Karya Ulum Quran Tempatan

Pengajian yang berkaitan dengan Ulum al-Quran adalah salah satu bidang yang penting agar membolehkan seseorang itu memahami atau mentafsir al-Quran dengan cara yang sempurna. Pembukuan tentang ulum al-Quran telah disusun pada abad ke 3 hijrah namun secara tidak langsung telah bermula sejak zaman Rasulullah, sahabat dan tabi’in. Cuma ketika itu perbahasan ulum al-Quran masih tidak teratur bahkan masih berselerak seperti buku ketika ini. Oleh yang demikian, lahirlah beberapa penulis tempatan yang telah membukukan karya mereka tentang ulum al-Quran seperti Dr. Rosmawati, Dr. Zawawi dan banyka lagi. Ini menunjukkan bahawa ilmu yang berkaitan dengan al-Quran adalah sangat penting. Berdasarkan perbahasan yang dikaryakan oleh penulis kitab adalah banyak perkara yang dapat kita mempelajari untuk mengenal lebih luas tentang al-Quran. Kajian ini sedikit sebanyak akan membahasakan tentang penulisan yang dikaryakan oleh penulis terkenal bahkan mencari perbezaan antara kitab masyhur pada ketika dahulu sehingga kini iaitu kitab al-Burhan fi Ulum al-Quran dan kitab al-Itqan fi Ulum al-Quran.

» Read more

Prinsip Etika : Ciri-ciri masalah dalam Etika

Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang individu itu sendiri.  Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan.  Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang individu.  Secara umumnya etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan.  Etika tidak bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Menurut   etika atau “ethics” dari sudut bahasa adalah bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.  White (1993) memberi maksud sebagai etika salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia.  Falsafah etika adalah berbeza daripada undang-undang keagamaan dan budaya.  Pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia.  Merujuk Sahakian et.al. (1993), etika berasal daripada bahasa Greek kuno iaitu ethos yang bermaksud ”falsafah moral”.  Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik.  Liputan etika adalah lebih luas daripada menganalisis apa yang betul dan salah.  Salah satu aspek utama etika ialah ”kehidupan baik”, iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan.  Pencarian summum bonum atau ”kebaikan yang terbaik” merupakan salah satu isu utama dalam etika.  Tindakan yang betul akan membuahkan kebaikan yang terbaik, manakala tindakan yang tidak bermoral akan mengakibatkan hasil yang sebaliknya.

Bukan itu sahaja maksud etika juga boleh di definisikan  sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral, iaitu sesuatu yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik ataupun buruk (Ahmad Khamis, 1999).  Berdasarkan definisi etika yang telah dibincangkan, etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan dan sebagainya.  Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa etika ialah prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab untuk menentukan tindakan yang diambil oleh seseorang individu itu boleh diterima daripada segi moral atau sebaliknya.  Setiap individu perlu mempunyai etika yang boleh diterima oleh setiap anggota masyarakat di sekelilingnya.  Individu yang tidak mempunyai etika yang seimbang akan membawa kepada konflik sosial seperti rasuah, pecah amanah, tidak bertanggungjawab, cuai dalam tugas dan sebagainya.

Manakala etika professional pula ia boleh dedefinisikan sebagai keupayaan dan kecekapan dalam melakukan sesuatu tanggungjawab berdasarkan ilmu, latihan dan kepakaran.  Etika professional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang profesional.  Menurut Mohd Janib Johari (2001), etika profesional adalah satu alat kawalan sosial terhadap golongan profesional yang membolehkan organisasi dan masyarakat mengawasi dan menilai tingkah laku mereka dari semasa ke semasa.  Secara ringkasnya, etika profesional boleh disimpulkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai.

Profesion ini sangat penting dimana dalam  etika profesional dijadikan sebagai panduan oleh setiap kakitangan dalam melakukan tugasan yang mereka pikul.  Etika tersebut perlu dipatuhi untuk mengelakkan sebarang masalah atau konflik sosial seperti jenayah ketika menjalankan tanggungjawab.

Kesimpulannya, etika profesional ialah satu garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin, kualiti dan produktiviti seseorang kakitangan dalam sesebuah organisasi.  Etika profesional memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan, peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.  Prinsip etika ini perlu difahami dan diaplikasikan oleh setiap anggota masyarakat dalam apa juga perkara yang dilakukan.Selain itu, faktor situasi akan menghantui diri etika seseorang.  Walaupun sesuatu perilaku itu diketahui tidak beretika, tetapi faktor situasi boleh menyebabkan  seseorang melanggar etika tersebut.  Seorang ahli perniagaan yang mengalami masalah kewangan boleh bertindak mengubahsuai keuntungan perniagaan untuk mengurangkan cukai yang dikenakan.

Penulis ada mengkaji satu masalah etika dalam pengurusan dimana kajian ini mampu memberi panduan buat kita semua.Ikuti perbincangan penulis dibawah ini.

» Read more

1 2 3 5