Kaitan Hantu dan Cahaya

Hantu ialah makhluk yang sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu. Pelbagai nama yang merujuk hantu diberikan oleh orang dahulu untuk menggambarkan sifat, rupa dan peranan hantu. Jika rupanya cantik, hantu ini dikenali sebagai langsuir. Begitu juga perkataan Saka dikaitkan dengan hantu raya.

Jika saiznya kecil, hantu ini dikenali sebagai toyol. Jika badannya berbungkus, hantu ini dikenali sebagai pocong. Kadangkala, hantu juga dirujuk sebagai mambang atau jembalang.

Walau apa-apapun nama yang diberikan, setiap hantu ini mempunyai sifat yang sama, iaitu tidak dapat dilihat oleh manusia.

Namun begitu, ada sesetengah orang yang dikatakan mampu melihat hantu ini. Antaranya termasuklah bayi atau kanak-kanak.

Bagi orang dewasa yang mahu melihat hantu, sama ada disebabkan oleh ketaasubannya terhadap cerita hantu atau ingin membenarkan kewujudan hantu dengan menggunakan mata sendiri, pelbagai alat mencari hantu direka dan dihasilkan.

Seiring dengan kemajuan teknologi dari segi penghasilan alat dan kemajuan dalam ilmu fizik, iaitu pentafsiran gelombang, pencarian hantu ini seolah-olah berjaya. Menerusi perkembangan dalam bidang fizik, dapat diketahui bahawa setiap hidupan mempunyai frekuensi yang tersendiri, begitu juga hantu. Oleh sebab frekuensinya yang berbeza daripada manusia, hantu tidak dapat dilihat.

Apabila frekuensi berubah melampaui julat yang dapat dikesan oleh pengesan frekuensi, frekuensi ini tidak dapat dikesan. Sebagai contohnya, radio mampu mengesan frekuensi siaran radio, tetapi tidak mampu mengesan frekuensi yang berada di luar julat frekuensi yang ditetapkan oleh pembuat radio. Oleh sebab itu, jika frekuensi hantu diketahui, alat pengesan frekuensi hantu ini dapat dicipta. Dalam industri perfileman, hal ini pastinya suatu berita baik.

Penemuan hantu membantu penulis skrip untuk menulis skrip yang lebih realistik. Bagi pengarah filem, gambaran cerita hantu yang lebih menyeramkan dapat ditonjolkan. Bagi penonton pula, filem yang benar-benar menyamai fakta tentang hantu dapat dinikmati. Malah, pada suatu hari nanti, filem hantu, seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Khurafat, Munafik dan Pontianak mungkin akan tinggal sejarah sebagai filem hantu klasik.

Secara hakikatnya, betapa hebat pun keupayaan manusia dalam penerokaan ilmu fizik yang dapat membantu manusia untuk melihat hantu, makhluk ini sengaja dicipta supaya tidak dapat dilihat. Frekuensinya yang berbeza, mungkin sekadar alasan yang menyebabkannya tidak dapat dilihat. Oleh sebab itu, tidak usahlah terlalu bersungguh-sungguh untuk mencari hantu sehinggakan perkara yang lebih utama dalam kehidupan ini diabaikan. (Anwar, 2017)

Oleh yang demikian, menurut (Arif, 2017) bahawa instrumen yang digunakan oleh pemburu hantu lazimnya menggunakan sumber spektrum elektromagnetik dalam julat cahaya UV dan inframerah dengan panjang gelombang, masing-masing berada dalam lingkungan 10-2 -10-8m dan 10-3-10-5m.

Manusia mempunyai pandangan mata terhadap cahaya yang sangat terhad, iaitu pada julat antara 400 nm hingga 700 nm. Julat ini dikenali sebagai julat cahaya tampak. Hal ini menyebabkan manusia dapat melihat pelangi yang mempunyai tujuh wama.

Hantu dapat dikesan pada julat di luar cahaya tampak dan biasanya berada pada julat ultraviolet (UV) atau inframerah (IR), iaitu di luar kemampuan manusia.

