Euthanasia telah melalui tahap perkembangan panjang dan menimbulkan situasi pro dan kontra serta dilema di beberapa negara kerana masyarakat umum menganggap Euthanasia sama dengan suicide. Isu Euthanasia ini menjadi perdebatan besar dalam kalangan penggubal dasar dan pengamal perubatan di Barat, serta pihak gereja. Melalui filem Me Before You menggambarkan kesengsaraan serta kesakitan yang dialami Traynor kerana terpaksa memakan banyak ubat dan alahan kepada cuaca dan sebagainya.

Euthanasia dikategorikan dalam pelbagai cara, termasuk sukarela, tidak sukarela (non-voluntary) dan bukan sukarela (involuntary). Euthanasia sukarela adalah sah di sisi undang-undang di beberapa negara. Tidak sukarela bermaksud pesakit itu sendiri tidak melafazkannya (sebab sudah dalam koma) dan ini dianggap tidak sah. Bukan sukarela pula ‘dimatikan’ tanpa meminta kebenaran atau bertentangan dengan kehendak pesakit, dianggap membunuh. (Ibrahim, 2016)

Namun begitu, perbincangan Euthanasia merupakan isu yang bercanggah dengan moral dalam masyarakat dan perubahan kepada undang-undang. Menurut (Ibrahim, 2016) Di Malaysia isu Euthanasia ini belum mencapai tahap ditularkan untuk didebatkan di Malaysia. Mungkin aspek agama baik Islam, Kristian, Hindu dan Buddha yang teguh diamalkan di negara ini banyak mendorong kita untuk menolak sebarang bentuk ‘penamatan nyawa’.

Walau bagaimanapun, isu Euthanasia telah lama dipertimbangkan dan diteliti oleh beberapa professional kedoktoran. Ketika ini, pembahasan Euthanasia ini masih terus di perdebatkan, terutama ketika masalahnya dikaitkan dengan persoalan bahawa menentukan mati itu hak siapa dan dari sudut mana ia dilihat.

Oleh itu, melalui perbincangan ini dapat mendedahkan suatu pandangan konprehensif mengenai Euthanasia Sukarela yang dilakukan atas permintaan pesakit itu sendiri atau ahli keluarganya atas faktor menghilangkan penderitaan teruk dan tiada harapan untuk diteruskan kehidupannya. Selain itu, faktor dari segi kos perubatan yang sangat tinggi sehingga tidak mampu untuk ditanggung oleh pihak ahli keluarga pesakit. Maka, atas dasar sukarela dan permintaan pesakit itu sendiri, maka dengan jalan Eusthanasia adalah terbaik baginya daripada menghadapi keperitan kehidupannya.

Istilah Euthanasia berasal daripada bahasa Yunani, iaitu eu yang bererti indah, bagus, terhormat atau dalam bahasa Inggeris diertikan dengan grecefully and with dignit, dan thanatos yang bererti mati atau mayat. Euthanasia adalah proses membantu orang yang sakit parah atau selalu

dalam kondisi kesakitan untuk mati. Ia juga disebut  sebagai ‘assisted suicide’ atau ‘mercy killing’. Manakala, Euthanasia secara sukarela merupakan Euthanasia yang dilakukan atas persetujuan si pesakit sendiri dalam keadaan sedar.

Secara etimologis, Euthanasia boleh diertikan sebagai ‘mati dengan baik’ atau ‘mati secara senang dan mudah tanpa mengalami penderitaan’.

Oleh itu, secara mudahnya, perbuatan mengakhiri kehidupan seseorang untuk menghentikan penderitaan. Dari segi perubatan, Euthanasia bererti perilaku dengan sengaja dan sedar menamatkan hayat seseorang secara lebih cepat untuk membebaskannya dari penderitaan akibat penyakitnya. Maka, Euthanasia tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu pembunuhan atau usaha menghilangkan nyawa seseorang kerana istilah pembunuhan adalah dilakukan secara kejam dalam keadaan seseorang itu sedar atau tidak.

Menurut Commisie dari Gezondheidsraad (Belanda), Euthanasia adalah kelakuan dengan sengaja untuk memendekkan hidup ataupun dengan sengaja tidak memanjangkan hidup demi kepentingan si pesakit oleh doktor ataupun bawahan yang bertanggungjawab kepadanya.

Mengikut undang-undang di Belanda, perbuatan ini adalah sah disisi undang-undang negara tersebut. Yang mana Belanda merupakan negara yang Pertama meluluskan Euthanasia. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut mestilah dilakukan dengan teliti dan pertimbangan terlebih dahulu.

