Kehebatan OKU menyertai sukan paralimpik membuktikan mereka boleh berjaya dan terkehadapan. Kita seharusnya terus memberi sokongan dan kekuatan semangat. Kita cuba kupas skit dalam bidang ini.

Sukan merupakan agen perpaduan yang berkesan bagi segenap lapisan masyarakat. Dalam perspektif ini, Malaysia adalah antara negara yang telah terbukti berjaya menggunakan sukan sebagai pentas kepada pengukuhan integrasi nasional. Sukan merupakan contoh untuk mendukung aspirasi 1Malaysia yang melangkaui batasan agama, bangsa dan politik bagi mengukuhkan lagi pencapaian sukan ke arah kegemilangan imej negara.

Namun, acara sukan bukan saja untuk golongan orang yang normal, tetapi ia juga terlibat untuk golongan kelainan upaya (OKU). Sejarah sukan paralimpik bermula di Burylesburg, England pada tahun 1948 yang mana disertai oleh orang yang mengalami kecederaan tulang spina.

Istilah paralimpik itu berasal dari perkataan Yunani “para” yang bermaksud bersama yang merujuk kepada temasya itu diadakan secara selari dengan Sukan Olimpik. (Utusan Online, 2016). Orang kurang upaya (OKU) didefinisikan sebagai seseorang yang mengalami keterbatasan pergerakan sama ada fizikal, mental, penglihatan dan pendengaran (Sulaiman, 2008).

Menurut Arifin (2006), OKU ditakrifkan sebagai individu yang tidak berupaya menentukan sendiri sebahagian keperluan dirinya atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal ataupun mental dan memerlukan bantuan daripada orang lain untuk meneruskan kehidupan mereka.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengkategorikan tujuh jenis kurang upaya iaitu kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, kurang upaya pertuturan, masalah pembelajaran, kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai. ( Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2018)

Menurut (Razak, 2012) penggunaan terminologi Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menolak penggunaan Orang Kurang Upaya satu terminologi yang telah lama digunakan untuk merujuk kepada mereka yang dianggap cacat.

Dengan alasan kerana mereka ini harus dilihat dalam cara yang betul kerana yang membezakan bukan dari segi fizikal tetapi keupayaannya disebabkan oleh sesuatu sebab semulajadi atau kejadian yang diingini. Mereka wajar dinilai kebolehannya berasaskan kelainan keupayaannya berbeza dengan mereka yang dianggap sempurna. Oleh yang demikian, Univesiti Sains Malaysia (USM) mengiktiraf seorang siswi cerebral palsy, Tan Chin Chin sebagai penerima Pingat Emas Canselor dalam upacara konvokesyen sebagai graduan serba boleh yang tentunya tidak boleh dibandingkan dengan mereka yang sempurna sepenuhnya dari segi fizikal.

Mengikut Akta OKU bermaksud ialah orang yang mempunyai kekurangan dalam jangka masa yang panjang dari segi mental, fizikal, intelektual atau deria dan apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan ia boleh menyekat penyertaan penuh dan keberkesanan mereka ke dalam masyarakat  ( ( Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2018)).

Penulis cuba membincangkan kepentingan penglibatan orang kelainan upaya di dalam sukan, atlet paralimpik Negara kita mampu untuk menempa kejayaan seperti atlet-atlet normal yang lain,  atlet paralimpik Negara kita juga menyertai kejohanan sukan yang diadakan di dalam Negara mahupun peringkat antarabangsa. Negara kita, melalui Majlis Paralimpik Malaysia terus menghantar atlet paralimpik untuk bersaing dalam kejohanan sukan seperti Sukan Para ASEAN, Sukan Para Asia dan Sukan Paralimpik yang diadakan 4 tahun sekali

Penulis juga akan memberi pandangan agar masyarakat Malaysia dapat menyokong penyertaan orang kelainan upaya untuk menyertai sukan kerana atlet paralimpik mampu mencapai kejayaan dalam sukan walaupun tidak sempurna fizikalnya malah lebih berjaya daripada atlet-atlet normal yang lain.Ini membuktikan bahawa atlet paralimpik juga mampu mengangkat dan mengaharumkan nama negara dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa.

 

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.