat ayat dalam bahasa Arab walaupun ringkas dan mudah. Jika pelajar tahu kaedah membuat ayat yang betul, barulah perbendaharaan kata banyak menolong mereka dalam binaan ayat tersebut. Fakta ini perlu difahami dengan jelas kerana ramai yang beranggapan penguasaan bahasa Arab adalah semata mata dengan banyak menghafal perbendaharaan kata.
Contoh : الكتابُ على المكتبِ.

Jika pelajar tahu kaedah baris (شَكْلٌ ) بُ/بِ , perkataan-perkataan lain seperti قلم/ مكتب/ سرير   boleh menggantikan mana-mana perkataan pada ayat tersebut seperti berkata : القلمُ على السريرِ.

Kaedah penghafalan yang berlebihan juga akan menjadikan pembelajaran bahasa Arab bosan dan menyusahkan.

 

3. PEMBELAJARAN NAHU SECARA TIDAK LANSUNG

Sebab:

Pembelajaran dan pengajaran menyeronokkan dan tidak membosankan
Contoh 1:

Bagi pelajaran  هذا/ذلك guru meletakkan sebuah buku berdekatan dan meletakkan sebatang pensel berjauhan. Guru kemudiannya berkata هذا كتابٌ dan menunjukkan isyarat jari pada sebatang pensel yang berjauhan dan berkata ذلك قلمٌ dengan meninggikan suara pada  هذا وذلك . Guru kemudian berdiri berdekatan pensel dan mengulangi lakonan tersebut dengan meninggikan suara pada هذا وذلك sekali lagi. Dengan kaedah lakonan pengajaran nahu secara tidak lansung ini, pelajar dapat memahami pelajaran dengan jelas dan menyeronokkan iaitu هذا adalah katanama isyarat untuk objek yang dekat dan ذلك adalah katanama isyarat untuk objek yang jauh.

Begitulah seterusnya dengan kaedah-kaedah lain yang terdapat pada sistem ini.

Contoh 2:

Bagi pelajaran  أَبٌ + أنا = أَبِي   guru bukan mengajar kaedah nahu secara terus tetapi melakukan seperti berikut:

Guru memegang sebuah buku dan bertanya pelajar ما هذا؟ dan pelajar menjawab : هذا كتابٌ Guru kemudiannya berkata : الكتابُ لِي yang bermakna “buku ini kepunyaan saya” dan akhirnya berkata : هذا كتابِي (Ini buku saya) dan melakukan banyak lakonan-lakonan seperti ini dengan objek-objek yang lain. Cara pengajaran bahasa Arab dengan lakonan menjadikan pembelajaran bahasa Arab menyeronokkkan dan mudah.

Ini adalah antara contoh-contoh pengajaran bahasa Arab secara tidak lansung melalui lakonan dan interaktif antara pengajar dan pelajar.

 

4. PENGASINGAN مُذَكَّر (MUZAKKAR) dan مُؤَنَّثٌ (MUANNAZ)

Pelajar perlu belajar muzakkar dan muannaz secara berasingan supaya tidak keliru dan merasa sukar dalam pembelajaran asas. Sistem kami hanya memperkenalkan katanama muannaz (اَلأَسْمَاءُ الْمُؤَنَّثَةُ) yangmana kalimah akhirnya adalah ة . Contohnya : سبورةٌ/ جوَّالةٌ/ حقيبةٌ … .Oleh sebab itulah, kami tidak mendahului anggota tubuh pada buku ini kerana anggota tubuh terbahagi kepada muzzakar dan muannaz. Contoh muzzakar : أَنْفٌ/ وَجْهٌ/ شَعْرٌ … dan contoh muannaz : يَدٌ/ رِجْلٌ/ أُذُنٌ … Anggota tubuh yang berpasangan(2) adalah muannaz seperti : يَدٌ/ رِجْلٌ/ أُذُنٌ …   dan inilah perkara-perkara asas yang perlu difahami oleh para pelajar sebelum mempelajari katanama-katanama yang lebih susah.

Pengansingan مُذَكَّرٌ dan مُؤَنَّثٌ ini juga sangat memudahkan pengajaran kaedah-kaedah lain yang akan dipelajari seperti نَعْتٌ (sifat) dan فِعْلٌ (perbuatan). Contohnya di dalam bahasa Arab, kaedah menyatakan نَعْتٌ يَتْبَعُ مَنْعُوتًا . Oleh itu kita berkata:

هذا مُدَرِّسٌ جَدِيدٌ dan

هذه مُدَرِّسَةٌ جَدِيدَةٌ .
Begitu juga dengan perbuatan, kita berkata:

ذَهَبَ الْمُدَرِّسُ dan
ذَهَبَتْ الْمُدَرِّسَةُ .

Cara pengasingan ini menjadikan pembelajaran bahasa Arab menjadi mudah difahami oleh pelajar-pelajar dan memudahkan pengajar dalam pengajaran mereka.

 

5. PENGENALAN ASAS-ASAS NAHU MUDAH TETAPI SANGAT PENTING DI DALAM BAHASA ARAB

(a) ال
 Contoh : أُسْتاذُ حامد
الأُسْتاذُ حامد     
 أُسْتاذُ حامد
bermakna Ustaz kepada Hamid(2 orang) tetapi الأُسْتاذُ حامد 
 bermakna Ustaz yang bernama Hamid(1 orang).

