Nabi SAW sebagai kaunselor hebat

Islam berasal daripada perkataan Arab ’Salima’ yang bermaksud kesejahteraan, ketulenan, penyerahan dan ketaatan. Dari segi agama, Islam bermaksud penyerahan dan kehendak Tuhan dan ketaatan pada undang-undangnya. Islam diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya disebarkan kepada manusia di seluruh dunia oleh Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya sehingga ke hari ini. (Abdullah, 2014)

Nabi Muhammad SAW memulakan penyebaran dakwah melalui hubungan baik sesama manusia. Bahkan Islam menganjurkan umatnya hidup dalam perdamaian serta menjauhi permusuhan. Menurut (Aini, 2009) keadaan ini jelas dilihat pada keperibadian baginda SAW  selama 13 tahun di Mekah yang mengambil pendirian tidak menyerang kaum Quraisy walaupun pelbagai tekanan dilakukan oleh mereka tanpa melakukan penentangan, memusuhi dan menyeksa mereka kerana Allah SWT memerintahkan agar segala penyeksaan diterima dengan sabar dan tabah.

Misalnya beberapa orang sahabat telah diseksa antaranya Yasir dan isteri, Sumayyah serta anaknya Ammar, Bilal bin Rabah, Khabbab bin al-Irt dan beberapa yang lain.

Oleh kerana kaum Quraisy cemburu melihat Nabi Muhammad SAW dan orang Islam tidak berhenti daripada menerima Islam, maka kaum Quraisy menjadi agresif sehingga ada pakatan untuk membunuh baginda SAW. Rancangan mereka telah diberitahu oleh Malaikat Jibril AS kepada baginda.

Justeru, Allah SWT memerintahkan baginda untuk berhijrah ke Madinah.Maka, orang-orang Islam tidak menemui jalan penyelesaian melainkan mempertahan diri dan maruah agama melalui jalan penentangan. Allah SWT telah mengizinkan umat Islam berperang bagi tujuan tersebut di samping memelihara kebebasan dan menjamin penyebaran dakwah. Berdasarkan keizinan daripada Allah SWT untuk berperang demi kesucian agama Islam dan mendidik manusia ke arah beriman kepada Allah SWT.

Di samping itu, baginda bertanggangjawab untuk bertindak sebagai ketua turus angkatan tentera dalam sesi peperangan terawal dalam sejarah Islam seperti peperangan Badar, Uhud, Khandaq dan beberapa peperangan lain.

 

Selain itu, baginda juga sebagai model keusahawan sehinggakan, Siti Khadijah kagum dengan ketinggian sifat amanah (al-Amin) yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW sehingga beliau menawarkan dirinya sebagai isteri kepada Rasulullah SAW. Kelebihan baginda dipertemukan dengan isterinya Siti Khadijah yang akhirnya merupakan wanita pertama memeluk agama Islam. (Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, 2002)

Kali ini penulis cuba menyentuh sifat-sifat kenabian yang perlu ada pada seorang kaunselor yang wajib ada pada seseorang kaunselor seperti Beriman kepada Allah, adil, lemah lembut dan bertoleransi kerana amalan kaunseling merupakan satu usaha yang dituntut dalam agama Islam sekiranya sifat kenabian dijadikan contoh dan mengikut piawai serta etika seorang Muslim kerana dikira sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.