Cahaya tampak ialah sebahagian kecil daripada spektrum tenaga elektromagnetik. Cahaya dapat dikategorikan dalam bentuk lain, seperti inframerah, ultraviolet, sinar gama, sinar-X, gelombang mikro dan gelombang radio.

Makna hantu terlalu luas. Merujuk Kamus Komprehensif Oxford Fajar, hantu bermaksud roh yang jahat lagi menakutkan. Oleh sebab penglihatan manusia terhad, ada beberapa instrumen yang direka untuk mencari hantu.

Di Barat, pencarian hantu menjadi aktiviti yang sangat menguja sehingga ada yang dijadikan sebagai rancangan televisyen untuk ditatap oleh penggemar aktiviti luar biasa ini. Instrumen yang digunakan oleh pemburu hantu lazimnya menggunakan sumber spektrum elektromagnetik dalam julat cahaya UV dan inframerah dengan panjang gelombang, masing-masing berada dalam lingkungan 10-7– 10-8 m dan 10-3 -10-5 m.

Kebanyakan manusia mempercayai bahawa hantu ialah unsur dalam bentuk tenaga elektromagnetik. Menerusi graf foto, manusia dapat melihat hantu. Hal ini dikatakan demikian kerana graf foto lebih sensitif terhadap tenaga yang dibawa oleh hantu berbanding dengan mata manusia.

Apabila cahaya mengenai objek, cahaya melalui kanta pada kamera, seterusnya menghentam filem dalam kamera. Filem hitam dan putih dihasilkan daripada beberapa jenis bahan lapisan.

Lapisan asas dihasilkan daripada selulos asetat dan kemudiannya lapisan hitam disalutkan pada lapisan asas. Lapisan ini dapat mencegah pantulan daripada mengenai lapisan asas. Pembuatan bahagian filem memainkan peranan penting untuk menghasilkan output daripada imej yang dihasilkan.

Walaupun istilah hantu menyeramkan masyarakat umum, ada pelbagai kajian tentang hantu dan cahaya dilakukan sejak dekad yang lalu. Pada tahun 1992, Blasi dan Maggiore mengkaji model penormalan semula inframerah dan UV berdasarkan sifat perambatan hantu pada jarak jauh. Dalam hal ini, pengawal inframerah dijadikan sebagai medan hantu. Berdasarkan kebanyakan kajian, hanya dua cahaya ini digunakan dalam pencarian hantu.

Cahaya inframerah digunakan untuk video kamera sejak dahulu. Cahaya ini tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Oleh sebab itu, cahaya ini tidak memberikan kesan terhadap pelihatan pemburu malam, tetapi lebih berkesan untuk mengesan hantu. Banyak imej yang baik dihasilkan menerusi penggunaan kamera inframerah. Kamera inframerah sangat sensitif terhadap objek kecil, seperti habuk.

 

Hantu mudah dicari pada waktu malam. Cahaya UV pula tidak mendapat banyak perhatian dalam kajian paranormal. Menurut sesetengah pemburu hantu, ada kamera tertentu yang sensitif terhadap cahaya UV.

Malah, ada yang beranggapan bahawa penggunaan sumber cahaya UV dalam kamera lebih baik berbanding dengan cahaya inframerah. Tanggapan ini menyebabkan pelbagai kajian dilakukan.

Sebagai hasilnya, terlalu sedikit bukti yang menunjukkan bahawa cahaya UV lebih baik berbanding dengan cahaya inframerah.

Menurut pemburu hantu, serta berdasarkan kajian dan perbincangan, hantu lebih sensitif untuk dilihat dalam cahaya inframerah berbanding dengan cahaya UV. Hal ini bertepatan dengan satu daripada teori yang menyatakan bahawa hantu lebih cepat bergerak melalui ruang manusia. Oleh hal yang demikian, objek yang berkelajuan tinggi adalah lebih baik diterangi oleh frekuensi rendah atau gelombang sumber cahaya yang panjang.