 

(b) Hamzaa  –  الهمزةُ

Contoh : هَمْزَةُ الْوَصْلِ  dan    هَمْزَةُ الْقَطْعِ
إجْلِس/ أُخْرُجْ/ إقْرَاْ/ أدْخُلْ …
 أyang ditulis seperti ini adalah kesilapan besar dalam Bahasa Arab kerana menandakan kita perlu membaca hamzaa tersebut. Ini adalah kerana الْهَمْزَةُ pada perbuatan Amrun (فِعْلُ أَمْرٍ) adalah hamzatul wasli  هَمْزَةُ الْوَصْلِ . Contohnya dalam ayat Quran pada surah Al baqarah ayat 60 : …. كُلُوا واشْرَبُوا من رزْقِ اللهِ …  memberi perhatian penting dalam pembacaan Quran pada همزَةُ الوَصْلِ dan bukannya dibaca كُلُوا وإشْرَبُوا .

 

(c) Nama-nama muannaz tidak mengambil dua baris
   (الأسماءُ المؤنَّثةُ لا تُنَوَّنُ)
مريـمُ/ زينبُ/ فاطمةُ/ خديجةُ/ سارةُ/ عائشةُ …
adalah nama-nama muannaz dan tidak berbaris dua pada akhirnya. Adalah salah dalam Bahasa Arab menulis :

مريـمٌ/ زينبٌ/ فاطمةٌ/ خديجةٌ/ سارةٌ/ عائشةٌ …

Penulisan seperti ini adalah satu kesilapan besar dalam Bahasa Arab kerana kebiasaannya nama-nama muannaz adalah مَمْنُوعٌ من الصَّرْفِ  jika مجرورٌ ditulis :

ذهبتُ إلى مريـمَ  dan bukannya ذهبتُ إلى مريـمٍ

 

(d) Warna-warna tidak mengambil dua baris
 (اَلأَلْوَانُ لا تُنَوَّنُ)
أحْمَرُ/ أزْرَقُ/ أحْمَرُ/ أسْوَدُ/ سَوْداءُ/ زَرْقَاءُ/ حَمْراءُ …

Adalah warna-warna muzakkar dan muannaz dan tidak berbaris dua pada akhirnya. Adalah salah dalam Bahasa Arab menulis :

أصْفَرٌ/ أزْرَقٌ/ أحْمَرٌ/ أسْوَدٌ/ سَوْداءٌ/ زَرْقَاءٌ/ صَفْرَاءٌ …

Ayat Quran pada ayat 69 surah Al baqarah  berbunyi : يقولُ إنَّها بَقَرَةٌ صَفْرَاءُ bukannya يقولُ إنَّها بَقَرَةٌ صَفْرَاءٌ .

6.  AYAT-AYAT DITULIS DENGAN WARNA-WARNA BERBEZA

Contoh : في غرفةٍ warna merah pada perkataan ini bermaksud cara sebutan yang ditinggikan dan boleh membawa makna berbeza. Gambar-gambar di dalam buku-buku ini juga terjemahan kepada perkataan-perkataan yang menjadikan pelajar berfikir dan cepat mengingati perbendaharaan kata tetapi bukan dengan cara hafalan.

 

7. TIDAK MEMASUKKAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG SUSAH PADA PERINGKAT ASAS

فِعْلٌ أَجْوَفُ – نَامَ/ بَالَ/ غَابَ/ سَارَ …
فِعْلٌ نَاقِصٌ – قَضَى/ رَمَى/ دَعَا/ مَشَى …

فِعْلٌ مِثَالٌ – وَقَفَ/ وَجَدَ/ وَزَنَ/ وَضَعَ …
فِعْلٌ مُضَعَّفٌ – حَجَّ/ وَدَّ/ شَمَّ / ظَنَّ …

Ini adalah perbuatan-perbuatan yang susah اَلأفْعَالُ الصَّعْبَةُ dalam bahasa Arab. Oleh itu, pelajar perlu memahami perbuatan asas yang mengandungi 3 huruf dahulu seperti (اَلْفِعْلُ الثُّلاَثِيُّ الْمُجَرَّدُ) – ذهب/ خرج/ رجعَ … sebelum mempelajari perbuatan-perbuatan yang susah dalam bahasa Arab.

Akhirnya, sistem yang terdapat dalam buku “BAHASA ARAB MUDAH” adalah bermula dari asas iaitu pelajar hanya pada mulanya mempelajari katanama sahaja. Setiap perbendaharaan kata disertakan dengan gambar untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingatinya.  Pelajar hanya mempelajari perbuatan yang senang seperti ذَهَبَ إِلَى dan خَرَجَ مِنْ pada buku 4.

Buku ini juga ditulis dengan warna-warna yang berlainan untuk mempermudahkan pelajar mengenal fungsi-fungsi baris atau perkataan yang membawa makna atau mempunyai kaedah penting yang perlu diberi perhatian olen pelajar. Justeru itu guru perlu meninggikan suara pada tempat-tempat ini.

Latihan-latihan adalah disediakan pada hampir setiap pelajaran agar kaedah-kaedah yang dipelajari dapat dipraktikkan dan difahami dengan mantap oleh pelajar.

Bahasa pengantar mesti di dalam bahasa Arab. Untuk kemahiran ini, guru-guru mesti minat dalam pengajaran bahasa Arab dan menggunakan bahasa Arab ini bukan sahaja di dalam kelas tetapi dalam perbualan harian bersama pelajar-pelajar mereka didalam dan luar kelas. Ini adalah kerana pelajar-pelajar dapat mendengar percakapan bahasa Arab walaupun tidak dapat memahami dan bercakap sepenuhnya pada peringkat awal.

Ingin belajar Bahasa Arab Mudah di Kuching Terus Ke Rumah? Call/Whatsapp Segera : 0134963005

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *