Buntu Dengan Subjek Khidmat Masyarakat

Tampil sebagai kerja Sukarelawan memerlukan kepada minat dan kesungguhan. Melihat kepada sejarah perkembangan masyarakat Malaysia, didapati faktor sosial ternyata saling berinteraksi dan berperanan dalam memastikan keamanan dan kestabilan masyarakat dan negara terus dinikmati. Apa yang perlu dilakukan oleh setiap anggota masyarakat ialah kesepaduan yang terbina dan tersulam perlu diperkukuhkan dengan nilai-nilai murni dan penyertaan individu yang berani tampil dalam kerja-kerja secara sukarelawan.

Justeru, Adakah anda Mahasiswa/wi Universiti Awam/Swasta di Kuching seperti UNIMAS/UITM/UPM/UKM/OUM di Kuching, Sarawak ? Masih tercari-cari untuk menjayakan subjek Khidmat Masyarakat? Buntu dengan subjek ini “Bagaimana nak mulakan” ?

Unit Pencinta Alam PERKACH membuka peluang bagi penyertaan dan dalam aktiviti-aktiviti Sukarelawan bagi subjek Khidmat Masyarakat yang merupakan subjek wajib di semua universiti awam dan swasta. Khidmat Masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting bagi memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan persekitarannya. Perancangan khidmat masyarakat yang sesuai akan memberi impak daripada seseorang individu sehingga mahasiswa dan mahasiswi dalam memberi khidmat serta komitment kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.

By that, sebagai seorang mahasiswa mahupun mahasiswi, adalah penting anda menjadi teraju utama untuk menjalankan satu program khidmat masyarakat di kawasan persekitaran anda. Program ini perlulah dikendalikan oleh anda dengan rasa penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh agar matlamat khidmat masyarakat tercapai kerana aktiviti memerlukan perancangan dan pelaksanaan, rakaman projek, jurnal Reflektif dan soalan yang memotivasikan sukarelawan seperti anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat.

Antara matlamat khidmat masyarakat adalah seperti berikut :

-Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan
-Memupuk dan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan sivik
-Menyumbang melalui kesukarelawan
-Manjadi warganegara yang patriotik dan
-Mengamalkan gaya hidup yang sihat

So, kebiasaan tugasan dalam subjek Khidmat Masyarakat anda perlu memilih SATU program khidmat masyarakat di peringkat kampung, bandar dan nasional. Maka, Unit Pencinta Alam PERKACH memfokuskan kepada gaya hidup sihat dalam penjagaan alam sekitar. Tugasan Khidmat Masyarakat sebenarnya untuk menilai pengetahuan pelajar untuk mengaplikasi kemahiran dan tanggungjawab sosial dalam masyarakat, mengaplikasi kamahiran komunikasi, kepimpinan dan bekerja secara berpasukan dan mempraktikkan kemahiran pengurusan maklumat, projek dan keusahawanan.

Bagaimana untuk menyertai program ini ?

However,Unit Pencinta Alam PERKACH akan membantu anda memberi pendedahan dan tunjuk ajar yang menyeluruh dalam menjayakan aktiviti ini. Anda boleh bertindak sekarang untuk mengetahui dengan lebih lanjut projek-projek yang telah di atur oleh Unit Pencinta Alam PERKACH.

Adakah Anda Berminat dan sangat mencintai Alam Semulajadi ? pengembaraan, tahan lasak, mencabar atau berminat dengan kerja-kerja amal sebagai Skuad Sukarelawan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan Alam Sekitar ?

PERKACH perlukan seramai 1000 orang bagi warga kuching dalam menjayakan program ini untuk pemgambilan sepanjang masa..Daftar Segera untuk taklimat dan cara gerak kerja yang kami aturkan..Klik ke pautan untu penyertaan https://www.perkach.org/keahlian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.