Selain itu, keadaan yang gelap memudahkan pengesanan hantu. Penggemar pencari hantu sering menyukai aktiviti perburuan pada waktu malam. Hal ini dikatakan demikian kerana pencari hantu beranggapan bahawa hantu menyukai keadaan gelap.

Ada teori yang menyatakan bahawa hantu mudah dicari pada waktu malam atau di kawasan gelap. Pada waktu siang atau keadaan terang, cahaya UV (cahaya matahari atau lampu kalimantang) digunakan untuk melihat sekitaran, tetapi cahaya ini membahayakan hantu.

Dalam spektrum elektromagnetik, frekuensi gelombang bertambah apabila cahaya mendekati spektrum yang betul. Hantu mempunyai tenaga dalam julat cahaya UV dan mendekati cahaya UV. Oleh sebab gelombangnya sering berulang, ada kesan yang berlaku, iaitu menyebabkan kerosakan dan kemusnahan objek. Hal ini dapat dianalogikan sebagai kulit manusia yang terbakar apabila dibiarkan menerima cahaya UV secara berterusan. (Arif, 2017)

Manakala dalam ilmu perubatan tenaga, cahaya atau Nur diertikan sebagai tenaga kerana menurut ilmu spiritual Islam, semua kehidupan ini bermula dari cahaya atau Nur. Namun begitu maka bertepatanlah dengan hukum sains bahawa cahaya itu sendiri adalah bentuk-bentuk tenaga iaitu tenaga cahaya.

Dalam sains, sesuatu itu memilki tenaga apabila mempunyai jisim (mass) dan melalui suatu jarak ataupun berada dalam kedudukan tertentu. Zarah asas yang membentuk jasad-jasad yang nyata iaitu atom mempunyai tenaga yang tersendiri. Atom dibina dari proton dan neutron yang membentuk nukleus atom.

Di luar nukleus terdapat electron-elektron yang beredar mengelilinginya. Peredaran elektron dan lompatan-lompatan elektron di dalam sesuatu atom membuktikan bahawa tenaga menentukan kewujudan. Tanpa tenaga , atom-atom unsur seperti hidrogen, karbon, kalsium, besi,oksigen, sulfur dan lain-lainnya tidak mampu terbentuk, berubah dan bertindak balas antara satu sama lain. Semua aktiviti kehidupan seperti bergerak,membesar, membiak , bernafas dan lain-lainnya memerlukan tenaga.

Oleh itu dikatakan kehidupan itu sendiri adalah tenaga. Tenaga yang mempunyai pelbagai bentuk.Tenaga cahaya matahari bertukar bentuk kepada tenaga kimia (kanji) oleh tumbuhan merupakan satu contoh perubahan bentuk tenaga.

Apabila kanji dimakan oleh manusia, tenaga kimia tadi ditukar kepada tenaga kinetik yang membolehkan badan bergerak dan sebahagiannya kepada tenaga haba untuk membolehkan tindak balas kimia berlaku. Apabila tindak balas kimia berlaku; otak akan berfungsi, jantung akan berdenyut, darah mampu mengalir dan sebagainya.

Di antara jenis tenaga wujud yang merujuk kepada tenaga yang membolehkan jasad, nyawa dan akal mendapat sifat, bentuk serta berfungsi. Terdapat bermacam jenis tenaga yang diberi pelbagai nama berdasarkan aliran ilmu.

Pada masa lalu, istilah tenaga belum popular tetapi lebih merujuk kepada daya upaya melakukan usaha. Tenaga-tenaga wujud biasanya disebut sebagai nur, chi, tenaga batin, semangat, ruh, nyawa dan sebagainya. Ringkasnya tenaga-tenaga yang penting kepada kewujudan Insan dikenali sebagai Nur Zat yang mana tiada siapa pun mengetahui apakah rupa bentuk tenaga ini. Dikatakan Nur ini adalah punca atau sumber atau hakikat semua jenis tenaga wujud untuk penciptaan sesuatu. Nur zat adalah tenaga yang melampaui semua ruang-masa-dimensi (sama ada zahir atau batin mahupun awal atau akhir zaman).

