Berikut contoh syarikat telekomunikasi dan media di dalam pasaran Malaysia. Analisis atribut produk atau perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dayasaing dalam pasaran di Malaysia.

1.0 Pengenalan


1.1 Syarikat Pertama :Telekomunikasi

Nama Syarikat : Gemilang Onexox Enterprise

Syarikat Telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan sebagai pengedar kawasan (Distributor Area) dari OneXOX Sdn Bhd yang merupakan Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) pada awalnya, One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri (Onexox, 2005).

Tahun ditubuhkan : 2014
Saiz Syarikat : 30 pekerja

Aktiviti Perniagaan:

i-Perkhidmatan kepada pelanggan untuk mengekalkan nombor lama telefon bimbit dari lain-lain telco ke telco Onexox.
ii-Penjualan nombor baru atau “starter kit” kepada agen atau pelanggan.
iii-Penjualan tambah nilai kepada agen atau pelanggan Onexox


1.2 Syarikat Kedua: Multimedia

Nama Syarikat : Les’ Copaque Production Sdn Bhd (atau Les’ Copaque sahaja)


Les’ Copaque yang ditubuhkan pada 2005 adalah sebuah syarikat produksi filem yang merupakan salah satu perintis bidang animasi di Malaysia, dengan misi untuk membawa cerita Malaysia ke mata dunia. Syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) ini telah menghasilkan pelbagai animasi 3D berkualiti tinggi untuk rancangan televisyen bersiri, pengiklanan dan khidmat pesanan masyarakat. Filem pertama mereka yang dihasilkan pada 2009, Geng: Pengembaraan Bermula telah memenangi anugerah filem animasi terbaik pada Festival Filem Kuala Lumpur. Penghargaan lain yang diterima Les’ Copaque adalah Anugerah Viewer’s Choice Award melalui Festival Filem Kanak-Kanak Indonesia dan Best On-Screen Chemistry Award melalui Shout! Awards.


Tahun ditubuhkan : 2005
Saiz Syarikat : 30-80 pekerja
Aktiviti Perniagaan:
i-Produksi Filem Animasi Upin dan Ipin
ii-Menjual barangan cenderahati, hari kelahiran, buku, digital disc, alat permainan kanak-kanak dan sebagainya berjenamakan Upin dan Ipin.

2.0 Analisis atribut produk atau perkhidmatan bagi memenuhi keperluan daya saing dalam pasaran di Malaysia


Menurut Sadianty, (n.d.), atribut produk merupakan unsur-unsur produk yang mencerminkan pengembangan suatu produk untuk dapat dijadikan dasar pengambilan keputusan pembelian.


Oleh itu, bagi membangunkan sesebuah produk atau perkhidmatan, sudah tentu ia melibatkan proses-proses tertentu yang disampaikan melalui atribut keluaran seperti kualiti produk, perlabelan, ciri-ciri produk, pembungkusan, penjenamaan dan rekabentuk produk. Justeru, penulis menganasisi atribut produk atau perkhidmatan yang memenuhi keperluan dayasaing dalam pasaran di Malaysia antaranya :


i- Kualiti Produk atau Keluaran

Kualiti adalah salah satu daripada alat peletakan pemasar. Kualiti keluaran atau produk perlu memilih tahap kualiti yang akan menyokong kedudukan produk dalam pasaran sasaran. Pengeluar mungkin perlu memenuhi kualiti prestasi, iaitu keupayaan sesuatu produk untuk melaksanakan fungsi- fungsinya.

Sebagai contoh, penjenamaan telekomunikasi Onexox memberi memberi kualiti prestasi yang lebih tinggi daripada Syarikat Telco yang tersedia ada dipasaran, daripada segi perkhidmatan yang lebih efisien. Maka, tahap kualiti sesebuah produk dan perkhidmatan adalah kualiti pengakuran iaitu bebas daripada kecacatan dan ketekalan dalam memberi tahap kepuasan pengguna yang disasarkan dengan penawaran internet berkualiti berkelajuan 4G dan penjimatan sehingga simkad bertempoh minima dua tahun untuk tamat tempoh walaupun tidak menambah nilai setelah didaftarkan dengan Onexox yang tiada pada mana-mana pakej telco lain di Malaysia dan pakej data internet sangat murah dengan promosi, ini bermakna kualiti yang sepadan dengan kualiti yang telah dijangkakan dan dibayar oleh pelanggan.