Walaupun terdapat berbagai jenis Euthanasia, seperti  tetapi penulis lebih menumpukan kepada dua bentuk Euthanasia secara dasarnya iaitu :

  1. Euthanasia Sukarela: Apabila si pesakit itu sendiri yang meminta untuk mengakhiri hidupnya. Iaitu seorang pesakit yang mati secara perlahan-lahan adalah menyakitkan. Oleh sebab itu, seorang pesakit meminta bantuan untuk mempercepat proses kematiannya. Ianya boleh diertikan sebagai dibantu untuk bunuh diri.

Punca dan contoh kes :

Voluntary Euthanasia

(a) Dr. Nigel Cox, United Kingdom

Pada tahun 1992, Dr. Nigel Cox mencabar undang-undang secara terbuka dan bersetuju kepada permintaan Puan Boyes yang berumur 70 tahun untuk menjalankan Euthanasia sukarela aktif. Puan Boyes berada dalam keadaan kritikal sehingga beliau akan menjerit jika sesiapa menyentuh tubuhnya. Ubat biasa tidak dapat melegakan penderitaannya. Dalam hari-hari terakhirnya, setelah membuat permintaan yang berterusan, akhirnya Dr. Cox memberinya satu

suntikan kalium klorida dan akhirnya Puan Boyes meninggal dunia. Akibatnya Dr. Cox telah digantung kerja dan dihukum oleh mahkamah .

(b) Sue Rodriguez, Kanada

Sue Rodriguez seorang ibu berusia awal tiga puluhan,menghadapi penyakit Lou Gehrig. Dia mengetahui bahawa ototototnya akan merosot hingga boleh menyebabkan tercekik sehingga mati dalam keadaan sedar diri. Oleh itu, dia meminta mahkamah supaya membenarkan pengamal perubatan membantu dia dalam memilih saat kematian untuk menenteramkannya. Akan tetapi, permintaannya ditolak dan dia terpaksa meneruskan hidupnya dalam ketakutan. Akhirnya pada bulan  Februari 1994, seorang pengamal perubatan telah melanggar undang-

undang dan membantunya untuk meninggal dunia.

  1. Euthanasia Bukan Sukarela: Apabila pesakit tersebut tidak mengemukakan permintaan atau bersetuju untuk diakhiri hidupnya, juga dimaksudkan kematian seseorang yang tidak mampu lagi meminta tolong untuk mengalami kematian. Sebagai contoh keadaan pesakit yang dalam keadaan koma

Punca kontroversi dan contoh kes :

Non-voluntary Euthanasia

(a) Karen Ann Quinlan, Amerika Syarikat

Pada April, 1975, Karen Ann Quinlan yang berumur 21 tahun telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dalam beberapa jam sahaja, dia telah mengalami koma yang tidak dapat dipulihkan. Kedua-dua ibu bapanya yang menganut Roman atholics, mengetahui bahawa anak perempuan mereka tidak rela berada dalam keadaan tersebut. Setahun kemudian, Karen memasuki keadaan vegetatif persisten. Pada masa itu, mahkamah-mahkamah

membenarkan alat bantuan pernafasannya dihentikan tetapi tiub penyuapan masih diteruskan dan dia hidup sehingga Jun 1985. Akhirnya, dia meninggal dunia disebabkan oleh penyakit pneumonia. Keluarganya menerima beribu-ribu surat simpati dan kebanyakannya berpendapat bahawa keluarga Karen tidak sepatutnya membiarkan Karen menderita selama ini

(b) Tony Bland, United Kingdom

Pada 1992, Mahkamah Tinggi United Kingdom membenarkan Euthanasia mangsa kemalangan Hillsborough, Tony Bland yang berada dalam keadaan koma dengan menghentikan tiub-tiub penyuapannya. Ibu bapa Tony Bland, Allan dan Barbara, menyokong tindakan mahkamah dan

berasa lega atas keputusan tersebut. Tony Bland, pada umur 22, mengalami kerosakan otak yang teruk akibat kemalangan keruntuhan tempat duduk stadium apabila dia dan penyokong-penyokong bola sepak lain yang sedang berhimpit-himpit untuk memasuki stadium Hillsborough pada bulan April 1989.

