penawar penyakit ainpenawar penyakit ain

Abduktif adalah salah satu kaedah siasatan yang popular dalam sesebuah kajian dibuat. Setelah kita fahami konsep Induktif dan Deduktif. Maka sampai masa untuk kita meneliti apa itu abduktif.

Menurut Yusri Ibrahim (2017), penyiasatan abduktif adalah proses penyiasatan secara bersilang (zig zag) antara kaedah induktif dan deduktif yang telah dibincangkan sebelum ini.


Permulaan Proses

Proses bermula dengan pemilihan teori sebagai rujukan awal seperti kaedah deduktif, seterusnya diikuti dengan proses pengumpulan data awal seperti induktif tadi.

Proses merujuk teori dan mengumpul data ini dilakukan secara berulang-ulang dalam bentuk dua hala. Teori hanyalah cadangan awal untuk meneroka data, manakala data digunakan untuk menyemak teori sedia ada bagi menghasilkan teori baru, atau mengubah suai teori sedia ada jika perlu.

Berdasarkan dapatan pemerhatian tersebut, penyelidik mengemukakan :
1. Hipotesis
2. Mencadang teori
3. Menguji dan mengesahkan teori, sekaligus menyumbang kepada ilmu baru.

Ciri penting deduktif

Ciri penting deduktif adalah peluang untuk kembali semula kepada pengumpulan data jika perlu, prosesnya boleh berulang-ulang dan bersilang antara induktif dan deduktif.

Dalam contoh penyelidik yang bernama zeckry sebelum ini, beliau memilih atau mencadang teori awal untuk menjelaskan tingkah laku seseorang berpengalaman diganggu saka. Dalam kes ini, pemilihan tersebut bukan mutlak, hanya sekadar untuk informasi awal yang tidak diyakini 100 peratus.


Pemilihan teori awal

Dalam masa yang sama pemilihan teori awal itu, zeckry mengumpul data-data pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen di pusat rawatan alternatif yang dipilih sebagai subjek kajian. Daripada dapatan kajian, rujukan teori awal serta sorotan literatur, zeckry mengemukakan hipotesis untuk menghuraikan fenomena yang dikaji.

Berpandukan hipotesis tersebut, zeckry telah menghasil dan mengesahkan teori yang menjelaskan ciri-ciri individu yang menghadapi gangguan saka, isu yang jadi perhatian kajian ini.


Kenal pasti bentuk penyiasatan

Oleh tu, penyelidik yang menjalankan kajian bagi tesis atau kajian ilmiah kenal pasti daripada awal bentuk penyiasatan yang akan diusahakan sama ada induktif, deduktif atau abduktif. Majoritinya ramai yang buat induktif dan deduktif, jarang-jarang abduktif.

Penetapan awal kaedah untuk penyiasatan menjadikan proses kajian khususnya, pengumpulan data dijalankan dengan teratur, paling penting data itu sah dan boleh dipercayai untuk menjelaskan dapatan kajian. Selain itu, perkara paling penting, penyelidik boleh jawab jika pemeriksa tanya dalam viva sama ada buat induktif atau deduktif.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan Sains Sosial [Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah] di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial dan Perujuk Amanah Raya Berhad (ARB). PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.