Manakala, Les`Copaque dengan tagline “Betul.. Betul.. Betul..” yang menjadi siulan masyarakat Malaysia dengan pelbagai bangsa dan usia. Tagline ini yang sinonim dengan karakter sepasang kembar lelaki, Upin dan Ipin yang menjadi kegilaan kanak-kanak pada zaman digital, malahan karakter ini turut digemari oleh orang dewasa. Dibantu oleh watak-watak tambahan seperti Jarjit, Fizi, Ehsan, Mei Mei, Mail, Susanti, Kak Ros, Opah, Tok Dalang dan lain-lain, cerita kanak-kanak yang sarat dengan mesej ini telah menjadi begitu popular. Bukan sahaja di Malaysia malah turut mendapat sambutan di negara jiran, Indonesia, Brunei, Filipina, Vietnam dan Singapura. Tambah mengagumkan lagi adalah, apabila rancangan ini turut disiarkan di rangkaian Hilal TV di Turki. Ini bermakna filem ini berkualiti setanding yang akan dibayar oleh peminat (Les’ Copaque, 2005).

ii- Ciri-ciri Produk

Produk boleh ditawarkan dengan pelbagai ciri. Ini termasuklah model “stripped down” yang merupakan model yang tidak mempunyai sebarang tambahan. Pengeluar mewujudkan model dengan tahap-tahap berbeza yang mengikut ciri-ciri tertentu dengan harga yang berlainan. Ciri-ciri produk adalah salah satu kuasa yang menentukan persaingan bagi membezakan produk pengeluar dengan pesaing yang mengeluarkan produk yang sama. Contohnya, Onexox tentunya memiliki ciri-ciri produk yang berbeza dengan pakej tawaran telco lain dari segi data internet dan pakej prabayar. Pengeluar semestinya mengetahui kehendak semasa pelanggan bagi mengenal pasti ciri-ciri baru yang perlu ada pada sesuatu produk bagi menambahbaik (improve) atau memperbaiki keluaran atau produk.


Manakala, Les`Copaque pula mengeluarkan produksi yang mempunyai ciri-ciri kelainan dengan produksi filem-filem animasi di Malaysia dari segi jalan penceritaan dan animasi yang dipersembahkan dan watak Upin dan Ipin digemari oleh semua peringkat umur. Dari segi penjualan produk seperti cenderahati, filem, buku dan permainan kanak-kanak amat sesuai yang yang bercirikan dan bermodelkan Upin Upin kerana sebelum ini kanak-kanak di Malaysia hanya mengenal Ben10, Superman, Batman, Ultraman dan sebagainya. Kehadiran Upin dan Ipin mengubah dan menjadi idola kanak-kanak di Malaysia.


iii- Rekabentuk Produk

Rekabentuk pakej Onexox berbeza bagi menambah nilai pelanggan. Oleh itu, melalui rekabentuk pakej yang jauh berbeza. Sesetengah syarikat mempunyai reputasi mengeluar produk yang mempunyai rekabentuk yang menarik seperti Maxis dan Digi. Rekabentuk yang baik akan menyumbang kepada kegunaan produk itu sendiri dan juga rupabentuknya.
Ia juga dapat menarik perhatian pengguna, memperbaiki prestasi produk, mengurangkan kos pengeluaran dan memberi kelebihan daya saing yang kukuh dalam pasaran sasaran. Citarasa pengguna adalah berbeza, oleh itu rekabentuk sesuatu produk dapat menarik perhatian pengguna.


Rekabentuk Les`Copaque menggunakan rekabentuk yang bersesuaian dengan suasana alam kanak-kanak yang dapat menarik dan mencuit hati dengan produk-produk Upin Ipin.


vi- Pelabelan

Label boleh menjadi tag yang mudah dilekatkan kepada produk. Bagi setiap pembungkusan, produk harus mempunyai label yang merupakan tulisan yang mudah dibaca atau gambaran grafik. Pelabelan merupakan sebahagian daripada proses pembungkusan.