Seramai sembilan puluh lima peminat telah mati dalam kejadian itu. Dalam Mahkamah Tinggi, para pengamal perubatan Tony Bland dari Hospital Besar Airedale, dan pakar-pakar lain dalam bidang perubatan mengatakan bahawa dia boleh hidup selama lima tahun tetapi dia tidak akan pulih. Jika tiub penyuapan dikeluarkan dia akan mati dalam beberapa hari. Akhirnya, Tony meninggal dunia akibat penyahhidratan sembilan hari selepas tiub penyuapannya dikeluarkan. (Bohan, 2017)

 

2.0  Teori : Undang-Undang Kekal

Di pelopori oleh pemimpin agama serta sesetengah ahli falsafah seperti Thomas Aquinas dan Thomas Jefferson percaya bahawa terdapat suatu undang-undang yang dipanggail ‘Undang-Undang Kekal atau dikenali sebagai Undang-Undang Semula Jadi yang terbentuk dari kehendak Tuhan. Kejelasan undang-undang ini dalam keadaan semula jadi dan termaktub di dalam kitab-kitab suci dalam sesuatu kepercayaan agama dan pemimpin agama percaya bahwa kedudukan undang-undang tersebut tidak berubah-ubah dan hak serta kewajipan itu jelas, mereka lebih cenderung menekankan sumber kebenaran berdasarkan kitab suci berbanding pertimbangan logik.

Kehidupan, kebebasan dan mencari kebahagiaan merupakan kewajipan bagi manusia bagi memastikan hak yang sama kepada orang lain. Begitu juga, dalam teologi Kristian melalui Peraturan Keemasan, berbuat kepada orang lain seperti kita ingin orang lain lakukan kepada kita. Contohnya : Sekiranya kita ingin disayangi, maka kita mesti menyayangi orang lain.

Thomas Jefferson berpendapat bahawa hak itu tidak terpisah dan kewajipan boleh diterbitkan daripada hak tersebut dengan mudah. Beliau juga menjelaskan bahawa, tiada seorang pun ahli teori Undang-Undang Abadi dan hanya segelintir penulis-penulis agama yang bersetuju dengan peruntukan kebenaran mengikut kitab suci atau pertimbangan logik secara tepat kerana setiap agama telah menyediakan piawaian moral untuk penganut-penganutnya dan ramai mematuhi dalam kehidupan seharian mereka. (Kok, 2013)

Oleh itu, hubungan Eusthanasi dengan teori ini secara asasnya atas dasar sifat kemanusiaan yang mempunyai naluri belas kesihan, sayang menyayangi pada diri sendiri, juga disebabkan Euthanasia yang tidak dapat lagi menanggung penderitaan kesakitan yang dasyat ini dalam keadaan terpaksa dan hak memilih bagi menentukan yang terlebih baik serta kebebasan bagi Eustanasi melalui jalan penyelesain penderitaannya. Kesakitan yang dialami ini bukan dialami oleh orang lain, hanya dirinya saja yang lebih tahu seksaan keperitan tersebut.

3.0 Teori Etika Klasik Teleologi : Utilitarianism

Menurut (Kok, 2013) pendekatan teleological terhadap etika berbentuk pengurusan memberi penekanan kepada kesudahan, bukan niat tindakan individu dengan lengkap. Teleology diterbitkan daripada istilah Greece yang mana bermakna kesudahan atau keputusan.

Menurut pandangan Jeremy Bentham dan J. S. Mill nilai moral kelakuan peribadi dapat ditentukan dari kelakuannya. Sekiranya kelakuan atau tindakan memberikan manfaat kepada orang lain maka ia dianggap ‘baik atau betul’. Tindakan tersebut dikira ‘salah’ sekiranya ia menyebabkan berlakunya kerosakkan pada orang lain. Objektifnya memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat majoriti dan mendatangkan kerosakkan atau kecederaan yang kurang pada yang lain.

Sesuatu tindakan boleh dinilaikan secara positif dan negatif. Sebarang kebaikan dan keburukan perlu dinilai secara seimbang untuk mendapatkan kesan-kesan dari tindakan yang akan dilakukan.

Dalam sistem teleological ini, nilai etika di fokuskan kepada akibat atau perhasilan yang baik yang dapat dihasilkan dari tindakan atau perlakuan bukan dari niat seseorang individu. Ia digelar Utilitarianism. Sistem ini mempunyai kelemahan kerana berkemungkinan ianya boleh

dieksploitasikan.