Seterusnya dikenali sebagai Nur Muhammad sebagaimana menurut aliran spiritual Ibnu Arabi, Nur Muhammad adalah cahaya kejadian yang terawal dijadikan. Kadang kala juga disebut sebagai Hakikat atau Ruh Muhammad. Kemungkinan nama Muhammad bukan merujuk kepada Rasulullah SAW kebiasaan dalam kitab-kitab lama (thurah) dipanggil Muhammad Awwal (merujuk kepada roh awal pada kejadian semua makhluk atau dipanggil rohani awal) disebut juga diambil sempena “Rahmatu lil alamin”. Dikatakan Nur Muhammad ini adalah tenaga penciptaan yang mencipta ruh-ruh, benda-benda atau makhluk dalam alam ini. Dari Nur Muhammad ini dicipta nur makhluk-makluk termasuk manusia, jin, binatang,unsur-unsur galian, bintang, planet dan lain-lain.

Hakikat tentang Nur Muhammad tiada siapa yang mengetahui kecuali insan yang terpilih di kalangan kekasihNya.

Dalam teknologi kini penggunaan tenaga atau cahaya ini berkembang zaman ke zaman teknologi manusia sebagaimana pada catatan (Zeckry, 2017) berkenaan selimut ajaib atau Pelapik Tilam Bio Velocity yang dirumuskan dengan teknologi Bio Velocity ini berasal dari tenaga matahari di waktu Dhuha yang telah dimanfaatkan, disimpan, dan diseimbangkan ke “garam laut dalam” kemudian disuntik ke dalam pelapik tilam BV Sleep Mate ini. Menurutnya, teknologi BVSM diciptakan untuk memulihkan keseimbangan dan kesihatan secara holistik dengan keajaiban penyembuhan BVSM melalui tenaga waktu dhuha.

Keberhasilan penggunaan selimut ajaib itu, apabila bangun daripada tidur, kita akan berasa lebih cergas, dan bertenaga serta dapat menangkis unsur-unsur gangguan spiritual seperti kerasukan hantu atau jin (gangguan halus).

Oleh itu, dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan dimana ianya boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan system imun dan juga memberi hidup yang lebih berkualiti. Teknologi itu menggunakan unsur cahaya dhuha sahaja kerana waktu itu ada unsur istimewa pada cahaya matahari untuk kesihatan dan keberkatan.Kajian tersebut telah berlangsung selama 20 tahun– BVSM hasil kajian sainstis Jerman, garam laut dalam dari korea.

Persoalan yang akan ditinggalkan disini apakah rahsia cahaya Waktu Dhuha dan projek yang  dijalankan oleh penulis dalam bidang cahaya aura kaitan tenaga dalam kajian aura cloud yang ingin berkongsi pelaburan AuraCloud® 3D  ini.

Anda boleh hubungi di whatapps sekiranya berminat untuk dapatkan selimut ajaib : 01111 555019

Bibliografi

Anwar, M. S. (2017). Hantu Jangan Dicari. Dewan Kosmik Bil 6 2017 : Majalah Sains dan Teknologi, hlm. 3.
Arif, N. A. (2017). Antara Hantu dengan Cahaya. Dewan Kosmik Bil.6 : Majalah Sains dan Teknologi, hlm. 8-10.
Zeckry, M. (2018, Mei 29). Cara Membebaskan Hutang. Retrieved from Lensa Ilmiah: http://zeckry.net/2018/05/29/cara-membebaskan-hutang-meletop/
Zeckry, M. S. (2017, Februari 24). Selimut Ajaib Bio Velocity Sleep Mate. Didapatkan dari Lensa Ilmiah: http://zeckry.net/2017/02/24/selimut-ajaib-bio-velocity-sleep-mate/

Artikel Berkaitan

3 comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *