Boleh atau tidak Euthanasia ?

Euthanasia

Apa itu Euthanasia

Before this I wrote about Euthanasia, sekali lagi kita jelaskan hal ini, bagaimana pendirian dalam Islam ?

Euthanasia pd. dimensi etimologi (bahasa) adalah perkataan yg. berasal daripada bahasa Greek bermakna ” Pembunuhan Rahmah” (Mercy Killing) or memudahkan kematian.

Manakala definisi Euthanasia dlm. istilah perubatan ialah Memudahkan kematian pesakit yang tiada harapan utk. sembuh berdasarkan permintaan dari si pesakit itu sendiri.

Ringkasnya, Euthanasia merupakan usaha yg. dilakukan utk. mengakhiri hidup seseorang ketika mengalami kesakitan yang diyakini tidak dapat disembuhkan dgn. tujuan utk. mengakhiri penderitaannya. Sama ada berdasarkan tindakan hukum positif maupun dalam kod etika kedoktoran,

Euthanasia sama sekali tidak dibenarkan. Berdasarkan perspektif hukum Islam, bahwa eusthanasia aktif adalah perbuatan yang diharamkan dan dikecam oleh Allah SWT.

Isu Euthanasia ini menjadi perdebatan besar dalam kalangan penggubal dasar dan pengamal perubatan di Barat, ahli agama serta pihak gereja. Dalam filem Me Before You, dipaparkan kesengsaraan serta kesakitan yang dialami Traynor kerana terpaksa memakan byk ubat dan alah kepada cuaca dan sebagainya.

Proses Euthanasia ini secara umumnya, bermaksud “mematikan diri bagi menamatkan kesakitan dan penderitaan” secara sengaja tetapi dengan kelulusan perundangan. Jadi ia berbeza “membunuh diri” dengan terjun sungai atau menembak kepala (Utusan Malaysia, 11 September 2016). ” “Mengenali Makna Euthanasia”, Utusan Malaysia, 11 September 2016.

Jenis-jenis Euthanasia

Euthanasia terbahagi kepada beberapa jenis di antaranya ialah :

Firstly, Euthanasia Aktif : Iaitu mempercepatkan kematian seseorang dengan tindakan secara langsung seperti menyuntik ubat-ubatan tertentu yang boleh membawa maut dengan segera.

Secondly, Euthanasia Pasif : Iaitu mempercepatkan kematian seseorang secara tidak langsung seperti menghentikan makanan, air, ubat-ubatan, atau prosedur-prosedur yg. perlu bagi meneruskan hidup seseorang pesakit. Pesakit ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan sehingga mati disebabkan penyakit yang dialaminya secara semula jadi.

Thirdly, Euthanasia Secara Sukarela : Iaitu apabila seseorang yg. ingin dipercepatkan kematiannya berdasarkan permintaannya sendiri sama ada secara lisan atau bertulis.

Sebab dilaksanakan Euthanasia

Kebanyakan pihak yg. menerima pakai kaedah euthanasia ini berhujah bahawa proses tersebut dapat membantu pesakit yang sudah tidak ada harapan untuk sembuh. Ini disebabkan oleh tindakan ini yang dapat mengakhiri penderitaan yang dialami olh pesakit tersebut serta mengurangkan kos perubatan yang tinggi.

Pendirian Islam

Pembunuhan Rahmah tlh dikaji oleh para ulama and jawatankuasa yang bertanggungjawab berkenaan isu-isu terkini di beberapa buah negara Islam di Timur Tengah. Secara rasminya, semua pihak bersetuju bahawa Islam mengharamkan pembunuhan Rahmah.

Majlis Fatwa Kuwait (Fatwa bertarikh 13 Ogos 2001) telah mengeluarkan fatwa berikut berkenaan hukum pembunuhan rahmah :

Mematikan pesakit dengan apa cara sekalipun adalah diharamkan oleh syara`. Orang yg. melakukan perbuatan itu adalah dihukum pembunuh secara sengaja. Nas-nas yang bersumberkan al-Quran and hadis nabi SAW secara jelas mengharamkan membunuh jiwa dengan cara yang tidak sebenar.

However, pendapat yang menyebut Pembunuhan Rahmah adalah sama dengan membunuh kuda yang mengalami penyakit yang tidak boleh dirawat lagi adalah pendapat yang salah dan menjatuhkan kedudukan manusia sebagai makhluk yang mulia.

Sekiranya pesakit yang enggan menerima rawatan penyakit yang boleh membawa maut, beliau tidaklah dihukum membunuh diri sendiri. Ini keran kuasa menyembuh itu adalah milik Allah SWT. Rawatan hanya sebagai ikhtiar yang diizinkan sahaja, bukannya penyembuh hakiki kepada sebarang penyakit.

So, Dr.Yusuf al-Qardhawi berpendapat bahawa euthanasia pasif adalah dibolehkan. Keharusan itu adalah dengan syarat pakar-pakar perubatan bersepakat bahawa di pesakit tersebut sudah tiada harapan lagi untuk sembuh. However, there are legal differences euthanasia antara satu negara dengan yang lain.

Di United Kingdom, jawatankuasa terpilih House of Lords British mengenai etika perubatan mendefinisikan euthanasia sebagai campur tangan langsung dengan matlamat dizahirkan untuk menamatkan nyawa, bagi melepaskan daripada kesengsaraan yg. tak dpt. diubati.

Di Belanda, ia disifatkan sebagai penamatan nyawa oleh doktor atas permintaaan pesakit. Negara lain yang ada perundangan membenarkan euthanasia ialah Kanada, Combia, Belgium dan Luxembourg.

Amerika Syarikat pula belum menyeluruh, ada negeri yang sudah meluluskannya seperti Oregon yang ada Akta Mati Dengan Maruah (Death With Dignity Act).

Berbeza di Iowa, mrk. masih cuba membawa rang undang-undang ke dewan perundangan negeri. Jika diluluskan, ia kan membolehkan penduduk Iowa yang mempunyai jangka hayat enam bulan untuk hidup kerana penyakit kronik, blh. memakan pil yang diluluskan doktor untuk menamatkan hayat sendiri.

Euthanasia dikategori dlm pelbagai cara, termsk sukarela, tidak sukarela dan bukan sukarela (involuntary). Euthanasia sukarela adalah sah di sisi undang2 di beberapa negara. Tidak sukarela bermaksud pesakit itu sendiri tidak melafazkannya (kerana sudah dalam koma) dan ini dianggap tidak sah. Bukan sukarela pula nyawa dicabut tanpa meminta kebenaran atau bertentangan dengan kehendak pesakit, dianggap membunuh.

But, menurut catatan, euthanasia adalah bidang penyelidikan paling aktif diselidik saintis dalam bidang bioetika kontemporari perubatan sejak 2006.

Pertembungan di sini ialah berkaitan keluhuran bidang perubatan dgn. aspek kemanusiaan sejagat. Menurut seorg, pesakit, dia mahukan euthanasia kerana kanser yang dialaminya sebagai membunuhnya perlahan-lahan and pada masa sama, dia menderita kesakitan. Apakah euthanasia boleh disifatkan “membunuh diri dengan bantuan doktor” atau bunuh diri yang dihalalkan”?

The issue of euthanasia may not have reached the viral level for debate in Malaysia. Probably the religious aspects of Islam, Christianity, Hinduism and Buddhism. firmly practiced in this country has prompted us to reject any form of “termination”.

Tetapi ini tidak bermakna kita boleh buat-buat tidak tahu kerana tidak siapa boleh menjamin perkara ini tidak terkena pd. diri sendiri atau orang yang kita sayangi seperti isteri, suami atau anak yang terbaring kesakitan akibat penyakit maut seperti kanser. Oleh itu, seseorang blh. bertindak berdasarkan kateogri euthanasia yang dihadapi.

So, bagaimana pula hukum dalam Islam, if membunuh binatang yang nazak atau kritikal dalam istilah Euthanasia ? Boleh rujuk di https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2536-irsyad-al-fatwa-241-hukum-membunuh-binatang-yang-nazak-dan-kritikal-euthanasia

Rujukan :

Mufti, W. P. (2018, Ogos). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-FATWA #241:  Hukum Membunuh Binatang Yang Nazak dan Kritikal (Euthanasia). Retrieved March 26, 2020, from https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2536-irsyad-al-fatwa-241-hukum-membunuh-binatang-yang-nazak-dan-kritikal-euthanasia
Mohd Zamre, M. Z. (2017, November 18). Dilema eutanasia: Hak menamatkan tempoh hayat seseorang pesakit. Retrieved March 26, 2020, from https://asklegal.my/p/eutanasia-pesakit-larangan-resusitasi-hak-mati
Michael A., M. (2020, February 14). What the Bible Says about Euthanasia & Assisted Suicide? Retrieved March 26, 2020, from https://www.biblestudytools.com/bible-study/topical-studies/the-thanatos-syndrome-what-the-bible-says-about-euthanasia.html
Norita Md Norwawi, Mohd Radhi Ibrahim, Muhammad Widus Sempo, Mashita Sulaiman, Latifah Abdul Latif, & Universiti Sains Islam Malaysia. (2018). Sains Islam. Negeri Sembilan Darul Khusus: Penerbit USIM Press, Institut Sains Islam.
Zeckry, M. S. (2017, October 4). Apa itu Euthanasia ? Pernah Dengar Tak ? Etika Profesional • Muhammad Zeckry. Retrieved March 26, 2020, from http://zeckry.net/2017/10/04/apa-itu-euthanasia-pernah-dengar-tak-etika-profesional/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.