Antara sebab kenapa Utilitarianism gagal adalah:

  1. Pada hakikatnya ia mempunyai dua prinsip: terbesar baik dan nombor yang terbesar (In reality it is two principle: the greatest good and the greatest number). Pada saat tertentu di dalam proses membuat keputusan di atas perkara yang penting, wujud konflik untuk dua prinsip ini, dan kemudian kita tidak mempunyai cara tunggal untuk menentukan tindakan mana yang ” betul” atau “terbaik” atau “sesuai”.
  1. Konsep Utilitarianism ini juga gagal kerana ada tindakan tersebut adalah salah walaupun menghasilkan keuntungan atau manfaat yang besar.

Contohnya membunuh seorang budak kecil yang tidak berdosa demi untuk mengembirakan majoriti masyarakat.

  1. Teori ini juga mengalami kegagalan untuk menentukan moral sesuatu tindakan kerana tidak mungkin kita boleh mengimbangi manfaat terhadap golongan majoriti dan golongan minoriti menjadi korban.

Hubungan Euthanasia dengan teori ini yang dilihat dari segi keseimbangan positif dan negatif adalah sukar untuk diterjemahkan kerana Euthanasia melibatkan perasaan seseorang itu yang tanpa berhak kepada orang lain dan perasaan adalah tanpa batas yang melibatkan sukarela dengan penyerahan dan pengorbanan nyawa sendiri demi orang lain yang mengalami penderitaan seumpamanya sehinggakan dibenarkan oleh undang-undang. (Ismail H. , 2015)

Kuasa sebenar membuat keputusan itu bukan di pihak doktor yang merawat tetapi keputusan adalah kaedah yang dapat digunakan pada bila-bila masa bagi mengubah seluruh hidup kita. Apabila Euthanasia membuat keputusan baru, doktor menggerakkan sebab baru, kesan, arah dan destinasi kehidupan orang lain. Misalnya, apabila kita mula berasa lemah ataupun tidak ada pilihan, kita dapat mengubah semua itu sekiranya kita membuat keputusan berkenaannya. Keputusan yang sebenar diukur dengan tindakan yang kita lakukan. Sesuatu tindakan tidak akan terjadi sekiranya tiada sebarang keputusan dari Euthanasia. (Robbins, 2014)

4.0 Teori Kebebasan Peribadi

Teori ini dicadangkan oleh Robert Nozick (1974), sistem ini lebih mendasarkan keutamaan nilai tunggal iaitu kebebasan, lebih daripada suatu prinsip tunggal. Kepercayaan kepada keutamaan kebebasan akan mengarah kita untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang menghasilkan kebahagiaan yang lebih besar dan pertambahan faedah untuk semua.

Walau bagaimanapun, corak ini akan berubah melalui proses pemindahan sama ada pertukaran atau pemberian, boleh dikira ‘adil’ selagi ia dilakukan secara sukarela. (Kok, 2013)

Pesakit mengubah tingkah laku dengan menghubungkan sensasi kesakitan yang tidak mampu dialami dari tingkah laku lama kepada sensasi kegembiraan dengan memilih jalan Eusthanasi yang dianggap luar biasa pada tingkah laku baru. Bertingkah laku melepaskan diri daripada kesakitan dan menikmati kegembiraan untuk mencapai kebebasan.

Menurut (Robbins, 2014) kita semua mengalami emosi seperti bosan dan kecewa ataupun marah ataupun rasa lemah dan membina strategi bagi menghentikan perasaan itu. Ada orang membeli-belah, ada yang menggunakan makanan, seks, dadah, alkohol, dan ada orang memarahi anak-anak. Mereka tahu, sama ada secara sedar ataupun tidak, laluan neuro itu menghilangkan kesakitan dan membawa meraka kepada satu tahap kebebesan dan kegembiraan. Justeru itu, kita merasakan itu adalah adil bagi diri seseorang itu, sebaliknya perilaku tidak adil, seperti kita ditimpa masalah kemudian dilepaskan kepada orang lain sebagai mangsa.

Oleh itu, sekiranya dilakukan atas dasar tanpa paksaan dari sesiapa, dan keputusan yang dibuat oleh Eusthanasia ia adalah keputusan mutlak yang tidak dapat ditakluki oleh sesiapa kerana semangat keinginan untuk merasakan dirinya kebebasan dari keperitan yang dialami.

Sekiranya kita bertanyakan kerjaya kedoktoran yang menjadi ahli masyarakat, pastinya doktor merasakan kegembiraan yang besar dengan membantu orang, menghilangkan kesakitan, menyembuhkan penyakit dan menyelamatkan nyawa. Maka, mereka juga mencapai kebebasan dengan kebanggan, kegembiraan dan kepuasan dengan tugasnya.