Fungsi label adalah memberi identifikasi produk atau jenama, seperti Onexox yang merupakan salah satu jenama telco bagi perkhidmatan telefon bimbit. Label juga dapat menghuraikan beberapa perkara mengenai sesebuah produk- siapa pengedar, di mana dan bila ia dibuat, dan cara produk tersebut digunakan. Label juga berfungsi bagi mempromosi produk melalui grafik yang menarik.


Selain daripada itu, kod produk (garisan-garisan hitam menegak pada bungkusan) juga penting dalam proses pelabelan. Alat pengesan digunakan bagi mengesan kod tersebut terutamanya semasa titik penjualan. Pelbagai maklumat seperti kategori produk, jenama produk, harga dan lain-lain boleh dikesan melalui kod tersebut. Ini memudahkan pemasar membuat rekod pembelian pengguna, mengawal inventori dan mengesan penjualan serta membuat pendaftaran terus ke sistem untuk pelanggan-pelanggan.

3.0 Perbandingan atribut produk atau perkhidmatan bagi kedua-dua syarikat


Perbandingan atribut produk dan perkhidmatan bagi kedua syarikat ini dari segi penjenamaan. Penjenamaan dapat memudahkan proses pemilihan produk oleh pengguna disebabkan lambakan pelbagai jenis produk di pasaran. Jenama ialah nama, istilah, tanda, simbol, rekabentuk atau kombinasi kesemuanya yang dapat memperkenalkan produk atau perkhidmatan. Jenama juga membolehkan pengeluar atau pemasar membezakan produk mereka dengan barangan pesaing. Penjenamaan juga boleh membantu pengeluar untuk mensegmenkan pasaran.

Contohnya, Onexox mempunyai barisan produk yang berasaskan kepada segmen pasaran seperti Digi, Celcom, Maxis, Umobile dan sebagainya yang telah lama bertapak di pasaran Malaysia. Pengguna boleh memilih produk tersebut berdasarkan harga, pakej atau ciri-ciri serta kualiti telco tersebut.


Di samping itu, pengguna melihat jenama sebagai satu bahagian penting produk yang dapat memberi tambah nilai kepada sesuatu produk. Contohnya, kebanyakan pengguna menganggap beg jenama Maxis sebagai produk berkualiti tinggi dan mahal. Sememangnya, jenama memberitahu pembeli sesuatu tentang kualiti produk tersebut.


Tanda perniagaan merupakan satu simbol yang sering dikaitkan dengan jenama. Ia memberi makna yang serupa dengan jenama, cuma ia merujuk kepada jenama yang dilindungi oleh undang-undang perniagaan. Dengan itu, syarikat lain tidak boleh menggunakan jenama yang telah diberi perlindungan hak cipta.


Manakala, Les`Copaque Sdn Bhd adalah penjenaman daripada Les Copaque yang disebut ‘last kopek’ (bermaksud pilihan terakhir). Menurut pengasasnya, Tn. Hj. Burhanuddin, pembabitannya dalam penerbitan siri televisyen dan filem animasi pada awalnya adalah untuk membantu tiga graduan Universiti Multimedia yang mahu menerbitkan filem animasi iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd Safwan Abdul Karim dan Usamah Zaid Yasin.


Les’ Copaque juga telah membawa jenama Upin & Ipin satu langkah lagi ke hadapan dengan menceburi industri makanan dan minuman dengan pembukaan ‘Geng’s Corner’. Restoran pertamanya telah dibuka di Shah Alam dan menyediakan pelbagai sajian tempatan dan barat di dalam suasana yang sesuai untuk seisi keluarga. Antara menu yang disediakan adalah Ayam Goreng Upin & Ipin, Nasi Ayam Upin & Ipin dan Gulai Kawah Opah. Geng’s Corner juga menyediakan perkhidmatan untuk sambutan hari jadi, aturcara korporat dan aktiviti kekeluargaan.