5.0 Kesimpulan

Tuntasnya, proses Euthanasia ini secara umumnya, bermaksud ‘mematikan diri bagi menamatkan kesakitan dan penderitaan’ secara sengaja tetapi dengan kelulusan perundangan. Jadi ia berbeza ‘membunuh diri’ dengan terjun bangunan atau menembak kepala.

Oleh yang demikian, semua teori etika utama yang digariskan di atas, walaupun mereka tidak
Konflik secara luaran satu sama lain, mereka tidak boleh didamaikan menjadi
Secara konsisten secara logik. Setiap sistem hanya menyatakan sebahagian daripada
Kebenaran. Setiap tidak lengkap atau tidak memadai sebagai satu cara untuk menghakimi moral dan kandungan tindakan atau keputusan individu. Kesemua teori tersebut adalah tafsiran kepada apa yang salah dan yang betul berdasarkan  kepada falsafah masing-masing. Begitu juga, falsafah yang dipakai oleh Teori Etika Klasik berasaskan fitrah atau semula jadi. Maka bagi Thomas Equinas, apa yang salah dan betul datang dari naluri manusia itu sendiri yang tahu apa yang salah dan apa yang betul.

Justeru, kebanyakan pihak yang menerima kaedah euthansia berhujah bahawa proses tersebut dapat membantu pesakit yang sudah tidak ada harapan untuk sembuh. Ini disebabkan ia dapat mengakhiri penderitaan yang dialami oleh pesakit tersebut serta dapat mengurangkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh si pesakit bagi meneruskan rawatannya.

Selain itu, pihak pro-Euthanasia mendakwa si pesakit tidak boleh dipaksa untuk hidup dengan terus memasang peralatan tertentu sehingga menyiksa pesakit. Mereka juga berpendapat pesakit mempunyai hak untuk menentukan  sama ada mereka perlu terus hidup atau mati.

Oleh itu, hasil dari perbincangan ini penulis bersetuju menggunakan teori etika klasik teleologi (Utilitarianisme) yang menggunakan pendekatan teleologi ke atas etika pengurusan menekankan kebergantungan penuh kepada hasil dan bukannya kepada niat tindakan seseorang kerana kesakitan adalah sebab yang kuat bagi mengubah kepercayaan secara drastik

Kalam Zeckry

Rujukan :

Asma` Md Arif, V. J. (2016). University Of Malaya Medical Centre. Euthanasia In Malaysia : Opinions And Controversies, 93-99.

Bohan, D. S. (2017). Myinspire OUM. Retrieved from Forum Etika Professional: http://s225.oum.edu.my/course/view.php?id=559

Fatmanadia. (02 September, 2012). Pandangan Etika Dan Perundang-Undangan Tentang Euthanasia. Retrieved from https://fatmanadia.wordpress.com/2012/09/02/pandangan-etika-dan-perundang-undangan-tentang-euthanasia/

Ibrahim, J. (2016, September 11). Rencara Utusan Online. Didapatkan dari Mengenali Makna Euthanasia: http://www.utusan.com.my

Ismail, H. (2015). Academia Education. Retrieved from Profesional Ethics: https://www.academia.edu/14637077/profesional_ethics

Ismail, M. I. (2005, Mac 23). Konsep Mati Otak dan Euthanasia. Didapatkan dari Badan Kebajikan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir: http://tibbians.tripod.com/ilham.pdf

Kok, H. J. (2013). Etika Profesional. Selangor Darul Ehsan: Universiti Terbuka Malaysia.

Nasrul. (19 Disember, 2013). Pilih Kematian Dengan Cara Suntikan. Retrieved from http://dairishare.blogspot.my/2013/12/pilih-kematian-dengan-cara-suntikan.html

Robbins, A. (2014). Awaken The Giant Within. Selangor: PTS Professionnal Publishing Sdn.Bhd.

Zahroh, E. F. (2016). Kontroversi Tentang Euthanasia. Retrieved from Universitas Of Muhammadiyah Malang: https://www.academia.edu/26064681/Kontroversi_Tentang_Euthanasia

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

2 thoughts on “Apa itu Euthanasia ? Pernah Dengar Tak ? Etika Profesional”
  1. Terima kasih atas makluman yang diberi..Penyampaian yang cukup menarik dan teliti, sesuai untuk bacaan umum. Teruskan berkarya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.