Les’ Copaque turut mengukuhkan jenamanya di pasaran dengan menembusi bidang penghasilan barangan di mana mereka bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menghasilkan produk berlesen bagi jenama Upin & Ipin yang terdiri daripada alat tulis, komik, permainan, DVD, cenderahati, bekas makanan dan minuman, coklat dan gula-gula.


Selain itu, Upin & Ipin telah diberi penghargaan bertaraf dunia apabila dilantik sebagai duta negara untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi Malaysia selama dua tahun. Pelantikan ini mencatat rekod dunia kerana Upin & Ipin merupakan watak animasi pertama seumpamanya yang dilantik sebagai duta pertubuhan antarabangsa itu.


UNICEF sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa siri animasi lain seperti Pocoyo dari Sepanyol tetapi tidak pernah melantik watak daripada mana-mana animasi untuk menjadi duta pertubuhan mereka. Sebelum ini, hanya selebriti serta tokoh-tokoh terkenal yang dilantik untuk menjadi duta pertubuhan berkenaan.

Justeru, perbezaan penjenamaan pada dua syarikat jauh perbandingannya kerana syarikat telekomunikasi ini pasarannya terhad kerana pasaran dalam negara Malaysia sahaja berbanding dengan syarikat multimedia yang mengeluarkan filem animasi yang lebih kepada seni kreativiti yang bersifat universal yang bukan hanya jenamanya dalam Malaysia, bahkan dia menembusi pasaran luar negara atau dunia.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Atribut produk dilihat pada kualiti, ciri-ciri dan rekabentuk serta penjenamaan, pembungkusan dan perlabelan yang sangat ditekankan dalam pemasaran. Perbezaan dua jenis syarikat yang berlainan jenis perniagaan telah menggambarkan kepada kita bahawa penjenamaan berperanan untuk peningkatan produk, begitu juga kualiti yang ditawarkan oleh sesebuah jenama itu yang sebanding dengan kepuasan pelanggan untuk dinikmati.

Oleh itu, sewajarnya kajian pasaran yang mendalam dalam menentukan sesuatu perniagaan yang tidak boleh bergantung kepada satu produk atau pakej sahaja. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Syarikat Les’ Copaque yang mempelbagaikan produk setelah jenama Upin dan Ipin telah menjadi sebutan oleh masyarakat Malaysia sehingga mereka boleh mempelbagaikan perniagaannya dengan memperlesenkan jenamanya kepada mereka yang ingin menceburi dalam bidang industri pemakanan dan minuman, seterusnya mengembangkan lagi peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia.

Rujukan :

Hairul Nizam, H. (2010, February 11). Pengenalan Pemasaran. Anjung  Pengajian Perniagaan  STPM. https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/1-pengenalan-pemasaran/

Ismah, O. (2011). Prinsip Pemasaran. Open University Malaysia.

Kotler, P., & Armstrong, G. (1996). Principles of Marketing. Prentice Hall. https://books.google.com.my/books?id=ry22QgAACAAJ

Les’ Copaque, P. (2005). Les’ Copaque Production Sdn Bhd. Les’ Copaque Production Sdn Bhd. http://www.lescopaque.com/

Onexox, P. (2005). Tentang Syarikat | ONEXOX Plan – Simkad Jimat Prepaid & Black. https://www.onexoxplan.com/p/profil-syarikat.html

Persekitaran Makro Dalam Perniagaan • Muhammad Zeckry. (2016, December 13). Muhammad Zeckry. http://zeckry.net/2016/12/14/persekitaran-makro-dalam-perniagaan/

Sadianty, R. (n.d.). Atribut produk. Retrieved March 12, 2020, from https://www.academia.edu/9999519/Atribut_produk

Usahawan.com. (2018). Empayar Bisnes Les Copaque | Usahawan.com. https://www.usahawan.com/keusahawanan/empayar-bisnes-les-copaque.html/

Zaidah Aziz. (2010, January 25). Pengenalan Kepada Pemasaran. http://pemasaran1puo.blogspot.com/2010/01/unit-1-pengenalan-kepada-pemasaran.html

    

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Analisis Atribut Produk atau Perkhidmatan”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.